- Tree Movement (M) Sdn Bhd akhirnya telah mengumumkan yang skuter elektrik pertama mereka, Treelektrik T-90, kini sudah pun sedia untuk jualan.
- Pengumuman ini telah dibuat semalam pada hari Khamis dimana Tree Mevoment melantik MyANGKASA sebagai pengedar rasmi mereka di Malaysia ketika satu upacara tandatangan yang telah diadakan di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.
- Treeletrik T-90 2017 varian bateri asid plumbum diletakkan harganya pada RM10,494 (asas beserta GST) manakala versi janaan lithium akan diumumkan dalam masa terdekat.
Firma kenderaan elektrik tempatan, Tree Movement (M) Sdn Bhd baru sahaja mengumumkan bahawa elektrik skuter utama mereka, Treelektrik T-90, kini sudah pun boleh didapati untuk belian orang awam bermula semalam. Pengumuman itu telah dibuat awal hari semalam semasa satu majlis tandatangan dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sebagai pengedar utama mereka di dalam negara.
Treelektrik telah pun memperkenalkan rangkaian skuter janaan elektrik mereka pada bulan Julai tahun 2016 yang lalu semasa mereka membuat kemunculan sulungnya itu. Dengan keseluruhan rangkaian kini sudah pun bersedia untuk menerajui pasaran motosikal elektrik dalam negara, Treelektrik T-90 pertama mereka kini sudah sedia dan menunggu di ke semua bilik pameran rasmi di seluruh negara.
TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kemunculan pertama Treelektrik pada tahun 2016.
Terdapat dua varian berbeza bagi T-90 ini dengan varian semasa yang dijana oleh bateri asid plumbum manakala versi bateri litium pula akan diumumkan pada masa yang terdekat. Bateri 84 voltnya itu akan mengarahkan kuasanya ke motor ‘brushless’ 5000watt yang memacu roda belakangnya yang dirumahkan pada hab belakangnya.
Ianya telah didakwa yang T-90 ini mempunyai jarak perjalanan sekitar 80km hingga ke 100km bagi setiap pengecasan apabila ditunggang pada kelajuan sederhana. Ini menjadikannya sebagai satu pengganti yang baik bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan bandar dan pada masa yang sama mengurangkan jejak karbon mereka secara mendadak kerana skuetr elektrik T-90 ini tidak menghasilkan sebarang wasap toksik mahu pun menyumbang kepada pencemaran bunyi oleh kerana motor elektriknya yang tersangatlah senyap.
Bateri plumbumnya sendiri adalah seberat 98kg namun bagi setiap pengecasan penuh selama enam ke tujuh jam, T-90 ini mampu untuk mencapai kelajuan tertinggi 80km/j yang mana ianya lebih daripada mencukupi sekiranya anda menggunakan untuk menyusuri jalan raya bandar yang sesak.
Treelektrik bercita-cita untuk menjual melebihi 100,000 unit menjelang tahun 2020, dan ianya datang dengan pelaburan permulaan sebanyak RM10 juta bersama dengan anggaran belanjawan keseluruhan sebanyak RM50 juta. Berdasarkan perkiraan mereka berpaksikan manfaat utama menggunakan skuter utama mereka, anggaran berjumlah RM5,684 dikatakan dapat dijimatkan dalam tempoh tiga tahun berbanding dengan menggunakan motosikal kapasiti kecil janaan petrol.
Skuter elektrik Treelektrik T-90 2017 ini telah dinilai pada harga RM10,494 (asas beserta GST). T-90 janaan lithium akan boleh didapati pada masa yang terdekat. Skuter dengan rupa paras premium ini didatangkan dalam empat pilihan warna yang berbeza; hitam/hijau, hitam/oren, putih/biru, dan putih/merah.
Bersama dengan pelancaran itu adalah program MyANGKASA LIFECARE FASTLANE dimana mereka dapat membantu dalam perkhidmatan kecemasan bagi bakal pemilik motosikal Treelektrik di seluruh negara. Pemilik dan jentera mereka akan mendapat bantuan 24 jam sehari bagi membantu dalam sebarang situasi kecemasan seperti kemalangan atau kerosakan. Sememangnya ianya satu perkhidmatan selepas jualan yang cukup bagus sekali.