BERNAMA Anjurkan Kembara Seluruh Negera Jelajah 1 Jiwa Bersempena Dengan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50

 

  • Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah menganjurkan satu program kembara ke seluruh negara dinamakan Jelajah 1 Jiwa bersempena dengan ulang tahun jubli emas ke-50 agensi berkenaan.
  • Konvoi selama lapan hari itu dikembarai oleh sekitar 15 orang penunggang yang terdiri daripada kakitangan BERNAMA, ahli Kelab Komuniti Benelli Matters dan juga beberapa pemilik motosikal SYM yang akan menjelajah sepelusuk Semenanjung Malaysia dalam siri pertamanya.
  • Sejumlah lima buah motosikal Benelli yang baru telah didermakan oleh MForce Holdings Sdn Bhd bagi menunjukkan sokongan mereka yang juga termasuk siri kedua kembaraan itu di mana mereka akan menjelajah Sabah dan juga Sarawak.


Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah menganjurkan satu program kembara ke seluruh negara yang istimewa dinamakan “Jelajah 1 Jiwa” bersempena dengan ulang tahun jubli emas ke-50 mereka. Pengembaraan ini melibatkan sekitar 15 orang penunggang dari Kelab Komuniti Benelli Matters, kakitangan BERNAMA dan juga beberapa pemilik skuter SYM yang akan menunggang merentasi Semenanjung Malaysia dalam siri pertama kembara mereka bermula dari 8 Julai 2017 hingga 15 Julai 2017.

Pelancaran rasmi kembara ke seluruh negara ini telah dianjurkan semalam di ibupejabat BERNAMA yang terletak di Kuala Lumpur di mana siri pertama kembara ini telah dilepaskan oleh Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang. Turut hadir semasa pelancaran itu adalah Pengarah Urusan Operasi MForce Holdings Sdn Bhd, Encik Asri Ahmad.

Kehadiran MForce Holdings ketika pelancaran itu adalah oleh kerana mereka dengan berbesar hatinya telah menyumbangkan lima buah motosikal Benelli yang baru untuk disertakan dalam jelajah seluruh negara ini. Motosikal-motosikal ini terdiri daripada dua buah motosikal lumba Benelli 302R 2017 dan tiga buah motosikal kembara Benelli TRK 502 yang didermakan untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap matlamat kembara ini.

Pengembaraan ini akan membuat hentian yang telah dirancang di seluruh negara di mana mereka akan melawat tokoh-tokoh ternama BERNAMA, biro-biro dan juga cawangan-cawangan MForce Holdings Sdn Bhd. Konvoi ini telah menuju ke wiliyah Utara tanah air dengan hentian pertama mereka di Ipoh, Perak sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Georgetown, Pulau Pinang.

Untuk lapan hari yang berikutnya, keseluruhan konvoi yang terdiri daripada motosikal-motosikal Benelli dan SYM itu akan menuju ke Alor Setar, Kangar, Grik, dan Kota Bharu sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dan juga Kuantan. Pada 13 Julai 2017, mereka akan menuju ke wilayah Selatan tanah air untuk ke Johor Bharu, Skudai, dan kembali ke Kuala Lumpur tetapi sebelum itu mereka akan membuat beberapa hentian terakhir di Melaka Seremban, dan juga Segambut.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply