Kawasaki Ninja ZX-10R Mendominasi Dunia Perlumbaan

Rea di Assen (sumber: WorldSBK)
  • Motosikal Kawasaki ZX-10R telah pun mendominasi Kejohanan WorldSBK.
  • Ianya telah dibina dari awal dengan matlamat untuk memenangi kejohanan.
  • Motosikal Ninja ZX-10RR 2018 yang telah diperkenalkan sewaktu EICMA berusaha untuk meneruskan dominasi berkenaan.

Ada banyak yang boleh dipelajari daripada dunia perlumbaan yang amat berdaya saing ini. Hampir ke semua teknologi masa kini yang ada pada motosikal untuk kegunaan orang ramai adalah hasil daripada pembangunan yang dijalankan sewaktu perlumbaan. Ianya bukan sahaja untuk motosikal lumba serta model replika perlumbaan sahaja tetapi bagi ke semua jenis motosikal.

Kerangka motosikal, casis, agihan kuasa enjin, bahan-bahan yang digunakan, dan rupa parasnya, lahir daripada keperluan untuk mengatasi saingan dalam perlumbaan dan menjuarai kejohanan.

Terdapat dua siri perlumbaan utama dalam dunia perlumbaan motosikal, iaitu MotoGP dan WorldSBK.

Motosikal-motosikal yang digunakan untuk perlumbaan dalam siri MotoGP adalah motosikal prototaip yang asli, bermakna yang ianya tidak berkongsi sebarang persamaan dengan motosikal yang tersedia untuk dimiliki oleh orang ramai, walaupun teknologinya nanti akan diterapkan pada model motosikal jalan raya pada masa yang akan datang.

Siri WorldSBK pula, berdasarkan motosikal yang dikilangkan. Tetapi apakah maksudnya itu di sini?

Sebagai motosikal yang berdasarkan motosikal yang dikilangkan, jentera perlumbaan yang bersaing di seluruh dunia pada hujung minggu itu perlulah berdasarkan motosikal yang sedia ada untuk orang ramai di bilik pameran motosikal. Untuk melayakkan diri bagi kejohanan WorldSBK, pengeluarnya perlu menghasilkan sejumlah yang tertentu motosikal yang mirip dengan motosikal yang akan gunakan untuk bertanding – proses ini dinamakan ‘homologation’ atau pun homologasi. Jumlah model homologasi yang perlu dihasilkan bergantung kepada jumlah pengeluaran keseluruhan pengilang – semakin besar pengeluar itu, semakin banyak model homologasi yang perlu dikeluarkan.

ZXR-750RR 1993

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Justeru itu, muncullah model replika perlumbaan atau dalam kes Kawasaki, model “RR”. Kawasaki telah menghasilkan model berspesifikasi RR sejak model ZX750RR pada tahun 1989 (TEKAN SINI untuk membaca artikel kami mengenai motosikal Kawasaki yang ikonik).

ZXR-750RR 1989

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walaupun motosikal-motosikal perlumbaan ini tidaklah 100% dalam keadaaan standard, ianya jauh lebih hampir kepada sebuah jentera pengeluaran daripada apa yang kita jangkakan, kerana mereka perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh WSBK. Di antaranya adalah: Saiz dan rekaan kerangka (bermakna saiz casis seperti ‘rake‘, ‘trail‘, dan jarak antara roda), saiz silinder enjin, saiz ‘throttle body‘, serta saiz badan rupa parasnya tidak boleh dubah.

Oleh dengan itu, bagi memastikan yang motosikal mereka berdaya saing di atas litar, para pengeluar perlulah menghasilkan model homologasi istimewa yang telah diterapkan dengan prestasi – yang telah sedia untuk berlumba. Fikirkan sahaja perbezaan di antara motosikal Zx-10R standard dan ZX-10RR Racing dan anda pasti akan faham apa yang kami cuba sampaikan.

ZX-10RR 2017

Dan ianya bukan sahaja para pelanggan yang mendapat manfaat daripada keajaiban kejuruteraan ini. Kerana ianya memang benar-benar bermanfaat buat para pelumbanya.

Kawasaki telah memenangi Kejohanan WorldSBK sebanyak lima kali, termasuklah empat dalam 5 tahun yang lalu (2013, 2105, 2016, 2017, serta yang pertamanya pada tahun 1993).

Scott Russel

Kawasaki juga adalah sebuah pengeluar yang tidak gentar dalam menguji had batas kejuruteraan.

