- Ketika pusingan Cub Prix Malaysia pada hujung minggu lalu yang diadakan di MAEPS Serdang, Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia dengan bangganya mempamerkan Yamaha NVX 2017-nya buat kali pertama untuk khalayak ramai.
- Ruang utama telah dikhaskan untuk mempromosikan skuter terbaru mereka yang turut menyaksikan satu pertunjukan lagak ngeri menggunakan sebuah skuter perlumbaan Yamaha NVX Challenge yang telah diubahsuai oleh penunggang lagak ngeri mereka yang dikenali sebagai Gaban.
- Motosikal yang paling menarik perhatian dipamerkan adalah motosikal Yamaha NVX yang dilitupi dengan warna Movistar Yamaha dan Monster Yamaha Tech 3.
Bagi mereka yang seringkali mengikuti siri perlumbaan Cub Prix Malaysia pasti juga akan sudah biasa dengan kawasan ‘Mall Area’ yang istimewa didirikan untuk para pengeluar, syarikat, dan perusahaan untuk mempamer dan mempromosi segala tawaran, barangan dan khidmat yang mereka sediakan.
Ruang utamanya selalunya dikhaskan untuk pengeluar terkemuka dan pada hujung minggu yang lalu, ketika pusingan ke-lima Kejohanan Cub Prix Malaysia AAM, Hong Leong Yamaha (HLYM) Malaysia telah melakukan sebaik yang mungkin dalam mempromosikan skuter terbaru dari mereka, Yamaha NVX 2017.
Ianya adalah pada hari Sabtu yang lalu semasa kemunculan pertama di khalayak ramai buat skuter 155cc NVX ini yang tampil di pentas utama yang terletak bersebelahan dengan litar jalanraya sementara Cub Prix. Kemunculan julung kalinya itu telah ditemani dengan sebuah pertunjukan lagak ngeri oleh penunggang lagak ngeri Yamaha yang dikenali sebagai Gaban yang telah mempamerkan kemahiran aksi lagak ngeri skuternya menggunakan skuter Yamaha NVX yang diubahsuai yang akan digunakan dalam Yamaha NVX Challenge, satu perlumbaan satu-buatan istimewa untuk mempromosikan lagi skuter terbaru ini.
Terdapat beberapa buah Yamaha NVX yang telah dipamerkan dalam kemasan khusus untuk menarik perhatian para pengunjung dan yang paling menonjol di antaranya adalah empat buah skuter yang turut mencuri tumpuan bukan sahaja daripada peminat skuter. Pada satu sudut ruangan HLYM itu, terdapatnya dua buah Yamaha NVX dipamerkan dalam kemasan Movistar Yamaha yang amat cantik sekali yang mengingatkan kita pada penunggang-penunggang MotoGP terkenal, Valentino Rossi dan Maverick Vinales.
Kebiasaannya, kemasan warna Movistar Yamaha sahaja sudah cukup untuk mencetuskan minat bagi bakal pembeli untuk mendapatkan motosikal Yamaha namun dari apa yang kami dapat saksikan di sudut yang bertentangan dalam ruangan itu adalah sepasang skuter Yamaha NVX yang diliputi dengan warna Monster Yamaha Tech 3 yang lebih jarang didapati.
Pada pendapat kami, kami sejujurnya dapat mengatakan bahawa rekaan Monster Yamaha Tech 3 ini adalah antara yang tercantik yang dapat dilihat dalam siri MotoGP. Warna hitam dan hijaunya dengan sedikit warna putih dan kuning telah menjadi rekaan pilihan memandangkan kedua-dua penunggang Monster Yamaha Tech 3, Johan Zarco dan Jonas Folger telah pernah menduduki kedudukan podium untuk tahun ini (dan sebagai penunggang rookie dalam siri MotoGP, satu pencapaian yang mengagumkan).
Memandangkan begitu banyak kejayaan yang telah Yamaha kecapi terutamanya dalam siri MotoGP, tidak menjadi kejutan bahawa kedua-dua kemasan ini akan boleh didapati untuk jualan dalam masa yang terdekat ini namun persoalannya adalah bila dan berapakah kosnya nanti belum lagi dapat kami pastikan. Buat masa ini, skuter Yamaha NVX 2017 ini didatangi dalam warna Biru, Merah, dan Hitam dan diletakkan pada harga RM10,500 (asas beserta GST).
Secara keseluruhannya, Yamaha NVX dalam pilihan warna semasanya semakin mendapat perhatian dan prospek pemilikan namun sekiranya HLYM membuat keputusan untuk muncul dengan beberapa edisi khas didatangkan dengan warna Movistar Yamaha dan Monster Yamaha Tech 3, kami pasti yang para penggemar permotoran akan berpusu-pusu untuk mendapatkannya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai skuter Yamaha NVX 2017, TEKAN SINI.