Kawasaki Dan Kancah Buatan Khas

Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah

  • Terdapat begitu banyak motosikal Kawasaki di dalam kancah motosikal buatan khas.
  • Terdapat pelbagai motosikal Kawasaki yang dikhususkan dalam setiap kategori.
  • Terdapat juga pelbagai jenis aksesori di dalam pasaran untuk pengkhususan motosikal Kawasaki.

 

Mengkhususkan motosikal tunggangan anda dapat memberikan satu kepuasan dalam mengetahui yang ianya milik anda dan untuk anda seorang, dan merupakan cermin untuk sanubari, kecenderungan, serta gambaran mengenai sebuah motosikal pada pandangan anda sendiri.

Meski pun setiap model bagi setiap jenama boleh dikhususkan dalam pasaran, tidak dapat dinafikan yang terdapat pelbagai motosikal Kawasaki yang dikhususkan dengan menarik di pasaran. Dari satu sudut ianya adalah kerana Kawasaki menawarkan pelbagai model berbeza bagi setiap kategori. Namun, ia juga mungkin sekali kerana ianya amat menyeronokkan!

Kita mulakan dengan motosikal Z125 Pro playbike. Kecil dan comel, ia menjaminkan keseronokan untuk semua orang. Jadi, ianya cukup mudah untuk melihat beberapa buah kerja pengkhususan yang telah dilakukan pada motosikal ini, dari stiker-stiker yang sederhana dan kerja kemasan ‘vinyl‘ sehingga ke pengubahsuaian enjin serta prestasi sepenuhnya.

Berikutnya adalah kategori motosikal naked, meliputi Z125 Pro yang disebut sebelum ini, Z250 SL, dan Z250, Z650, Z800, Z900, dan Z1000. Di antara model-model ini, ianya model “Zed” yang lebih besar yang sering kita lihat dengan kerja pengkhususan yang amat menarik. Lihat sahaja di sekeliling dan anda akan menyaksikan motosikal Z800 dan kini dengan lebih banyak lagi, Z900 dengan idea yang paling memberangsangkan. Motosikal model Z sudah pun didatangkan dengan rekabentuk yang garang, dengan pilihan pengkhususan yang tepat pasti akan membuatkannya tarikan ramai.

Anda tidak boleh mengkhususkan motosikal lumba? Fikir sekali lagi! Reraupnya yang besar itu boleh digunakan sebagai kanvas yang kosong bagi mereka yang mempunyai daya kreatif, manakala aksesori serta kelengkapan meningkatkan prestasi sudah semestinya tersedia di dalam pasaran.

Bagaimana pula dengan motosikal ‘dirtbike‘? Ianya dilengkapi dengan kit kemasan grafik yang mengagumkan. Perhati dengan teliti jentera-jentera yang bertanding dalam pelbagai perlumbaan MX dan anda pasti dapat mengenal pasti kemasan yang berbeza pada setiap motosikal.

Bagaimana pun, kategori yang amat sesuai sekali untuk kerja pengkhususan adalah tidak lain dan tidak bukan motosikal cruiser. Pemilik yang ingin mengekalkan rupa paras seasli yang mungkin akan melengkapinya dengan aksesori seperti penghadang angin dan bagasi. Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang gempak akan ‘menelanjangkan’ keseluruhan motosikal sebelum memulakan kerja pengkhususan. Dari situ ianya boleh menjadi sama ada sebuah bobber, chopper, mahu pun cafe racer.

Bercakap mengenai cafe racer, Kawasaki baru sahaja melancarkan motosikal superbike retro Z900RS, diikuti oleh Z900RS Cafe. Seindah mana model-model ini, pasti akan ada yang akan memberikan sentuhan mereka yang tersendiri pada jentera-jentera ini, menjadikannya satu dalam sejuta.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply