- Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan versi yang dikemaskini motosikal Honda CBR650F dan Honda CB650F 2017 mereka dengan beberapa kemaskini dalaman serta luaran.
- Rangkaian 650F yang baru ini juga didatangkan dengan enjin yang telah dibikin semula dengan lebih kuasa dan tork dan juga suspensi, brek, dan sistem pencahayaan yang dipertingkatkan.
- Honda CBR650F dan CB650F 2017 yang dikemaskini ini diletakkan pada harga RM47,117.94 dan RM44,995.94 (asas dengan GST).
Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja memperkenalkan motosikal Honda CBR650F dan Honda CB650F 2017 terkini yang dikemaskini untuk tahun 2017. Tawaran motosikal lumba middleweight dari BSH ini didatangkan dengan beberapa spesifikasi yang dipertingkatkan dan juga skema warna yang baru.
Melihat pada spesifikasi enjinnya, enjin DOHC suntikan bahanapi, sejukan cecair, sejajar empat, 649cc itu kini menghasilkan hampir pada 90hp pada
11,000rpm dan 64Nm tork pada 8,000rpm. Jumlah itu adalah hampir kepada 10% peningkatan keluaran kuasa berbanding dengan model yang sebelum ini. BSH telah berjaya melakukannya dengan pengenalan masukan serta sistem pengurusan aliran ekzos yang serba baru bersama-sama dengan aturcara peredam yang lebih pendek.
Selain enjinnya, motosikal CBR650F dan CB650F yang baru ini juga dilengkapi dengan fork hadapan “Showa Dual Bending Valve” (SDBV) dan angkup brek Nissin bagi memberikannya pakej penunggangan keseluruhan dan pengalaman yang lebih baik. Lain-lain kemaskini termasuklah penambahan lampu hadapan dan belakang LED yang diterapkan bagi kedua-dua buah motosikal 2017 yang dikemaskini ini.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan motosikal Honda CBR650F 2017 milik anda sendiri, anda pasti gembira mengetahui bahawa BHS akan menawarkan motosikal ini dalam tiga skema warna yang berbeza; Matte Gun Powder Black, Millennium Red, dan Pearl Metalloid White. Harganya? hanya RM47,115.94 (asas beserta GST).
Bagi motosikal Honda CB650F 2017 yang dikemaskini pula, anda akan mendapat empat pilihan yang berbeza; Matte Gun Powder Black, Millennium Red, Pearl Spencer Blue, dan Sword Silver Metallic. Varian naked bagi rangkaian 650F ini akan diletakkan harganya pad RM44,995.94 (asas beserta GST).
Motosikal Honda CBR650F dan CB650F yang baru ini akan tersedia di Impian Honda Shop yang sah bermula dari 1 Ogos 2017.
Honda CBR650F 2017
Honda CB650F 2017