Harga KTM 790 Duke 2018 Dijangkakan Sekitar RM60,000?

 

  • Laporan terkini telah mengatakan bahawa motosikal KTM 790 Duke 2017, atau dikenali sebagai “The Scalpel”, akan ditetapkan harganya pada paras €10,000 untuk pasaran Eropah (sekitar RM48,432).
  • Dengan motosikal KTM 690 Duke dan 1290 Super Duke R ditetapkan pada harga RM43,396 dan RM118,00 (harga asas beserta GST), motosikal 790 Duke boleh diandaikan terletak di antara kedua-dua harga ini.
  • Sekiranya ramalannya tepat, kita boleh jangkakan yang jentera naked terbaru dari KTM ini untuk berada di sekitar tanda harga RM60,000.

 

Menurut sebuah laporan terbaru yang telah dibuat oleh Asphalt & Rubber, ramalan awal bagi motosikal KTM 790 Duke 2018 yang juga dikenali sebagai “The Scalpel” telah menganggarkan harga bagi jentera yang menakjubkan itu di sekitar €10,000 untuk pasaran Eropah. Selepas pertukaran terus matawang, harganya itu adalah sekitar RM48,432 yang mana ianya merupakan satu tanda harga yang agak menggiurkan bagi sebuah motosikal kelas pertengahan yang amat menakjubkan.

Walaupun harga sebenarnya masih belum diumumkan buat masa ini, kita boleh andaikan yang harganya akan terletak di antara harga KTM 690 Duke dan KTM 1050 Adventure. Motosikal 690 Duke telah ditetapkan harganya di Malaysia pada RM43,396.23 (harga asas beserta GST) manakala bagi motosikal 1050 Adventure pula berharga RM68,888 (harga asas tidak termasuk GST).

Dengan motosikal KTM 1290 Super Duke R 2017 yang amat mengagumkan itu telah ditetapkan harganya pada RM118,000(harga asas beserta GST), kami mengandaikan yang 790 Duke terbaru ini akan disediakan pada harga yang lebih rendah bagi membolehkan motosikal yang teramat menakjubkan ini lebih mampu dimiliki oleh orang ramai.

Oleh dengan itu, motosikal KTM 790 Duke 2018 ini boleh dijangkakan untuk ditetapkan harganya di sekitar RM60,000, sekiranya perkiraan kami tepat. Jika ianya benar, sudah semestinya ianya satu nilai yang amat mengagumkan bagi sebuah jentera yang dilengkapi dengan enjin berkembar selari 799cc yang menghasilkan sehingga 105hp dan 85Nm tork maksima.

Perincian menakjubkan lain yang terdapat pada motosikal ini termasuklah kawalan cengkaman sensitif condong, ABS untuk menyelekoh, kawalan mulaan, ‘auto-blipper‘, quickshifter (bagi pertukaran ke gear yang lebih tinggi dan juga rendah), klac ‘slipper‘, dan pelbagai lagi kelengkapan yang hebat. Jika itu tidak cukup untuk mengujakan anda, KTM juga turut melengkapkan motosikal ini dengan skrin TFT berbilang warna, nyalaan LED sepenuhnya, serta rekabentuk yang garang yang pasti membuatkan motosikal yang lain iri hati akan KTM 790 Duke ini.

Masih belum ada khabar bila motosikal ini akan tiba di Malaysia namun mengambil kira betapa pantasnya KTM Malaysia membawa masuk motosikal terbaik mereka ke tanah air kita, kita boleh jangkakan kemunculannya pada pertengahan tahun hadapan. Teruskan kekal setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal KTM 790 Duke 2018, TEKAN SINI.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

One Reply to “Harga KTM 790 Duke 2018 Dijangkakan Sekitar RM60,000?”

Leave a Reply