WorldSBK: Tom Sykes Memenangi Perlumbaan 1 Yang Dramatik Di Misano

 

 

  • Perlumbaan pertama untuk Pusingan Pirelli Riviera Di Rimini WorldSBK yang diadakan di Litar Dunia Misano “Marco Simoncelli” menyaksikan Tom Sykes (Kawasaki Racing Team) melintasi garisan penamat di tempat pertama pada pusingan terakhir yang dipenuhi drama.
  • Ketiga-tiga pendahulu perlumbaan yang terdiri daripada Chaz Davies (Aruba.it Racing – Ducati), Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team), dan Marco Melandri terbabas pada pusingan terakhir perlumbaan berkenaan.
  • Alex Lowes (PATA Yamaha Official WorldSBK Team) merangkul tempat kedua diikuti oleh Rea yang berjaya meraih kedudukan podium terakhir selepas pertembungan dengan Davies.

Ia merupakan kemenangan yang hebat sekali buat penunggang Kawasaki Racing Team, Tom Sykes, yang dengan ajaibnya melintasi garisan penamat sebagai pemenang ketika perlumbaan pertama bagi Pusingan Pirelli Riviera Di Rimini yang diadakan di Litar Dunia Misani “Marco Simoncelli”. Ianya merupakan kemenangan yang menakjubkan memandangkan dia berada di kedudukan keempat pada permulaan pusingan terakhir dengan jarak yang agak besar antaranya dengan Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team), Chaz Davies dan teman sepasukan Davies dari pasukan Aruba.it Racing Ducati, Marco Melandri.

https://www.facebook.com/WBMotorcycle/videos/1551925311524257/

Pusingan terakhir tampak pasti dengan Davies, Rea, Melandri menamatkannya di atas podium namun Pusingan Pirelli Di Rimini yang diadakan di Litar Dunia Misano “Marco Simoncelli” mempunyai rancangan lain untuk trio ini. Pada pertengahan pusingan terakhir itu, Marco Melandri secara tiba-tiba hilang kawalan jentera Ducati 1199 Panigale R-nya yang menyebabkannya kehilangan tempat di atas podium. Dia berjaya untuk meneruskan perlumbaannya dan menamatkan perlumbaannya di P15.

Pertarungan di hadapan antara Rea dan Davies berakhir apabila Davies yang sedang mendahului telah terbabas dan mengheret Jonathan Rea bersama yang tidak mempunyai masa dan ruang mencukupi untuk mengelak pertembungan dengan penunggang Ducati yang terjatuh itu. Sementara mereka berdua sibuk dengan drama pusingan terakhir itu, Sykes dan Alex Lowes (PATA Yamaha Official WorldSBK Team) telah berjaya memotong mereka untuk menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua.

Rea bagaimanapun berjaya meneruskan perlumbaan di atas jentera Kawasaki Ninja ZX-10RRnya dan menamatkan perlumbaannya di kedudukan terakhir di atas podium sementara Chaz Davies menerima nasib yang malang terpaksa diusung keluar terus ke pusat perubatan. Menurut pegawai perubatan, Davies mengalami “retakan melintang pada L3 (vertebrae lumbar ketiga), dan juga luka pada ibu jari kiri.”

Dengan kecederaan itu penunggang British berusia 30 tahun itu tidak mungkin sama sekali dapat menyertai Perlumbaan 2 di sebelah petang yang bermula pada jam 7.00 petang semalam waktu tempatan. Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini dari WorldSBK

Keputusan Perlumbaan 1 Pusingan Pirelli Riviera Di Rimini.


Sumber imej: WorldSBK

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]