Valentino Rossi “Mempunyai Masalah Dan Tidak Tahu Puncanya”

Valentino Rossi

Valentino Rossi memikirkan yang dia serta rakan sepasukannya, Maverick Vinales “mempunyai masalah dan tidak tahu akan puncanya”, dan amat risau akan peluang mereka untuk bersaing dengan baik di GP Jepun di Litar Twin Ring Motegi, sekiranya cuaca hujan ini berterusan. Kedua-dua penunggang dari pasukan Movistar Yamaha MotoGP ini telah bergelut sepanjang musim dengan kekurangan cengkaman di bahagian belakang jentera Yamaha YZF-M1 mereka.

Mereka mungkin mampu mengatasi masalah ini dalam cuaca yang baik, namun, dengan adanya hujan, masalah ini menjadi bertambah besar.

Pasukan pengilang berkenaan tampak seperti telah menunjukkan kemajuan dalam beberapa perlumbaan yang lalu, dan ianya turut disumbang oleh kesungguhan dan kemahiran penunggang mereka, namun, sesi latihan bebas tempoh hari di Motegi menyaksikan kedua-dua penunggang berada di tempat ke-11 dan ke-12 terpantas, dan semasa sesi kelayakan pada hari Sabtu telah meletakkan mereka di posisi ke-12 dan ke14 di atas grid untuk perlumbaan pada hari ini (Ahad, 15 Oktober 2017).

Rossi berkata, “Kami berdepan dengan masalah dan kami tidak faham akan puncanya. Pada tahun lalu saya amat kompetitif dalam keadaan cuaca hujan dan berasa amat selesa di atas motosikal lama saya, tetapi, tahun ini kami bergelut dengan masalah. Kami telah cuba untuk mengubahsuai motosikal ini, tetapi kami masih lagi jauh ketinggalan di belakang. Ianya masalah yang sama yang kami hadapi di atas litar yang kering – kami tidak mempunyai cengkaman di bahagian belakang.”

Valentino Rossi telah akur yang dia telah terkeluar dari persaingan untuk merangkul kejuaraan MotoGP ke-sepuluhnya, disebabkan oleh kecederaan yang menyebabkan keretakan tukang kaki kanannya (TEKAN SINI untuk laporan tentang kemalangan berkenaan).

Maverick Vinales pula telah menyaksikan pada mulanya kedudukan teratasnya dirampas, dan kini, peluang untuk merangkul takhta kejuaraan MotoGP sulungnya semakin jauh dari gapaian tangannya.

Johann Zarco (sumber imej: Associated Press)

Pada pusingan kelayakan pada hari Sabtu, 14 Oktober 2017, kita telah menyaksikan keunggulan Johann Zarco dalam cuaca hujan, dan berjaya mencatat masa yang terpantas, diikuti oleh Danilo Petrucci dengan jarak masa hanya sebanyak 0.318.

Pusingan Motul Grand Prix of Japan yang akan diadakan di Litar Twin Ring Motegi akan bermula dengan perlumbaan Moto3 pada jam 10 pagi waktu Malaysia, diikuti dengan perlumbaan Moto2 yang akan bermula pada jam 11.20 pagi (waktu Malaysia), dan akhir sekali perlumbaan MotoGP yang akan bermula pada jam 1 petang (waktu Malaysia).

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini MotoGP.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply