- Motonation akan menganjurkan sebuah pertandingan istimewa untuk motosikal buatan khas pada bulan Disember ini sewaktu karnival mega mereka dari 1 hingga 3 Disember 2017 di PICC.
- Pembina motosikal dengan motosikal buatan khas terbaik akan memenangi perjalanan yang ditaja sepenuhnya dan akan menyertai “AMD World Championship of Custom Bike Building 2018” pada tahun hadapan di Cologne, Jerman.
- ‘Showmaster’ AMD INTERMOT sendiri akan menghadiri acara utama pada bulan Disember nanti bagi menentukan motosikal buatan khas yang terbaik. Pendaftaran dibuka sehingga 20 November 2017.
Benar, tuan-tuan dan puan-puan. Motonation telah merancang untuk menaja sepenuhnya seorang pembina motosikal dengan motosikal buatan khas yang terbaik untuk ke “AMD World Championship of Custom Bike Building 2018”, yang akan diadakan di Cologne, Jerman, bersempena dengan pertunjukan INTERMOT.
Motonation bakal menganjurkan karnival permotoran mega mereka pada bulan Disember nanti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya International Convention Centre – PICC). Acara tiga hari berkenaan dari 1 Disember 2017 hingga 3 Disember 2017 akan menyaksikan himpunan secara besar-besaran para pengeluar, syarikat, dan penggemar di bawah satu bumbung untuk segala-galanya yang berkaitan dengan permotoran.
Motonation telah menjemput ‘Showmaster’ AMD itu sendiri, Neil Blaber, untuk mengadili ke semua motosikal buatan khas dan motosikal yang terbaik akan dipilih untuk bertanding di “AMD World Championship” pada tahun hadapan dalam bulan Oktober. Ianya hasil usaha kerjasama rasmi di antara Motonation dan AMD INTERMOT.
Pertandingan motosikal buatan khas terbaik ini terbuka untuk KE SEMUA pembina motosikal di dalam negara. Apa yang anda perlu lakukan adalah peragakan karya terbaik anda dalam bentuk motosikal yang telah dikhususkan dan sekiranya anda terpilih sebagai pemenang, Motonation akan menaja sepenuhnya perjalanan anda ke Jerman pada tahun hadapan termasuklah pengangkutan motosikal, tiket penerbangan serta penginapan hotel.
Setiap penyertaan motosikal akan dikenakan yuran pendaftaran pertandingan RM350. Dengan yuran ini anda juga akan mendapat ruangan 6m x 3m di dewan utama di mana anda bukan sahaja dapat memperagakan motosikal anda tetapi anda juga dapat mempamerkan bengkel anda.
Anda berminat untuk menyertainya? Segeralah mendaftar sebelum tarikh 20 November 2017. Hantarkan emel mengandungi gambar motosikal anda ke [email protected] dan mereka akan membalas emel anda dengan borang rasmi yang perlu anda isi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh hubungi Encik Zizi secara terus di talian +6011-37314683. Selain itu, anda juga boleh layari laman Facebook rasmi Motonation atau laman sesawang rasmi mereka. Inilah masa untuk anda menunjukkan bakat anda di mata dunia!