Adakah Ini BMW S1000RR 2018 Yang Terbaru?

 

  • Terdapat sebuah gambar yang telah tersebar di atas talian yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai generasi terkini BMW S1000RR 2018.
  • Difotograf oleh Motorrad Magazine, motosikal lumba baru yang dikatakan dari BMW Motorrad itu dilengkapi dengan kemaskini keseluruhan baru pada bahagian casisnya, lenganbuai, dan panel badannya yang lain.
  • Khabar angin juga turut tersebar mengenai enjin empat silinder terbaru dari BMW yang akan mereka gunakan pada motosikal lumba premium generasi berikutnya pada tahun yang mendatang.

Sumber imej: Motorrad Magazine

Terdapat satu gambar yang khusus yang telah tersebar di atas talian menunjukkan apa yang kebanyakan orang andaikan sebagai generasi berikutnya BMW S1000RR. Berdasarkan penemuan kami, kami dapat sahkan bahawa telahan mereka tidak silap berkaitan dengan gambar yang dapat anda lihat diatas.

BMW S1000RR 2017

Motorrad Magazine telah menyiarkan gambar berkenaan yang merupakan motosikal BMW S1000RR yang sangat berbeza dan dari apa yang dapat kita lihat, ianya merupakan motosikal yang berlainan sama sekali berbanding dengan mana-mana generasi sebelumnya. Dari segi rupa parasnya sahaja, penggayaanna telah melalui beberapa kemaskini bagi membawakan model 2018 yang progresif berkesuaian untuk masa depan.

Perubahan yang besar pada bahagian casisnya dapat dilihat dengan jelas dan ianya bukan sekadar hiasan sahaja. Malah, ianya tampak seperti dilakukan bagi untuk memuatkan enjin empat sejajar yang serba baru dari BMW yang telah dikhabarkan dibina secara khusus untuk motosikal terbaru mereka.

 

Apabila kita meneliti gambar itu dengan lebih dekat, motosikal prototaip BMW S1000RR ini kelihatan seperti ianya dilengkapkan dengan lenganbuai serba baru, casis yang dikemaskini, panel badan yang baru. Perubahan yang terbesar pada motosikal ikonik yang tidak pernah kita lihat sebelum ini padanya adalah sepasang lampu hadapan yang sepadan.

Kita juga boleh menjangkakan pelbagai kemaskini pada kelengkapan elektroniknya termasuklah pemapar TFT yang digital sepenuhnya den berwarna bagi motosikal superbike utama mereka. Ciri-ciri lain dari segi elektronik mungkin sekali merupakan pakej kelengkapan yang lebih sofistikated dan kompleks seperti kawalan mulaan, ABS menyelekoh, dan sebagainya.

Panel meter TFT terkini bagi motosikal KTM Super Adventure 1290 S 2017

Walaupun ia masih lagi terlalu awal untuk kita andaikan apa yang akan dilengkapkan di atas jentera superbike premium generasi seterusnya dari BMW Motorrad ini, kami pasti yang ianya pasti akan mempersonakan semua apabila motosikal BMW S1000RR 2018 yang terbaru itu diperkenalkan nanti pada penghujung tahun nanti.

BMW HP4 Race 2017

Apa yang dapat kami sahkan adalah BMW Motorrad mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk meningkatkan lagi tahap status “RR” motosikal itu ke aras yang lebih menggayatkan dan pasti ia akan mengujakan kita semua.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply