- Boon Siew Honda telah melancarkan Honda Wave Dash Fi 2017 yang telah dikemaskini untuk memenuhi keperluan generasi muda dengan gayanya yang dikemaskini dan juga prestasi yang menjimatkan.
- Wave Dash Fi yang baru ini telah dikemaskinikan dengan grafik bersama dengan panel meter baru beserta dengan penutup peredam bunyi baru yang sporty yang memberikannya rupa yang lebih sporty.
- Enjinnya telah dinaiktaraf dan ditala untuk prestasi lebih baik, penggunaan dan kecekapan bahanapi yang telah diperakui dengan Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) dan juga patuh Euro3.
Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) yang telah menerajui industri permotosikalan dengan berbagai rangkaian motosikal yang berbeza dari kapchai berkapasiti kecil, skuter premium, motosikal lumba dan berbagai lagi jenis motosikal yang berbeza. Sebagai sebahagian daripada motosikal kesukaan ramai Malaysia terutamanya bagi moped berkapasiti kecil, tidak menghairankanlah yang BSH mempunyai seluruh rangkaian moped untuk memenuhi keperluan berbeza bagi orang ramai di negara kita.
Salah satu daripada varian paling hangat mereka adalah Honda Wave Dash Fi yang telah berada di pasaran selama beberapa tahun. Dan dengan generasi terbarunya yang telah dilancarkan pada awal tahun ini pada bulan Mac semasa sebuah pertunjukan fesyen yang menarik yang diadakan di e@Curve Damansara, BSH dengan jayanya melabelkan motosikal Wave Dash Fi ini sebagai mod pengangkutan yang bergaya yang menawarkan pengayaan yang hebat serta penjimatan yang hebat.
Kami telah diberi peluang untuk menunggang uji generasinya yang terkini iaitu Honda Wave Dash Fi 2017 edisi R untuk mengetahui bagaimana dan apakah yang telah dilakukan oleh BSH untuk mempertingkatkan lagi moped ini bagi menjadikannya pilihan yang berkesesuaian untuk orang Malaysia sebagai motosikal mampu milik yang mengikut aliran terkini terutamanya bagi generasi muda. Persoalannya, berjayakah mereka?
Melihat pada rekaan keseluruhannya, Honda Wave Dash Fi terbaru ini telah didatangkan beberapa pengemaskinian jika dibandingkan denan generasi yang terdahulu. Perubahan yang terbesar adalah grafik yang dikemaskini yang memberikan nafas baru kepada motosikal yang agak ketinggalan ini. Selain daripada rupa parasnya yang baru, Wave Dash Fi yang baru ini juga dilengkapkan dengan panel meter yang diperbaharui dan juga penutup peredam bunyi yang baru yang telah motosikal cub ini rupa yang lebih sporty.
Perubahan luarannya tidaklah begitu ketara namun seperti satu bidalan yang berbunyi, “A little goes a long way”. Satu lagi pengemaskinian yang besar pada motosikal ini adalah enjin sejukan udara, SOHC, 109cc yang disertakan dengan ‘Suntikan Bahanapi Terprogram’ (Programmed Fuel Injection – PGM – Fi). Dibandingkan dengan model terdahulu, motosikal Wave Dash Fi 2017 ini kini mempunyai 8.6hp, peningkatan sebanyak 2.6% dan jumlah tork yang lebih kurang sama pada 8.4Nm. Penjana kuasa yang kini sudah pun patuh Euro3 telah ditala bagi mencapai angka-angka berkenaan pada rpm yang lebih rendah yang bermakna enjinnya kini lebih cekap dari sebelumnya.
Bercakap mengenai kecekapan, model terbaru 2017 ini didakwa mempunyai kecekapan bahanapi sehingga 61.1km untuk setiap liter atau pun 1.6 liter bagi 100km. Ianya adalah jumlah yang agak menakjubkan hampir setara dengan model 2016 yang juga menjimatkan yang mempunyai penggunaan bahanapi pada 1.8l/100km. Digandingkan dengan kapasiti bahanapi sebanyak 4 liter, motosikal Wave Dash Fi terbaru ini boleh merantau sehingga 244.4km untuk satu tangki penuh bahanapi namun setelah diuji dalam keadaan dunia sebenar, kami berjaya merantau jauh sedikit dari jarak 200km, yang masih merupakan satu prestasi
yang menakjubkan dengan nilai petrol hanya serendah RM8. Tidak menghairankanlah jika BSH telah diberikan status Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) untuk beberapa model kapchai berkapasiti kecil dan juga skuter.
Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan di mana motosikal kecil Honda ini warisi daripada generasi terdahulu, iaitu gegaran. Getaran kecil mula terasa apabila mencapai kelajuan 80km/j dan semakin kuat tidak dapat tidak diendahkan lagi ketika kelajuan mencapai 110km/j dan selebihnya. Pada penilaian kami, penukaran ke tempat letak kaki yang lebih berkualiti dapat mengurangkan sedikit gegaran yang kurang menyenangkan itu.
Melihat pada edisi R yang telah pun didatangkan dengan cakera brek keseluruhan yang menawarkan prestasi pembrekan yang lebih baik. Gabungan kedua-dua brek memberikan tindak balas yang tangkas, cengkaman yang mengcukupi, dan mesra pengguna menjadikannya lebih baik apabila dibandingkan dengan varian S atau Wave Alpha yang mana kedua-dua menggunakan aturcara brek drum belakang.
Dengan ukuran serta beratnya itu, motosikal Wave Dash Fi ini dengan mudah boleh menyusup di antara kenderaan ketika kesesakan trafik. Namun begitu, bahagian hadapannya terasa agak sensitif dengan tindak balas apabila sedang menyelit di celah-celah kenderaan. Ia memerlukan konsentrasi tinggi dan juga perhatian yang lebih tetapi dengan sedikit latihan, anda akan tidak merasa kekok lagi nanti.
Persoalan terpenting dalam membeli sebuah motosikal yang sering menjadi pertanyaan adalah jika ianya berbaloi dengan harga yang ditetapkan. Bagi kami, harga untuk edisi R yang terletak pada RM6,178.74 (asas beserta GST) yang merupakan penambahan sedikit serendah RM243.80 dari model sebelumnya. Peningkatan harga yang kecil itu diwajarkan dengan segala pengemaskinian dan perubahan kepada motosikal Wave Dash Fi terbaru ini dan ianya tidaklah menghairankan yang motosikal ini terjual dengan banyak sekali. Lihat sahaja di jalan raya dan anda pasti acap kali terjumpa motosikal Wave Dash Fi ini terutamanya edisi Repsol Honda. Sesungguhnya ianya merupakan motosikal cub dengan harga yang berpatutan dengan gaya dan prestasinya.
Motosikal uji yang ditunggangi kami datang dalam kemasan warna Hitam Pearl Magellanic tetapi ianya juga terdapat dalam warna Biru Pearl Nightfall dan juga Merah Vivacity yang sedap dipandang mata. Motosikal Wave Dash Fi 2017 ini didatangkan dengan waranti dua tahun atau 20,000km (yang mana tiba dahulu). Benarlah bak kata Honda apabila mereka mengatakan yang Wave Dash Fi 2017 ini akan “Make an Impression, Everywhere You Go.”