Idemitsu Melancarkan Minyak Pelincir 4T Sintetik Sepenuhnya Baru

  • Idemitsu Lube Sdn. Bhd. telah melancarkan minyak pelincir serba baru bagi motosikal empat lejang iaitu Idemitsu 4T 5W40 SL/MA2 Fully Synthetic.
  • Minyak Pelincir terbaru dari Idemitsu ini sesuai untuk pelbagai keadaan menunggang tidak kira sama ada untuk meluncur laju di atas litar pada kelajuan yang tinggi atau pun untuk penunggangan berulang alik ke tempat kerja.
  • Minyak pelincir 4T 5W40 SL/MA2 Fully Synthetic Idemitsu ini akan berfungsi seperti yang dijanjikan dalam jangkauan luas suhu di samping menawarkan ketahanan tahap tinggi.

Idemitsu Lube Sdn. Bhd. baru sahaja melancarkan tambahan yang terbaru pada rangkaian minyak pelincir motosikal sintetik sepenuhnya premium mereka yang semakin berkembang semasa pusingan MotoGP pada hujung minggu yang lalu di Litar Antarabangsa Sepang. Minyak pelincir Idemitsu 4T 5W40 SL/MA2 Fully Synthetic serba baru itu telah diformulasikan dengan stok asas sintetik PAO yang diperhaluskan yang menjanjikan prestasi yang hebat.

Minyak pelincir yang baru ini sesuai untuk sebarang keadaan menunggang, tidak kiralah sama ada meluncur laju di atas litar pada kelajuan yang tinggi mahu pun untuk penunggangan berulang alik seharian ke tempat kerja. Pengeluar minyak pelincir gergasi itu telah mengesyorkan yang minyak pelincir 4t terbaru ini digunakan untuk motosikal perlumbaan dan motosikal jalan raya yang akan dapat membantu dalam melindungi enjin meskipun pada kelajuan tinggi di atas lebuh raya, litar perlumbaan, mahu pun ketika kesesakan lalulintas.

Minyak pelincir Idemitsu 4T 5W40 SL/MA2 Fully Synthetic ini akan berfungsi seperti yang dijanjikan dalam jangkauan luas suhu di samping menawarkan ketahanan pada tahap yang tinggi bagi memastikan enjin dilindungi dan dilincirkan dengan sepenuhnya pada setiap masa. Ia juga memastikan kebendaliran yang hebat sewaktu mulaan sejuk bagi memastikan yang minyaknya bersedia untuk melakukan tugasnya dari saat enjinnya dihidupkan.

Dengan lebih 100 tahun pengalaman dalam bidang ini, minyak pelincir terbaru itu juga mematuhi keperluan API: SL dan JASO: MA2. Jadi, anda tidak perlu risau apabila menggunakan minyak pelincir terkini Idemitsu untuk motosikal anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan minyak pelincir Idemitsu, TEKAN SINI. Anda juga boleh melayari laman Facebook rasmi Idemitsu Lube Malaysia.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]