Mike Akatiff & TOP 1 ACK ATTACK – Lelaki Di Sebalik Motosikal Terpantas Dunia

 

  • Mike Akatiff bersama dengan bantuan daripada Top 1 Oil telah memecahkan rekod kelajuan bagi motosikal terpantas di dunia pada tahun 2010 yang lalu dengan sebuah ‘streamliner’ TOP 1 ACK ATTACK.
  • Jentera yang dijana oleh Suzuki Hayabusa berkembar itu telah berjaya mencapai kelajuan melebihi 376bsj (605km/j) namun untuk tahun ini, pasukan itu sedang merancang untuk memecahkan rekod itu sekali lagi dengan cubaan untuk melepasi penanda 400bsj (643km/j).
  • Pasukan Mike Akatiff bersama dengan TOP 1 Oil akan menuju ke pamah garam Salar de Uyuni berdekatan dengan Pergunungan Andes bermula dari 3 Ogos hinggan 8 Ogos 2017 untuk mencapai apa yang suatu ketika dahulu dikatakan mustahil.


Ianya pada tahun 2010 yang lalu di mana dunia telah menyaksikan sebuah motosikal mencipta rekod kelajuan di atas tanah bagi motosikal terpantas di dunia. Dengan sebuah ‘streamliner’ dwi-enjin yang telah diubahsuai sepenuhnya yang digelar “TOP 1 ACK ATTACK” yang telah mengejutkan dunia apabila ia mencapai kelajuan 605.697km/j. Rekod jentera legenda ini masih lagi bertahan untuk hampir satu dekad.

Sesetengah orang pastinya menganggapkan pencapaian hebat ini sebagai pencapaian terulung sepanjang zaman yang akan telah mereka kecapi dan bersara dengan kebanggaan ini namun sebaliknya buat ketua pembina TOP 1 ACK ATTACK, Mike Akatiff. Akatiff telah menunda rancangan persaraannya dan merancang untuk mencapai kelajuan 400bsj (644km/j) dari 3 Ogos 2017 hingga 8 Ogos 2017 di pamah garam Salar de Uyuni berdekatan dengan Pergunungan Andes.

Mike Akatiff yang merupakan bekas pelumba motosikal dan juga pakar avionik telah menyatakan dengan jelas sekali yang dia tidak akan bersara selagi dia masih bernafas. Akatiff telah menjadikan misinya untuk membina motosikal terpantas di muka bumi sejak tahun 2000 dan sasaran terkininya adalah untuk memecahkan tembok hadangan 400bsj dan dia merancang untuk meruntuhkannya dalam bulan yang akan datang.

“Kami telah pun mencecah 400bsj, namun ianya tidak membawa sebarang bermakna jika ianya tidak direkodkan secara rasmi… kami mempunyai kelengkapan dalam jentera yang menunjukkan kira-kira 402.6 semasa kami mencipta rekod.”

Ianya pada 3 September 2006 semasa keseluruhan pasukan berada di pamah garam Bonneville untuk memecahkan rekod kelajuan atas tanah. Bersama dengan TOP 1 Oil, TOP 1 ACK ATTACK berjaya memecahkan rekod pada ketika itu apabila pengemudi mereka, Rocky Robinson, mengemudi ‘streamliner’ sepanjang 20 kaki yang dijana oleh enjin berkembar Suzuki Hayabusa itu dengan kelajuan purata sehingga 342.797bsj (551.678km/j); 20bsj lebih pantas dari rekod sebelum ini yang telah bertahan selama 16 tahun!

Sumber imej: www.motorcycle.com.vsassets.com

Walaupun mereka merupakan yang pertama yang memecahkan rekod berusia 16 tahun itu, ianya hanyalah untuk seketika kerana ‘streamliner’ dari pasukan BUB Lucky 7 memecahkan rekod mereka dengan kelajuan 350.884bsj (564.693km/j). Mereka berhasrat untuk melakukan perkara yang sama pada tahun berikutnya namun nasib malang telah menimpa mereka apabila Rocky Robinson terbabas dengan TOP 1 ACK ATTACK pada kelajuan melebihi 300bsj (482km/j).

