Harley-Davidson Road Glide Cas Turbo – “Jentera Turbo Hijau Yang Jahat”

 

  • Semasa festival Art of Speed Malaysia baru-baru ini, kami telah terserempak dengan sebuah Harley-Davidson Road Glide cas turbo yang amat unik.
  • Dimiliki oleh Encik Harun Hashim atau lebih dikenali sebagai “Kicap”, pemilik Bagger cas turbo pertama di Malaysia telah memenangi anugerah AOS2017 bagi ” Best Custom Bagger”.
  • Kos keseluruhan bagi segala kerja pengkhususan adalah sekitar RM180,000 yang mana ianya termasuk sistem cas tutbo, roda hadapan 30 inci Sinister, kemasan warna, dan pelbagai lagi ciri yang mengagumkan.


Anda mungkin merasakan yang arena motosikal cruiser di Malaysia semakin mendapat tempat di hati penggemar motosikal tempatan terutamanya dengan pelbagai pilihan pengeluar serta motosikal yang semakin mudah untuk dimiliki dalam negara kita ini. Walaupun motosikal standard sudah pun cukup hebat dengan cara mereka tersendiri, terdapat sekumpulan penggemar permotoran yang inginkan sesuatu yang unik, yang melambangkan diri mereka sebagai penunggang.

Tidak disangkalkan lagi yang pasaran motosikal cruiser dimonopoli oleh Harley-Davidson dengan pilihan motosikal premium yang pelbagai serta kemasyhuran jenama ikonik ini di seluruh dunia. Motosikal dalam siri Glide hinggalah ke Street 750 yang terkini, akan ada sebuah motosikal Harley yang sesuai untuk semua tidak mengira umur, gaya atau pun status.

Ketika festival Art of Speed Malaysia 2017 yang telah berlangsung baru-baru ini, terdapat begitu banyak motosikal cruiser dibikin khusus yang amat menggoda diperagakan. Walaupun terdapat ratusan (ribuan, jika dikira yang berada diluar dewan) motosikal yang dipersembahkan, satu jentera telah menarik perhatian kami dan juga orang ramai.

TEKAN SINI untuk membaca tentang festival Art of Speed Malaysia 2017.

Jentera berwarna hijau yang kelihatan amat ganas ini adalah milik seorang ahli yang disegani dalam Kepala Kuasa Motorcycle Gang (KKMG), Encik Harun Hashim, atau lebih dikenali sebagai “Kicap” atau “Kic-Up”. Kami telah bertemu dengan Encik Harun yang bersahaja dan amat rendah diri ini bagi mengetahui dengan lebih dekat mengenai motosikal cruiser khususnya itu.

Ianya bermula apabila Kicap telah membeli Harley-Davidson Road Glide 2011 sekitar lima tahun yang lalu. Seperti kebanyakan pemilik yang ingin meletakkan sentuhan tersendiri mereka pada jentera masing-masing, Kicap membuat beberapa pengubahsuaian kecil pada Road Glidenya seperti menukar roda hadapannya ke roda yang lebih besar.

Sumber imej: Motorcycle USA

Hanya itu sahaja pengubahsuaian yang dilakukan pada mulanya namun ianya berubah secara mendadak selepas pengembaraan Kicap ke salah satu destinasi penunggangan Harley-Davidson paling ikonik seluruh dunia, Sturgis. Pada 2015, Kicap dan beberapa orang temannya telah menunggang dari New York ke Sturgis di mana jaraknya sejauh 5,000km.

Setibanya dia di sana, dia terkesima dengan jumlah serta kecantikan jentera pengkhususan yang terkumpul di situ sehingga dia merasakan dia perlu menzahirkan segala inspirasi yang telah dilihatnya di Sturgis itu balik ke tanah air kita, Malaysia. Sudah tiba masanya dia berleluasa!

Pengubahsuaian yang terbesar yang pasti anda perasan serta merta adalah roda hadapan gergasi 30 inci dari Sinister. Untuk rim sahaja telah menelan
belanja kira-kira RM30,000 dan bersama-sama dengan bahagian lain untuk disuaikan dengan saiz rodanya yang besar itu, Kicap telah membelanjakan sekitar RM50,000 untuk roda, tayar, dan juga pakej brek.

Bagi merumahkan keseluruhan bahagian hadapannya, satu set fork hadapan Harley-Davidson Triple Tree telah didapatkan dengan kos yang dianggarkan kira-kira RM12,000 (tidak termasuk kos untuk rekaan khususnya).

Dengan pengubahsuaian sebegini besar, ianya sudah pasti mengujakan mereka dalam kancah pengkhususan. Namun begitu, Kicap ingin memastikan yang motosikalnya akan menarik setiap mata yang memandang.

Dengan bantuan dari Azmil Wheel Garage yang terletak di Puchong, Kicap dan mekaniknya memutuskan untuk melengkapkan Road Glidenya dengan cas turbo. Ya, tuan-tuan, anda sedang menatap Bagger CAS TURBO pertama di Malaysia.

Kit turbo TD-03 dengan pendingin-antara dan paipan khusus menelan kos sekitar RM30,000. Bagi Kicap, ianya satu pengorbanan yang kecil untuk menjadikannya motosikal khusus satu dala sejuta yang menghasilkan lebih daripada 220hp!

Sesudah segala kerja pengubahsuaian dalaman besar selesai, dia telah menghantar motosikalnya ke Azizi Spray untuk kemasan warna khusus yang sangat unik dan ‘chill’. Warna hijau yang unik beserta grafiknya itu sahaja menelan belanja kira-kira RM5,000 dan jika dilihat pada hasilnya, ianya perbelanjaan yang amat berbaloi.

Aksesori dari Arlen Ness melengkapkan lagi sentuhan premium motosikal cruiser ini. Hasil penat lelah Kicap telah membuahkan hasil apabila motosikalnya memenangi anugerah “Best Custom Bagger”. Secara keseluruhannya, jumlah perbelanjaan keseluruhannya adalah sekitar RM180,000 tidak termasuk harga motosikal itu sendiri.

Kami di MotoMalaya dan juga saudara kami di Bikes Republic ingin mengucapkan jutaan tahniah buat Encik Harun Hashim, atau “Kicap”, dan juga juga buat keseluruhan ahli Kepala Kuasa Motorcycle Gang atas usaha, sumbangan dan juga keramahan mereka meluangkan masa berbual dengan kami mengenai jentera mereka yang hebat ini.

Teruskan setia bersama MotoMalaya kerana kami akan terus membawakan anda motosikal-motosikal pengkhususan yang memenangi anugerah di AOS2017.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]