- Motosikal Suter kini sudah tersedia unuk jualan di Amerika Utara dengan kerjasama yang baru dimeterai dengan Arch Motorcycles.
- Pelbagai pilihan motosikal lumba Suter boleh dibeli oleh orang ramai tidak termasuk jentera perlumbaan Suter MMX 500 MotoGP, MMX1 MotoGP, MMX2 Moto2, dan juga MMX3 Moto3.
- Arch Motorcycles juga akan mendapat manfaat yang hebat dari kerjasama teknikal ini di mana Suter akan membantu meningkatkan lagi pembangunan motosikal dan pengedaran model-model keluaran mereka di pasaran Eropah.
Tidak dapat dinafikan lagi yang salah satu motosikal dua lejang yang termaju dari segi teknologi di dunia buat masa ini adalah Suter MMX 500. Jika anda adalah seorang peminat tegar jentera dua lejang, MMX 500 pastinya sebuah motosikal yang menjadi idaman dan mungkin sekali dilekatkan sebagai poster penyeri kamar bilik anda, terimpi-impikan saat anda dapat memiliki jentera yang hebat ini. Dan kini, anda sudah boleh memilikinya!
Bagi mereka yang menetap di rantau Amerika Utara kini dapat memudahkan proses pemilikan jentera perlumbaan Suter MMX 500 anda kerana syarikat yang bertapak di Amerika Syarikat, Arch Motorcycle Company telah dipilih sebagai pengimport eksklusif bagi motosikal Suter.
Proses memiliki sebuah jentera berkenaan kini seperti mana-mana motosikal yang anda boleh dapati di bilik pameran, perbezaannya hanyalah pada harganya yang bernilai sejumlah $125,000 (sekitar RM537,400) bagi memiliki motosikal dua lejang yang mampu menghasilkan sehingga 195hp dengan beratnya hanya 127kg SAHAJA.
Kerjasama Arch Motorcycle dengan Suter ini menguntungkan kedua-dua belah pihak di mana Suter akan membantu dalam pengedaran motosikal power cruiser premium Arch untuk pasaran Eropah. Mereka juga akan mendapat banyak bantuan dari Suter dalam jabatan pembangunan motosikal yang akan membantu menjadikan motosikal mereka patuh Euro4 terutamanya si buas KRGT-1.
Bagi mereka yang menetap di Amerika Utara, mereka kini boleh memilih dari pelbagai pilihan motosikal selain dari motosikal GP dua lejang MMX 500 seperti motosikal perlumbaan MMX1 MotoGP, MMX2 Moto2 dan MMX3 Moto3.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Suter, Maurizio Bäumle, “Kedua-dua syarikat kami ini berkongsi visi yang sama dari segi kesempurnaan teknikal, namun saya rasa ianya keghairahan bersama kami pada penunggangan yang secara muktamadnya menjadikan ini satu kerjasama yang sempurna. Sama ada di atas jalan mahu pun litar, kedua-dua pihak Arch dan Suter akan terus berusaha dalam memberikan keseronokan ketika menunggang motosikal kami. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Arch untuk menjadikan motosikal yang terbaik yang ia boleh jadi.”