Nasib itu berterusan lagi pada tahun seterusnya di mana pasukan itu bergelut dengan beberapa masalah berkaitan pengendaliannya namun mereka masih berjaya mencapai kelajuan 360bsj (579km/j). Sekali kegemilangan itu dimalapkan apabila sebuah pasukan yang lain telah memecahkan rekod mereka itu dengan kelajuan 367bsj (590km/j) pada hari yang seterusnya.

Sebagai seorang pembina ulung dengan sebuah pasukan yang berdedikasi dengan sokongan dari Top 1 Oil, mereka mempertingkatkan lagi jentera TOP 1 ACK ATTACK sebelum mencuba sekali lagi di pamah garam pada tahun 2010. “Kami ingin mengujinya dengan dynamometer bagi memastikan yang motodikal itu berjalan dengan lancar. kami fikirkan yang satu hari di atas dyno menjadi hampir tiga minggu mengerjakan motosikal ini.”

“Ahli pasukan kami adalah antara yang terbaik, namun kami tidak dapat membuatnya berjalan dengan lancar.” Dengan rasa kurang puas hati, pasukan itu yang kesuntukan masa terus menuju ke Bonneville. ” Satu demi satu rintangan yang muncul di sana! Yang pertama sekali kami sedari ialah motosikal ini tidak dapat bergerak dengan lurus. Ianya asyik ingin ke kiri walau apa pun yang telah kami lakukan. Rocky terpaksa bersandar ke arah kanan bagi memastikannya bergerak dengan lurus.”

Sumber imej : The Rider Files

Mereka berjaya menyelesaikan masalah ini apabila menyedari perubahan terbesarnya adalah tayar belakangnya. Tidak ingin berputus asa dan menunggu untuk tahun yang berikutnya, Mike terbang kembali ke San Jose pada malam itu, dan kembali dengan tayar lamanya ke Bonneville dan ianya telah menyelesaikan masalah pengendalian motosikal berkenaan.

Walaupun pengendalian motosikal telah pun diperbaiki, ‘streamliner’ itu enggan menukar ke gear yang rendah dan ini menyebabkan pasukan itu terpaksa bekerja semalam untuk menukar enjin hadapannya. Usaha itu sahaja telah mengambil masa selama 24 jam berterusan. Mereka masih lagi berhadapan dengan masalah penukaran gear terutamanya untuk ke gear yang lebih tinggi namun ideanya adalah untuk meletakkannya pada gear yang tertinggi yang mana membolehkan terciptanya rekod kelajuan atas tanah yang berlegenda yang tidak usang dimamah usia.

Pada hari yang terakhir sekali, jentera TOP 1 ACK ATTACK telah berjaya memecahkan rekod dan akhirnya Mike Akatiff telah berjaya mencapai matlamat yang disasar seumur hidupnya. Rekod ini mungkin tidak dapat dicapai tanpa segala bantuan dan sokongan daripada TOP 1 Oil. Pada tahun ini, kedua-dua pihak sekali lagi telah bergabung tenaga dan menuju ke Bolivia pada bulan Ogos untuk memecahkan rekod peribadi terbaik mereka dengan meruntuhkan tembok 400bsj, cubaan yang pertama kali dibuat oleh sesiapa sekali pun.


“TOP 1 Oil menawarkan sokongan mereka sebelum kami pernah ke Bonneville atau mencipta sebarang rekod,” ujar Mike. ” Sejak itu, mereka telah menjadi penaja yang hebat di sepanjang cubaan memecahkan rekod kami. Saya tidak mampu membawa ACK ATTACK sejauh yang saya dapat jika tidak kerana mereka. Tidak terhingga pujian yang dapat saya berikan buat keluarga Ryan dan mereka yang lain yang berada di TOP 1 Oil.”

Yang melucukannya, Mike tidak mahukan tajaan kami pada permulaannya,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran TOP 1, Frank Ryan. “Dia dapat melakukan semuanya dengan sendiri dan melihat penajaan sebagai lebih kepada satu perkara yang membawa masalah dan bukannya sesuatu yang menguntungkan. Namun setelah dia mula menggunakan produk kami, dia berubah fikiran. Kami berkongsi satu ikatan yang berdasarkan kepercayaan, keghairahan pada kualiti yang lebih tinggi…..dan seperti Mike, kami tidak suka jika diberitahu sesuatu itu mustahil!”

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pasukan TOP 1 ACK ATTACK, TEKAN SINI.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai TOP 1 Oil di Malaysia, TEKAN SINI.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply