Cara Terbaik Untuk Mengurangkan Kesesakan Trafik – Tunggangi Motosikal!

Sumber imej: Hype MY

 

 

  • Menurut laporan kajian tentang kesesakan jalan raya dari Belgium baru-baru ini, cara yang terbaik untuk mengurangkan kesesakan trafik terutamanya ketika waktu puncak adalah dengan menukar satu per empat daripada pemandu kereta menjadi penunggang motosikal.
  • Kajian ini menyatakan bahawa hampir separuh, atau jumlah sebenarnya pada 40%, daripada kesesakan trafik dapat dikurangkan sekiranya 10% daripada pemandu kereta bertukar kepada motosikal.
  • Angka ini juga menunjukkan bahawa yang ianya dapat meningkatkan ruang parkir sebanyak 20% dan mengurangkan stress, masa yang terluang di atas jalan, dan kemungkinan yang lebih tinggi untuk hadir ke tempat kerja tanpa tekanan.


Bersempena dengan acara Ride To Work Week antarabangsa, kami telah bertukar-tukar pendapat tentang cara yang terbaik untuk berulang alik, terutamanya untuk ke tempat kerja. Ini disebabkan kerana kita di Malaysia berbelah-bahagi dalam pilihan yang paling sesuai; kereta atau motosikal.

Tujuan acara “Ride To Work Week” ini mungkin sekali satu buah fikiran yang muncul dari ‘Motorcycle Industry Association’, yang terfikir tentang bagaimana hebatnya jika semua orang menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja dan pada masa yang sama akan mengurangkan kesesakan trafik.

Sumber imej: www.mytrafficresearch.com

Di mana sesetengah orang tidak bersetuju dengan idea ini memandangkan betapa sesaknya negara-negara jiran kita dengan begitu banyak skuter dan moped yang berkeliaran di jalan raya, terdapat satu kajian dari Belgium yang diadakan di United Kingdom yang menyatakan bahawa mungkin ada kebenarannya mengenai teori ini.

Sumber imej: Hype MY

Kajian yang dijalankan oleh Motorcycle Industry Association ini telah muncul dengan beberapa maklumat yang menarik mengenai senario di mana hanya 10% sahaja daripada pemandu kereta bertukar ke motosikal sebagai mod pengangkutan utama mereka. Hasil yang mungkin terjadi dari senario ini menunjukkan peningkatan yang besar sebanyak 20% untuk ruangan parkir (sekiranya tempat letak kereta ditukar kepada tempat parkir motosikal), pengurangan yang mengagumkan sehingga 40% pada kesesakan jalan raya dan juga penjimatan wang yang lebih banyak.

www.mytrafficresearch.com

Kita semua sedia maklum betapa menjengkelkan kesesakan trafik dan kita sering kali mencari jalan yang berbeza dan berinovasi untuk mengurangkan, malah melenyapkannya sekaligus. Para pengkaji dari Belgium juga telah menerangkan dalam kajian menyeluruh mereka itu, ianya dapat dilakukan dengan hanya peningkatan yang sedikit dalam penggunaan jentera dua roda dari 10% ke 25%. Jika suku dari pemandu Malaysia memilih untuk menunggang motosikal berbanding kereta, kesesakan jalan raya akan menjadi NOSTALGIA SILAM, seperti cakera liut.

Sumber imej: Daily Mail UK

Untuk mencari kelebihan tambahan tindakan ini, mari kita pertimbangkan bagaimana para penunggang motosikal mendapat manfaat dengan menunggang motosikal kesayangan mereka ke tempat kerja. Kos keseluruhan untuk merantau menggunakan motosikal berbanding dengan kereta atau dengan pengangkutan awam sekalipun adalah lebih rendah. Hanya pelaburan yang kecil yang diperlukan untuk membeli, menyelenggara dan isian semula dan semestinya, anda tidak perlu membayar sebarang tol, (kecuali jika anda bekerja di Pulau Pinang).

Menyusup di celah-celah kesesakan trafik di tempat-tempat yang sesak juga bermakna penunggang tidak meluangkan masa yang banyak tersangkut kerana dia akan sentiasa boleh bergerak. Dengan kurangnya masa yang disiakan dalam kesesakan, mereka akan menjadi lebih tenang dan tenteram dan oleh kerana ini, mereka akan dapat tiba ke destinasi dengan lebih pantas dan gembira.

Sumber imej: Daily Mail UK

Waktu menunggu juga akan berkurangan dengan banyaknya jika dibandingkan dengan pengangkutan awam. Jika anda ingin ke tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dari kawasan-kawasan seperti Shah Alam, Kajang, atau Bangi, anda perlu berhenti di beberapa hentian untuk menukar pengangkutan dan ini akan memakan masa. Perjalanan yang pada kebiasaannya mengambil masa 30 minit di atas motosikal akan mengambil masa satu jam atau lebih jika menggunakan pengangkutan awam.

Ia juga mempunyai kelebihan dari segi ekonomi memandangkan betapa besar pembelanjaan keseluruhan kesesakan trafik ini. Berdasarkan kepada INRIX Global Traffic Scorecard, negara-negara Eropah telah membelanjakan sejumlah kira-kira £30 billion setahun untuk sesuatu yang memberi tekanan kepada semua, yang membazirkan waktu, serta secara amnya amat buruk untuk alam sekitar dan atas sebab ini, semakin ramai orang telah bertukar kepada penggunaan motosikal.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif untuk Motorcycle Industry Association, Steve Kenward, dia berujar yang “Penunggang motosikal dan skuter tidak menghabiskan masa sehingga 32 jam dalam setahun di belakang bampar kereta di hadapan, kerana mereka boleh menyusup dan menyelinap. Ini bermakna mereka cenderung untuk bergerak menerusi kesesakan trafik pada tahap yang sama yang anda harapkan ketika melalui trafik yang lancar. 32 jam ini bersamaan dengan empat hari bekerja, yang bersamaan dengan empat hari cuti tambahan setiap tahun. Tidak hairanlah penunggang adalah komuter yang paling gembira!”

Sumber imej: MotoGP

Kami di sini di MotoMalaya sedia maklum yang pertukaran ke motosikal adalah satu langkah yang besar bagi sesetengah orang tetapi percayalah apabila kami mengatakan dengan tindakan ini, anda dan negara anda akan lebih gembira. Kunjungi sahaja mana-mana bilik pameran motosikal berhampiran anda dan beleklah contoh-contoh terbaik yang tersedia.

Skuter-skuter dari Boon Siew, Modenas, dan Vespa mempunyai kualiti yang hebat, nilai yang hebat, dan juga ruang simpanan yang cukup baik sekali untuk meletakkan barangan anda di bawah pelananya. Cubalah untuk beberapa hari dan anda pasti akan dikejutkan dengan betapa cekapnya kenderaan dua roda ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]