Helmet Pintar Pertama Dunia Telah Dilancarkan Di Malaysia!

‘Helmet pintar’ yang pertama dalam dunia telah pun dengan rasminya dilancarkan di Malaysia. Jarvish Smart Helmet ini telah diedar oleh RT Ride Tech Motorsport, yang merupakan pengedar tunggal untuk Malaysia, Singapura, dan Brunei.

Jarvish Smart Helmet ini bercirikan perakam video bersudut luas 120 darjah 2k bina dalam, perintah pengaktifan suara, kebolehan untuk menerima dan menolak panggilan telefon, dan ianya serasi dengan Apple Siri dan Android Google Go. Perincian ini membolehkan penunggang untuk memeriksa laporan cuaca, lokasi stesen petrol serta gerai makanan atau restoran berdekatan, semuanya dengan hanya menggunakan perintah suara. Dengan ini penunggang bolehlah memastikan kedua-dua belah tangan mereka sentiasa berada di atas palang pemegang.

Malah, helmet ini juga telah dilengkapi dengan aplikasinya yang sendiri, yang perlu dimuat turun pada sebuah telefon pintar. Aplikasi ini membolehkan penunggang untuk memuat turun video melalui wifi, atau ke sebuah computer melalui kabel USB. Ianya dikatakan bahawa aplikasi ini pada masa akan datang akan menawarkan penstriman langsung (live streaming) ke akaun Facebook penunggang.

Alat ini dikendalikan menggunakan bateri yang mampu bertahan hingga 5.5 jam dengan rakaman berterusan. Wakil dari Jarvish mengatakan bahawa bateri berkenaan diperbuat daripada bahan seramik lithium berkeadaan pepejal yang bertaraf militari dan dengan itu ianya merupakan bateri nyah-letupan, walaupun dalam keadaan ekstrim seperti ditembusi, pertembungan, pecah, dan sebagainya, bateri ini akan kekal stabil, dan tidak akan ketirisan, berasap, atau terbakar.

Helmet pintar ini juga mempunyai pengesan pelanggaran, dan akan secara automatik menyimpan rakaman video ke dalam “black box” apabila pengesan mengesan hentaman. Helmet ini menyokong kad memori SD hingga 256GB memori, lebih kurang 3 hari jumlah rakaman.

Pelan masa depan termasuklah pengesan pelanggaran yang dapat membuat panggilan ke nombor telefon yang tertentu ketika kecemasan, dan di Eropah, helmet ini akan dapat berhubung dengan unit penyelamat dan juga syarikat insurans.

Spesifikasi Jarvish Smart Helmet:

  • Tahap kalis air: IPX5.
  • Perintah suara: Setelah Bluetooth telefon bimbit dihubungkan kepada helmet pintar ini, perintah suara dapat digunakan untuk mengawal fungsi-fungsinya termasuk rakaman video, menjawab panggilan telefon, pelarasan bunyi, memainkan muzik, dan lain-lain.
  • Fungsi merakam: 1920 X 1080, status pergerakan dinamik dapat direkod melalui fungsi merakam.
  • Sijil keselamatan: ECE R22.05 (Serantau), DOT (Serantau), CNS 2396, CNS 13438, CNS 13439, NCC-CCAM17LP0170T2.
  • Aplikasi: Wi-fi, video dapat dimuat turun dan status sistem helmet pintar ini dapat dilihat. Fungsi navigasi membolehkan input alamat destinasi sebelum setiap perjalanan dan perintah suara untuk navigasi boleh disampaikan kef on telinga helmet pintar ini melalui Bluetooth. (Navigasi satelit mungkin ada kesilapan dan ianya disyorkan sebagai rujukan sahaja).
  • Bahan tempurung helmet: Tempurung helmet ini menggunakan bahan komposit gentian karbon yang bercirikan kekerasan yang tinggi, kekuatan tinggi, dan ringan.
  • Ciri bateri: Menggunakan bahan seramik lithium berkeadaan pepejal bertaraf militari nyah-letupan. Di bawah keadaan ekstrim, seperti penembusan, pelanggaran, pecah dan sebagainya, bateri ini dikekalkan dalam keadaan selamat tanpa ketirisan, berasap, atau terbakar, dan lain-lain.
  • Ciri pengudaraan: Bahagian mulut dan dahi dilengkapkan dengan masukan udara boleh laras dua tahap beserta dengan rekaan tiga lubang keluaran udara tambahanbagi memastikan pengudaraan di dalam helmet. Dua tempat di bahagian bawah belakang dilenkapi dengan sinki haba.
  • Lapisan dalaman mudah tanggal: Lapisan dalamannya menggunakan rekaan boleh tanggal bersama dengan rawatan kalis hama dan anti-bakterial; ianya juga boleh dibasuh.
  • Model: MONACO EVO S
  • Pengimport: JARVISH Inc.
  • Bahan, berar bersih, kuantiti: Bahan komposit gentian karbon, Styrofoam, kancing besi, lapisan dalaman fabric.
  • Voltan terkadar (V) dan frekuensi berkadar (Hz): Voltan terkadar 3.8 ~4.4v, 60Hz
  • Arus input terkadar: 0.65A
  • Sijil: ECE R22.05, DOT, CNS 2396 CNS 13438, CNS 13439, NCC
  • Nama produk: Enhanced flip-up protective helmet for motorcycle riding (applicable for use in non-competition motorcycles above 125C.C.)
  • Jenis produk: Enhanced type, applicable to light or heavy motorcycles and large heavy-duty motorcycles.
  • Bahan utama: Tempurung helmet komposit gentian karbon, EPS Styrofoam, kancing besi, lapisan dalaman fabrik.
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]