WorldSBK: Chaz Davies Mengalami Keretakan Tulang Belakang Ketika Kemalangan Di Perlumbaan 1 Misano

 

  • Semasa perlumbaan pertama untuk Pusingan Pireli Riviera Di Rimini WorldSBK di Misano, perlumbaan penuh aksi itu ditamatkan dengan Tom Sykes, Alex Lowes, dan Jonathan Rea melintasi garisan penamat di tempat teratas.
  • Ketika pusingan terakhir, Chaz Davies, Jonathan Rea, dan Marco Melandri yang mendahului perlumbaan pada ketika itu sebelum Melandri terbabas pada pertengahan pusingan itu.
  • Davies mengalami nasib yang sama dengan Melandri dan REa yang mengekorinya dengan rapat tidak dapat mengelaknya dan menggilis penunggang British berusia 30 tahun itu dengan jentera Kawasaki ZX-10RRnya.

Semasa Pusingan Pirelli Riviera Di Rimini WorldSBK yang telah diadakan di Litar Dunia Misano “Marco Simoncelli”, ianya merupakan hujung minggu yang telah dipenuhi dengan aksi dan drama untuk siri perlumbaan ini yang kemungkinan menjadi salah satu titik perubahan pada perlumbaan Kejohanan Dunia Superbike.

Sementara beberapa pasukan serta penunggang meraikan kemenangan dan pencapaian mereka untuk hujung minggu yang lalu, penunggang bagi pasukan Aruba.it Racing Ducati, Chaz Davies pula kurang bernasib baik. Ketika bersaing untuk tempat pertama sewaktu Perlumbaan 1 pada hari Sabtu dengan seteru dan juga pendahulu kejuaraan, Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team), ianya bagaikan sudah termaktub yang penamat yang hebat bakal diperolehi sesudah mereka melintasi garisan penamat.

TEKAN SINI untuk mengetahui keputusan Perlumbaan 1 Pusingan Pirelli Riviera Di Rimini.

TEKAN SINI untuk mengetahui keputusan Perlumbaan 2 Pusingan Pirelli Riviera Di Rimini.

Tinggal hanya pusingan terakhir itu, Chaz Davies sedang mendahului perlumbaan diekori rapat oleh Jonathan Rea bersama dengan teman sepasukan Davies dan juga pemenang Perlumbaan 2, Marco Melandri. Pada pertengahan pusingan terakhir itu, Melandri dengan malangnya telah hilang kawalan bahagian hadapan jenteranya menyebabkan dia terbabas dan terlepas tempat di atas podium untuk Perlumbaan 1.

Pertarungan antara Davies dan Rea berlanjutan untuk beberapa selekoh seterusnya dengan Rea mengasak Davies secukupnya, menantikan masa sesuai untuk memotongnya. Malang sekali, jentera Ducati 1199 Panigale RR milik Davies hilang kawalan bahagian hadapannya dan dia terjatuh betul-betul di hadapan Rea yang sedang menghendapnya. Tiada tempat dan masa untuk dia mengelak di atas jentera Kawasaki ZX-10RRnya itu, Rea telah menggilis belakang Davies dengan kedua-dua tayarnya itu.

https://www.facebook.com/WBMotorcycle/videos/1551925311524257/

Kedua-duanya terbabas dan cuba untuk menghidupkan semula jentera perlumbaan masing-masing untuk meneruskan perlumbaan. Rea menyaksikan teman sepasukannya Tom Sykes dan penunggang Pata Yamaha Official WorldSBK Team, Alex Lowes memotongnya. Rea berjaya menyelamatkan tempat ketiga untuk dirinya sementara Davies telah diusung keluar ke Hospital Rimini.

Selepas pemeriksaan doktor, diagnosa kecederaan Davies adalah “closed thoracic trauma” dan kemudiannya telah diumumkan oleh WorldSBK bahawa penunggang berusia 30 tahun itu mengalami “keretakan melintang pada L3 (vertebrae lumbar ketiga), dan juga luka-luka pada ibu jari kirinya.”

Kecederaannya itu cukup serius hingga ia menyebabkan Davies tidak dapat bertanding untuk Perlumbaan 2 namun dengan retakan pada tulang belakangnya itu, kita belum dapat pastikan sekiranya ini akan menjadi titik perubahan musim 2017 dia. Apa yang kita tahu adalah sut perlumbaan Alpinestars yang digunakannya menjalankan tugasnya dengan cemerlang sekali. Ciri-ciri keselamatannya telah meminimakan kecederaan yang dihadapi oleh Davies.

Sumber imej: WorldSBK

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]