Boon Siew Honda Dengan Rasminya Melancarkan Honda CRF250L Dan CRF250 Rally 2017! Dari RM24,378!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) dengan rasminya telah melancarkan Honda CRF250L dan CRF250 Rally 2017, motosikal kembara tahap mulaan di pasaran Malaysia.
  • Kedua-dua CRF250L dan CRF250 Rally telah dibina untuk ketegaran serta sifat tahan lasak yang boleh ditunggang dengan selesa di atas jalan berturap serta jalan tidak berturap.
  • Honda CRF250L serta CRF250 Rally dinilai pada harga RM24,378.94 dan RM28,618.94 (harga asas beserta GST).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perhatian buat semua penunggang serta pemiat motosikal kembara! Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) dengan rasminya telah melancarkan motosikal Honda CRF250L dan CRF250 Rally 2017 untuk pasaran Malaysia. Motosikal-motosikal kembara serba baru ini amat sesuai sekali untuk di atas jalan raya mahu pun tanah merah yang juga cukup sesuai juga untuk kegunaan berulang alik harian.

Honda CRF250L 2017 – RM24,378.94 (harga asas beserta GST)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal CRF250L yang telah diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2012 yang lalu telah terbukti amat popular di kalangan penunggang baru serta penunggang berpengalaman yang inginkan sebuah motosikal kembara tahap permulaan yang sesuai. Model 2017 ini kini didatangkan dengan rekaan moden yang memenuhi permintaan penunggang baru yang lebih muda dan juga bagi mereka yang berjiwa muda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan semakin banyak permintaan untuk sebuah motosikal kembara berkapasiti lebih kecil yang juga mampu dimiliki, motosikal CRF250L ini telah direka sebagai sebuah jentera serba berkebolehan yang bukan sahaja kelihatan cantik, malah mampu memberikan prestasi terbaik di atas jalan yang berturap dan juga jalan tanah merah. Bersama dengan penggayaan yang mengambil ilham dari jentera Honda CRF250R, CRF250L yang baru ini bersedia untuk apa-apa jua cabaran dari penunggang sama ada menunggangnya di sekitar jalan raya ibu kota, mahu pun untuk pengembaraan ‘off-road’.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal CRF250L adalah jentera berkapasiti kecil serba kebolehan yang sejati, dan ianya telah dibina dengan segala bentuk dan fungsinya terjalin dengan mudah. Kelebarannya yang tirus bukan sahaja membantu menyelinap di antara kenderaan sewaktu kesesakan trafik, tetapi juga ketika berada di jalan tanah merah di mana permukaan pelana/tangki yang lancar yang membolehkan penunggang untuk mengimbangi badan mereka dengan mudah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal CRF250L baru ini dijana oleh enjin DOHC satu silinder sejukan cecair 249cc yang menghasilkan 24.4hp pada 8,500rpm dan 22.6Nm tork pada 6,750rpm. Ke semua kuasa serta tork itu rangkaian kuasa rendah ke pertengahan yang lebih baik , oleh kerana PGM-Fi (Programmed Fuel Injection) Honda beserta dengan kotak udara, tala penghubung  dan ekzos yang ringan baru.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bersama dengan engkol imbang utama serta kotak gear enam-kelajuan dan juga pakej klac, motosikal CRF250L ini menawarkan tunggangan yang selesa dengan getaran yang dikurangkan dan pada masa yang sama cukup tegar bagi menempuhi sebarang bentuk muka bumi ‘off-road’. Radiatornya juga telah direka semula dengan sebuah penyejuk bagi memastikan suhu yang sekata sewaktu menunggang pada kelajuan yang rendah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Risau akan kehabisan minyak petrol? Dengan CRF250L 2017 yang baru ini, ianya didatangkan dengan tangki bahanapi 7.8 liter yang membolehkannya merentasi jarak sejauh 250km dengan satu tangki penuh , dengan angka penggunaan bahanapinya pada kadar 33.3km/seliter.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kerangka CRF250L ini dibina dari keluli, dengan spar utama bersegmen bujur berkembar dan penyangga dwi-separuh namun bahagian badan yang barunya itu telah dipengaruhi oleh rekaan minimalisma CRF450R MX untuk rupa paras yang lebih tirus dan kurus. Pemapar digital yang termasuk sebuah takometer dan tolok bahanapi, dan ABS didatangkan sebagai kelengkapan standard, dengan pilihan untuk mematikan untuk brek belakangnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal CRF250L ini didatangkan dengan kemasan warna perlumbaan Honda ExtremeRed sebagai warna asas, dengan tegasan warna hitam dan putih yang diambil terus dari jentera kilang HRC. BSH telah meletakkan harga bagi Honda CRF250L 2017 ini pada harga RM24,378.94 (harga asas beserta GST).

Honda CRF250 Rally 2017 – RM28,618.94 (harga asas beserta GST)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal CRF250 Rally dengan slogannya, “Weekend Adventurer”, merupakan motosikal dwi-sukan 250cc yang patuh Euro4, yang mana telah membuka satu rangkaian baru kemungkinan bagi motosikal ini, walau apapun tahap pengalaman penunggang. Ianya bukan sahaja kelihatan sedia untuk bersaing di perlumbaan padang pasir, tetapi ianya juga menawarkan perasaan pengembaraan yang sebenar buat penunggang yang inginkan jentera yang ringan dan juga mudah untuk dikendalikan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan asas yang sama seperti CRF250L, motosikal CRF250 Rally ini menambah satu rangkaian luas perubahan yang menjadikannya satu pilihan yang unik terutamanya di pasaran Malaysia. Apa yang menjadikannya lebih menggiurkan adalah penggayaannya yang diilhamkan dari motosikal perlumbaan rali, HRC CRF450 Rally.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di bahagian hadapannya, skrin ‘terapung’, reraup, dan penutup radiator memberikan perlindungan dari angin, dengan bahagian jentera yang selebihnya menampilkan gaya motocross yang cantik dan juga pada masa yang sama, minima. Lampu hadapan yang kompak merumahkan sebuah unit dwi LED yang tidak sekata dimana bahagian belakangnya dilengkapkan dengan lampu isyarat LED bagi menyesuaikannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Prestasi enjin DOHC satu silinder sejukan cecair 250cc motosikal CRF250 Rally ini tertumpu pada tork tahap-rendah dan rpm tinggi, disamping agihan linear yang mempunyai keluaran kuasa dan tork yang sama  seperti CRF250L.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kerangka motosikal CRF250 Rally ini diperbuat dari keluli, dengan bahagian utama bersegmen bujur berkembar dan penyangga dwi-separuh. Tangki bahanapinya yang sebesar 10.1 liter membolehkannya merentasi jarak melebihi 320km, pada angka penggunaan bahanapi pada kadar 33.3km/seliter.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebagai jentera yang ringan dengan berat basahnya hanya pada 157kg, motosikal Rally ini juga didatangkan dengan suspensi jarak gerakan yng panjang dan kelegaan tanah yang tinggi bagi mempertingkatkan lagi kebolehan ‘off-road’ jarak jauhnya. Bersama dengan cakera hadapan terapung yang lebih besar di hadapan dan ABS (ABS belakang boleh dimatikan), motosikal Rally ini menawarkan pakej dwi sukan yang lebih tahan lasak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal CRF250 Rally ini diperkemaskan dengan warna perlumbaan Extreme Red Honda sebagai asasnya, dengan tegasan berwarna hitam dan putih yang diinspirasikan dari jentera kilang HRC. Merebut peluang dari permintaan yang semakin meningkat untuk pengembaraan, BSH telah memutuskan untuk membawa masuk motosikal CRF250 Rally yang ranggi ini yang direka sebagai sebuah motosikal kembara berkapasiti kecil untuk kegunaan orang ramai di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berminat untuk memiliki sebuah motosikal CRF250 Rally anda tersendiri? BSH telah meletakkan motosikal kembara tahap mulaan ini pada harga RM28,618.94 (harga asas beserta GSt). Kedua-dua motosikal CRF250L dan CRF250 Rally ini didatangkan dengan waranti pengeluar selama dua tahun atau 20,000km (yang mana tiba dahulu).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kunjungilah mana-mana bilik pameran pengedar sah Honda kerana kedua-dua motosikal ini sudah boleh didapati bermula hari ini  (29 Ogos 2017). Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook Rasmi Boon Siew Honda.

Honda CRF250L 2017

 

Honda CRF250 Rally 2017

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]