Motosikal yang memenangi kejuaraan tahun 2013, ZX-10RR, tunggangan Sykes, sebenarnya adalah model 2011 yang telah diperkemaskini. Model 2013 cukup terkenal dengan agihan kuasa linear yang mengagumkan, pengendalian yang hebat, ergonomik yang baik, dan pakej kawalan cengkaman elektronik K-STRIC yang canggih. Ini bermakna yang Sykes serta pasukannya telah pun mempunyai asas baik untuk dipertingkatkan sejak dari mula lagi.Enjin 998cc ZX-10RR ini amat bagus sekali sehinggakan pasukan CRT MotoGP Colin Edward telah menggunakannya bagi musim MotoGP 2013.

Tom Sykes di Donington Park (Sumber: WorldSBK)

Sykes hampir dapat mempertahankan kejuaraannya pada tahun 2014, tetapi telah tewas di tangan Slyvain Guintoli dengan perbezaaan sekadar enam mata akibat satu-satunya persaraan dari perlumbaannya di Malaysia.

Motosikal Ninja ZX-10R 2015 tidak banyak berubah dari segi kelengkapannya, bukti kehebatan rekaan berkenaan dari mula lagi. Pada tahun inilah Jonathan Rea telah merangkul takhta WSBK pertamanya, dalam musim penuhnya yang pertama di atas jentera Kawasaki. Rea telah mengutip sejumlah 548 mata padapenghujung musim, 132 mata lebih dari pencabar terdekatnya, Chaz Davies yang menunggang bagi pasukan Ducati.

Jonathan Rea, 2015

Kawasaki telah merombak semula motosikal Ninja ZX-10R pada tahun 2016, selepas mendapat maklum balas daripada kedua-dua penungggang pasukan pengilangnya, Rea dan Sykes. Ketua projek, Yoshimoto Matsuda turut mengatakan yang pasukannya tidak menumpukan kepada rupa parasnya tetapi lebih kepada mempertingkatkan bahagian mekanikal motosikal berkenaan.

Enjin telah dibangunkan untuk menghasilkan 197hp, manakala beratnya pula telah dikurangkan kepada 205kg. Aci engkol dan gear utamanya telah diringankan bagi mengurangkan inersia. Pendakap palang pemegang telah digerakkan 7.5mm lebih rapat ke penunggang untuk kawalan yang lebih baik. Lengan ayunnya telah dipanjangkan sebanyak 15.8mm bagi memindahkan lebih banyak berat ke roda hadapan bagi mengurangkan berlakunya ‘wheelie’. Sudut pendakap palang pemegang dan pangsi lengan ayun boleh dilaraskan.

Ninja ZX-10R 2016

Rea telah mendominasi musim 2016 dan berjaya mempertahankan kejuaraannya.

Jonathan Rea, 2015

Bagi tahun 2017, Kawasaki telah memperkenalkan semula motosikal Ninja ZX-10RR dalam kemasan warna Winter Test Black dan pelana tunggal. Perubahan terbesarnya adalah pada enjinnya, di mana sebuah ‘cylinder head’ baru telah direka bagi disuaikan dengan ‘high lift cams’ yang ada pada kit perlumbaan. Hanya 500 buah unit sahaja yng telah dibina.

ZX-10RR 2017

Di atas litar, Rea muncul unggul sekali di hadapan kelompok penunggang yang lain dan telah berjaya memenangi kejohanan buat kali ketiga berturut-turut, menjadi penunggang kedua dengan pencapaian ini.

Rea di Assen (sumber: WorldSBK)

Kawsaki juga turut memperkenalkan motosikal Ninja ZX-10RR sewaktu EICMA (lengkap dengan logo empingan salji). Dan sekali lagi, kerana ianya sudah begitu hebat sekali, tiada perubahan yang telah dibuat kecuali pengemaskinian kosmetik. Adakah Rea dan Sykes menakluki buat sekali lagi pada musim 2018? Yang pasti mereka adalah pilihan utama untuk memenangi kejohanan untuk sekian kali.

Ninja ZX-10RR 2018

Dan itulah tarikan utama motosikal Kawasaki ZX-10RR, yang dibina bagi menakluki litar sejurus sahaja ianya keluar dari kilang lagi. Dan oleh kerana itu, ianya pasti menjadi pilihan utama para pelanggan yang inginkan motosikal lumba yang terhebat di seluruh dunia.

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply