Tunggang Uji Istimewa Suzuki di Litar Kart Antarabangsa Sepang – 29 dan 30 Julai 2017

  • Suzuki Assemblers Malaysia akan menganjurkan satu sesi tunggang uji istimewa Suzuki pada hujung minggu ini pada 29 dan 30 Julai 2017 di Litar Kart Antarabangsa Sepang.
  • Bagi mereka yang berminat bole turut serta untuk menguji beberapa daripada model motosikal besar Suzuki yang terkini seperti GSX-R1000, GSX-R1000R, VStrom 650 ABS, SV 650 ABS, GSXS 750 ABS, GSXS1000F dan Burgman 400 ABS.
  • Acara ini akan berlangsung pada hujung minggu ini bermula dari jam 10 pagi hingga 4 petang pad hari Sabtu dan Ahad dengan beberapa jenama yang lain yang akan turut serta seperti Arai Helmet, Bike World, AutoBacks dan ramai lagi.


Suzuki Assemblers Malaysia akan menganjurkan sebuah sesi tunggang uji Suzuki istimewa bagi ke semua model motosikal 2017 mereka yang terkini pada hujung minggu ini. Litar Kart Antarabangsa Sepang telah dipilih sebagai tapak acaranya dan orang ramai telah diberikan peluang keemasan untuk mencuba sebahagian daripada model-model terkini Suzuki termasuklah GSX-R1000R!

Pada 29 dan 30 Julai 2017, tawaran ini dibuka kepada mereka yang berminat untuk mengetahui bagaimana prestasi motosikal-motosikal terbaru Suzuki dalam persekitaran yang selamat serta terkawal iaitu di Litar Kart Antarabangsa Sepang. Akan terdapat beberapa model motosikal Suzuki terkini yang akan disediakan untuk tunggang uji seperti GSX-R1000, GSX-R1000R, VStrom 650 ABS, GSXS 750 ABS, GSXS1000F dan motosikal skuter yang dikenali ramai, Suzuki Burgman 400 ABS.

Mereka yang mempunyai lesen B Full boleh menguji mana-mana model yang telah dinyatakan sementara mereka yang mempunyai lesen B2 akan mempunyai peluang untuk menunggang uji skuter Burgman 400 terbaru. Diingatkan bagi mereka yang berminat, anda perlulah memakai kelengkapan keselamatan anda sendiri seperti helmet, sarung tangan, jaket, seluar panjang dan juga but menunggang. Untuk maklumat lanjut mengenai acara tunggang uji ini, TEKAN SINI.

Suzuki Burgman 2017

Sebagai bonus tambahan untuk mereka yang menghadiri acara ini, akan ada kemunculan istimewa dari Arai Helmet, Bike World, Autobacks dan semestinya dari saudara kami, Bikes Republic. Mereka yang mempunyai helmet jenama Arai boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan pencucian yang disediakan dan juga produk pembersihan motosikal premium dari IPONE.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]