Hujung minggu telah tiba lagi! Dan sekiranya anda tiada sebarang rancangan untuk hujung minggu ini atau jika anda mempunyai masa yang boleh diluangkan, kami ada sesuatu yang menyeronokkan buat anda.
Kawasaki Malaysia telah giat mengadakan acara jelajahnya baru-baru ini di mana para pengunjung akan berpeluang untuk mengalami sendiri kehebatan motosikal Kawasaki. Acara ini telah pun menjelajah ke seluruh negara, dan pada hujung minggu ini ianya akan berada di Kajang.
Bermula esok, 18 November hingga hari Ahad, 19 November, Jelajah Tunggang Uji Kawasaki akan diadakan di Tesco Extra Kajang dari jam 10 pagi sehingga 6pm.
Motosikal Kawasaki cukup terkenal sekali kerana keseimbangan sempurna di antara kuasa, praktikaliti, keselesaan dan kegunaan harian. Ketahuilah dengan sendiri kehebatan motosikal-motosikal Kawasaki ini, di mana anda akan dapat menunggang uji motosikal Versys-X 250, Z900 Edisi Khas ABS, Z650 ABS, dan motosikal Ninja 650 ABS.
Dan oleh kerana keselamatan sentiasa menjadi keutamaan, anda perlu memenuhi syarat-syarat yang berikut untuk layak menunggang: anda mestilah berusia 18 tahun ke atas, mempunyai lesen motosikal yang sah, dan sebagai langkah keselamatan tambahan, anda perlu memakai seluar panjang dan kasut sekiranya anda ingin menunggang uji mana-mana motosikal ini.
Anda bukan sahaja boleh menunggang uji motosikal-motosikal ini, tetapi anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik melalui cabutan bertuah yang akan diadakan sewaktu acara berkenaan.
Selain itu, Kawasaki Malaysia juga akan memperagakan beberapa buah motosikal superbike Kawasaki yang tersohor seperti motosikal Replika WSBK, ZX10R yang telah memenangi Kejohanan SuperBike Dunia pada tahun 2013, 2015, dan 2016. Turut akan diperagakan adalah motosikal dicas lampau yang berlegenda, Kawasaki H2, juga dikenali sebagai motosikal pengeluaran terpantas di dunia.
Sekiranya anda pemilik semasa motosikal Kawasaki, anda juga akan berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan serta pemeriksaan sewaktu acara ini, yang mana ianya akan dikendalikan oleh kakitangan terlatih dari Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre – KESC).
Bukan itu sahaja, SC Premium Bikes akan memperagakan rangkaian produk GIVI dan tayar Bridgestone terbaru, dan akan menawarkan beberapa pakej istimewa di acara jelajah Kawasaki itu.
Untuk maklumat lanjut, layari http://kawasaki.com.my, atau laman Facebook Kawasaki.
Jumpa anda di sana!