Pada bulan Mac tahun 2016, kami telah melaporkan bahawa Yamaha secara rasminya menafikan sebarang kemungkinan adanya versi kembara bagi motosikal MT-10nya itu. Pada waktu itu, laporan kami dan khabar angin yang tersebar ada mengatakan bahawa sebarang kemungkinan tentang wujudnya sebuah motosikal MT-10 Tracer telah terhapus apabila Yamaha mengenalkan satu piliha pek kembara yang termasuk “sebuah penghadang angin ala-Tracer bersama dengan bagasi, yang mana mampu melengkapi perincian kawalan bersiar elektronik yang didatangkan secara standard dengan MT-10.”
Namun begitu, arus dan pasaran senantiasa berubah – dan kini telah timbul laporan terbaru di atas talian yang telah membayangkan terdapatnya satu cap dagang misteri baru yang menunjukkan sebuah Yamaha “Tracer GT” yang kononnya sedang disiap sediakan untuk pasaran global.
Yamaha tidak pernah lagi mengulas tentang sebuah “Tracer GT”, jadi ada kemungkinan yang ianya adalah salah satu daripada dua benda – mungkinkah ianya sebuah kit kembara yang lebih meluas untuk model Tracer yang sedia ada lengkap dengan penghadang angin yang lebih tinggi dan ‘pannier‘?
Atau barangkali ianya sebuah motosikal MT-10 Tracer yang dinanti-nanti? Mengapa tidak? Telah terdapat sebuah motosikal MT-07 Tracer dan juga MT-09 Tracer (di atas), jadi pastinya ianya sebuah MT-10 Tracer, bukan? Namun, jika difikirkan kembali, ianya bagaikan tidak kena.
Motosikal MT-10 telah dibina berdasarkan motosikal R1, jadi meletakkan penghadang angin serta melengkapkannya dengan ‘pannier‘ hanya menjadikannya sebuah R1 Tourer, seperti mana sesetengah laporan atas talian internet cadangkan.
Tetapi sebelum kita menidakkannya sama sekali, mari kita pertimbangkan buat seketika, BMW telah mencipta sebuah versi kembara untuk motosikal
superbike S1000R dan menamakannya S1000XR dan sepantas kilat, motosikal ini lebih hangat dari varian RR di sesetengah pasaran. Dan Ducati secara sendirinya telah mencipta segmen Sport Touring dengan motosikal Multistrada 1200S, jadi, pasarannya sudah tersedia dan Yamaha pastinya sudah sedia maklum mengenai hal ini.
Syarikat dari Jepun ini sebelum ini telah pun menawarkan MT-10 Tourer Edition pada awal tahun 2017. Motosikal kembara MT-10 itu, seperti dalam gambar yang telah ditunjukkan di atas dan juga bawah, dilengkapi dengan ‘pannier‘ lembut, kerangka ‘pannier‘, skrin kembara, pelekap GPS, pelindung tangan, dan juga pelana yang selesa.
Yamaha telah pun menguji reaksi pasaran dengan tawaran Tourer Edition-nya itu. Langkah seterusnya mungkin sekali memperkenalkan sebuah motosikal MT-10 Tracer kepada orang ramai. Barangkali pada acara tahunan EICMA pada hujung tahun ini kita akan mendapat jawapannya nanti.