Moto Guzzi Sunday Ride

 

  • Moto Guzzi telah menganjurkan Moto Guzzi Sunday Ride pada hujung minggu yang lalu.
  • Tunggangan Moto Guzzi yang pertama dianjurkan secara rasmi oleh Moto Guzzi Malaysia.
  • Tunggangan ini menuju ke Gohtong Raya dan Bentong.


Apakah cara terbaik untuk mengeratkan silatulrahim di antara para penunggang motosikal? Sudah semesti menyertai tunggangan bersama.

Moto Guzzi Malaysia telah menganjurkan tunggangan rasmi pertama mereka sejak berpindah ke lokasi baru mereka di Gasket Alley, Seksyen 13, Petaling Jaya.

Di beri nama “Moto Guzzi Sunday Ride”, tunggangan ini telah dirancang bagi menghimpunkan para pemilik motosikal Moto Guzzi di Malaysia untuk satu tunggangan santai ke Genting Permai dan seterusnya ke Lemang To’ki 2 ( restoran Lemang To’ki yang utama telah ditutup buat sementara waktu) di Bentong, Pahang.

Pemilik motosikal Guzzi dan juga motosikl-motosikal yang lain telah mula berkumpul pada jam 8.30pagi. Satu lagi aspek yang menarik mengenai tunggangan konvoi motosikal adalah kita dapat melihat pelbagai jenis motosikal yang berbeza, dan pada hujung minggu itu, kami disajikan dengan begitu banyak model yang berbeza.

Ada sebuah model California, beberapa buah model V7 Racer termasuklah sebuah yang telah dikhususkan menjadi sebuah motosikal scrambler, sebuah V7 Anniversario 50, V9 Bobber, dan juga sebuah motosikal tourer Norge. Terdapat juga motosikal buatan pengeluar lain yang turut serta.

Kami mula bertolak setelah selesai mendengar taklimat keselamatan daripada marsyal tunggangan konvoi ini dan Juan Chow, menunggang dengan kelajuan yang sekata di belakang marsyal sehingga ke stesyen minyak petrol BHP yang berada sejurus selepasa plaza tol Gombak. Kami dapati yang trafik hari itu agak luar biasa sesaknya bagi hari Ahad.

Semua orang mencari tempat berlindung daripada terik bahang matahari sementara para marsyal membuat kiraan peserta.

Dari situ kami bergerak ke Restoran Nanyang Kopitiam di Genting Permai. Selain daripada sebuah Starbucks yang bersebelahan dengannya, Restoran
Nanyang itu telah pun sesak dengan kehadiran beberapa kumpulan penunggang. Kami juga telah terjumpa dengan selebriti Afdln Shauki dan Johan yang keluar menunggang dengan kumpulan mereka.

 

Setelah selesai menjamu selera, kami bergerak ke Lebuh Raya Karak dan menuju terus ke Bentong.

Sekiranya trafik di atas lebuh raya sudah begitu sesak, ianya bertambah buruk sebaik sahaja kami tiba di bandar. Pada masa ini, konvoi sudah mula terpisah kerana kami perlu menyelusuri di celah-celah kenderaan yang lain.

Kesesakan lalulintas adalah tempat terburuk bagi seorang penunggang, kerana di sinilah pemandu kereta mula bersikap buruk akibat rasa tidak puas hati. Sebuah kereta telah memtong laluan betul-betul di hadapan penulis, dan sebuah kenderaan pacuan 4 roda keluar dengan semberono dari simpang menuju ke Bukit Fraser. Sebuah lagi kereta telah menyekat laluan kami, tidak membenarkan kami untuk memotong.

Akhirnya kami tiba di Lemang To’ki setelah menempuhi kesesakan itu, hanya untuk menyedari yang marsyal telah tersilap memandu kami ke restoran yang ditutup.

Kami berpatah balik menuju ke Bentong tetapi penunggang di hadapan kelompok lapan motosikal kami telah terputus hubungan dengan marsyal. Setibanya kami di satu kawasan yang teduh dan selamat, kami berhenti. Salah seorang penunggang dalam kelompok cuba untuk menghubungi menggunakan telefon dan memberitahu kami bahawa telah berlakunya satu kemalangan.

Sebuah motosikal Yamaha T-Max yang ditunggang oleh seorang petugas Moto Guzzi telah dirempuh oleh sebuah SUV mini yang keluar dengan melulu daripada sebuah simpang di bandar, dan kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Bentong. Oleh kerana pembonceng saya adalah teman serumah dengan pembonceng yang terlibat, kami memutuskan untuk menuju ke hospital berkenaan.

Penunggang yang terlibat telah mengalami kecederaan retak tulang kaki kiri. Pemboncengnya pula telah mengalami kecederaan lutut kiri yang luka terkoyak. Kami khuatiri kecederaan yang lebih teruk, tetapi dia bernasib baik tidak mengalami sebarang keretakan tulang selepas menjalani X-ray.

Kedua-dua mangsa kini sedang dalam pemulihan di rumah masing-masing.

Sebagai penutup bicara, saya ingin nyatakan yang ianya satu penunggangan yang santai sekali, dan ianya pasti lebih sempurna sekiranya tiadanya pemandu kereta yang kurang bersabar. Ianya cukup menggembirakan menyaksikan para peserta beramah mesra, bergurau dan bergelak ketawa sewaktu kami berhenti di Gohtong Raya. Satu peringatan untuk semua: Sentiasa berwaspada sekiranya anda menunggang ke Bentong semasa hujung minggu dan cuti
umum.

Galeri Gambar

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply