Ducati Melancarkan Ducati Scrambler Mach 2.0 2017 Baru

  • Ducati baru sahaja memperkenalkan Ducati Scrambler Mach 2.0 serba baru di acara Wheels and Waves yang dilangsungkan di Biarritz, Perancis.
  • Motosikal ini telah membuat perjalanan selama dua hari dari Borgo Panigale, Itali, di mana ianya mengembara bersama Ducati Scrambler Full Throttle yang dikemaskini dan dengan grafik baru.
  • Motosikal Mach 2.2 ini direka oleh Roland Sands yang mengambil inspirasi daripada helmet Bell Cross Idol yang disertakan dalam Koleksi Pakaian Ducati Scrambler 2017.


Ducati baru sahaja melancarkan tambahan terkini bagi keluarga Scrambler mereka iaitu Ducati Scrambler Mach 2.0 2017. Scrambler terbaru ini telah diperkenalkan semasa acara Wheels and Waves yang telah diadakan di Biarritz, Perancis. Acara yang terkenal itu telah berlangsung dari 14 hingga 18 Jun 2017 dan motosikal Mach 2.0 ini telah ditunggang dari Borgo Panigale hingga ke Biarritz.

Apa yang membuatkan motosikal Scrambler Mach 2.0 ini istimewa adalah grafiknya yang direka khas oleh salah seorang pereka terkemuka dunia, Roland Sands. Bertapak di California, rekaan keseluruhannya diilhamkan daripada helmet Bell Cross Idol yang merupakan salah satu barangan dalam Koleksi Pakaian Ducati Scrambler 2017. Warna yang baru bersama dengan gaya West Coast ala 70an memberikan Mach 2.0 ini gaya yang lebih segar dan menarik perhatian.

Helmet Bell Cross Idol yang merupakan salah satu artikel yang terdapat dalam Koleksi Pakaian Ducati Scrambler 2017

Motosikal Mach 2.0 ini dilengkapkan dengan palang pemegang aluminium yang ditiruskan ke bawah bersama dengan pelana Flat Track Pro, Ekzos berwarna hitam dan penutup kepala silinder dan juga sirip penyejuk yang diubah gaya bagi memberikan Scrambler terbaru ini rupa yang licik dan halus seperti sebuah cafe racer yang moden.

Perjalanannya ke acara Wheels and Waves di Perancis dilakukan bersama dengan sebuah Ducati Scrambler Full Throttle dengan grafik yang dinaiktaraf. Motosikal Full Throttle terbaru ini memperagakan rupa yang lebih sporty dengan tangki bahanapi baru, “Shining Black”, dan madgad hadapan beserta dengan rekaan panel sisi yang baru yang menampilkan rekaan corak papan catur berwarna hitam dan kuning.

Ducati Scrambler Full Throttle
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]