- Laporan terkini yang telah dibuat oleh Reuters menyatakan bahawa Ducati tidak akan ditempatkan di atas papan pembidaan susulan satu mesyuarat oleh lembaga penyeliannya.
- Lembaga ini yang terdiri daripada pengurusan korporat dan juga perwakilan tenaga kerja telah mencapai kata sepakat yang mereka tiada sebab yang besar mengapa mereka perlu menjual Ducati.
- Berikutan peningkatan jualan terbarunya pada 2016 yang telah mencapai jumlah melebihi RM3 Billion, Volkswagen dan Audi percaya yang Ducati masih lagi dan akan terus kekal sebagai jenama yang bernilai jika kekal di bawah syarikat mereka.
Berikutan beberapa khabar angin dan berita yang telah tersebar di seluruh dunia yang menuding kepada pelelongan Ducati kepada pembida tertinggi, ibu syarikatnya, Volkswagen serta lembaga pengilang itu telah menghentikan sebarang urusan berkaitan dengan jenama motosikal terkemuka Itali berkenaan.
Seluruh dunia telah ternanti-nanti dan berteka-teki mengenai siapakah yang bakal menjadi pemilik terbaru pengeluar motosikal ternama itu dengan kebanyakan desas-desus itu menunjukkan bahawa Harley-Davidson sebagai pendahulunya. Ianya bukan sekadar omongan kosong memandangkan syarikat berkenaan telah pun melantik Goldman Sachs bagi membantu dalam usaha pemerolehan itu.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut usaha Harley Davidson untuk mendapatkan Ducati, TEKAN SINI.
Walaubagaimanapun, laporan terkini yang telah disiarkan oleh Reuters telah mengatakan sebaliknya. Nampaknya, lembaga penyeliaan di Volkswagen yang terdiri daripada ahli yang sama banyak dari pengurusan korporat dan juga perwakilan tenaga kerjanya telah mencapai persetujuan yang mereka tidak mempunyai sebab yang besar untuk melepaskan jenama Ducati ke tangan orang lain.
Ketika khabar angin ini mula tersebar hampir setahun yang lalu, ianya satu cerita yang berbeza. Berbalik semula kepada skandal keputusan ujian emisi VW di Amerika Syarikat, syarikat mega itu mengalami hentaman yang teruk susulan tuntutan mahkamah dan kejatuhan harga sahamnya. Ianya telah menimbulkan khabar angin mengenai pencairan aset mereka, Ducati, bagi menebuskan balik sebahagian daripada kerugian yang dialami mereka.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya,TEKAN SINI.
Dalam laporan kami yang terkini mengenai berita ini, kami telah khabarkan yang bukan Harley-Davidson sahaja yang berminat untuk memiliki jenama Ducati ini. Firma-firma yang lain dari seluruh dunia seperti Bajaj Auto Limited dari India, Royal Enfield, dan juga keluarga Benetton dari Itali (pemilik syarikat pakaian terkemuka United Colors of Benetton), Polaris, Eicher Motors dan banyak lagi telah menunjukkan minat mereka sebelum laporan ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai para pembidanya, TEKAN SINI.
Dengan jualan yang diraih Ducati berjumlah €593 juta (kira-kira RM3 billion) pada tahun 2016 yang diterjemah kepada peningkatan sebanyak 1.2% bagi jualan keseluruhan di seluruh dunia, VW bersama dengan Audi terasa perlu untuk terus kekal bersama jenama ini, lebih lama dari yang kita sangkakan. Walau apapun kesudahan cerita ini, motosikal superbike Ducati V4 yang dinanti-nantikan menuding ke arah yang sedang ditujui Ducati, maju ke hadapan.
Artikel oleh: Mohd Zarul Faiz Ahmad Zaki