Sugomi – Seni Pergerakan Kawasaki

 

  • Sejak pengenalan motosikal Kawasaki Z1000 2014, konsep rekaan Sugomi telah diterapkan oleh Kawasaki di dalam ke semua motosikal terkini mereka dalam rangkaian motosikal Z.
  • Sugomi membawa erti jelmaan atau semangat pemangsa yang sedang memburu dan bersedia untuk menerkam mangsanya.
  • Dengan motosikal Kawasaki Z900 ABS 2017 terkini yang menonjolkan semangat rekaan berkenaan dengan tumpuannya yang tajam, posisi menunduk yang rendah, dan prestasi hebat beserta perwatakan pengendalian yang dinamik.


Semenjak pengenalan motosikal Kawasaki Z1000 2014 yang cukup terkenal itu, kita telah diperkenalkan dengan sebuah konsep rekaan yang serba baru yang diaplikasikan pada motosikal yang dibina oleh Kawasaki. Muncul bersama dengan pengenalan motosikal Z1000 berkenaan adalh satu slogan “Call of the Wild”, di mana Kawasaki telah menghasilkan konsep rekaan motosikal mereka yang amat menakjubkan, dinamakan “Sugomi”.

Jadi, apakah itu Sugomi? Terdapat beberapa maksud bagi perkataan ini tetapi menurut Kawasaki sendiri, Sugomi adalah jelmaan atau semangat pemangsa yang sedang dalam pemburuan. Ini termasuklah posisi yang menunduk dengan mata terpaku tepat ke arah mangsanya, bersedia untuk menerkam dengan sekelip mata.

Dengan fokus yang tajam, posisi menunduk yang rendah, dan otot-ototnya sedia untuk menerkam, auranya itu sahaja sudah cukup menyalurkan tenaga yang padu bagi menerkam sesiapa atau apa-apa sahaja di hadapannya. Itulah yang bermain di fikiran Kawasaki untuk motosikal Z1000 mereka; seekor pemangsa yang sedia untuk menerkam dengan kuasa yang meluap serta koordinasi yang jitu.

Konsep rekaan Sugomi ini juga meliputi keseluruhan rupa luaran bagi ke semua motosikal naked baru Kawasaki yang berada dalam rangkaian ‘Z’ mereka. Di Malaysia, motosikal yang paling popular sudah pasti adalah motosikal Kawasaki Z800 dan juga pemangsa baru di jalan raya, Kawasaki Z900 ABS 2017. Diterapkan dengan DNA Sugomi yang sama yang terdapat pada saudaranya yang lebih besar, Z1000, motosikal Kawasaki Z900 ABS 2017 ini sungguh berbeza daripada motosikal Z800 yang lalu sehinggakan anda boleh katakan yang ianya motosikal yang berbeza sama sekali.

Ciri yang paling menyerlah pada motosikal Z900 ABS terbaru ini yang menjelmakan identiti Sugomi sudah pasti renungan serta pandangan daripada lampu hadapannya yang tajam sehinggalah kepada badannya yang sasa itu. Walaupun tanpa menghidupkan enjin serta lampunya, motosikal Z900 ini tampak mengancam dan amat menggerunkan dalam keadaan pegun.

Dari lampu hadapannya sehinggalah bentuknya yang padat serta dinamik itu, motosikal Z900 ABS ini bersedia untuk membawa anda untuk satu penunggangan yang mengujakan. Beserta dengan casis serba baru, enjin, dan ergonomik penunggangan dan pengendalian yang dipertingkatkan, tanpa ragu-ragu kami dapat katakan yang ianya salah sebuah motosikal super naked terbaik yang dapat anda miliki pada harga yang amat berpatutan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Kawasaki Z900 ABS 2017, TEKAN SINI.

Sebagai kesimpulannya, Sugomi ini telah ditakrifkan oleh pengeluar Jepun ini sebagai “Aura yang kuat atau tenaga yang dihasilkan oleh seseorang atau sesuatu objek yang hebat dan dirasai oleh sesiapa yang melihatnya“. Sesiapa atau apa-apa sahaja yang memiliki semangat Sugomi pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam dengan rupa paras serta prestasinya yang menuntut rasa hormat muktamad.

Yakinlah bahawa dengan mana-mana model Z yang boleh didapati dalam rangkaian Kawasaki terutamanya motosikal Kawasaki Z900 ABS 2017 terbaru mereka, anda akan dapat merasai semangat Sugomi meresap masuk dari motosikal kepada anda; “Penunggang”

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]