- Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, Kawasaki Motors (Malaysia) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan para penunggang motosikal untuk melakukan selenggaraan motosikal mereka sebelum menuju pulang ke kampung halaman masing-masing.
- Kawasaki telah bekerjasama dengan aplikasi pemanduan arah terkenal Waze bagi membantu menunjukkan semua Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre – KESC) terpilih dan Kawasaki Pit Stop (KPS) berdekatan kawasan pengguna.
- Kawasaki juga ingin mengingatkan semua penunggang motosikal supaya memakai kelengkapan keselamatan menunggang yang sesuai bagi memastikan keselamatan tambahan ketika perjalanan pulang Hari Raya ke kampung halaman untuk bersama keluarga dan sahabat handai.
Bersempena dengan cuti umum negara yang akan datang, iaitu perayaan Hari Raya Aidilfitri, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) telah bekerjasama dengan aplikasi pemanduan arah paling popular seluruh dunia, Waze, untuk membantu para penunggang motosikal mengenal pasti di mana ada Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre – KESC) dan Kawasaki Pit Stop(KPS) dengan menggunakan aplikasi tersebut.
Kerjasama antara Kawasaki dan Waze ini telah pun bermula sejak 24 April 2017 lalu di mana ke semua KESC dan KPS di seluruh negara akan muncul dalam aplikasi pemanduan arah Waze sebagai salah satu daripada Peniti Waze. Peniti-peniti akan timbul apabila pengguna aplikasi ini dalam kawasan sekitar mana-mana KESC terpilih dan pusat KPS.
Ianya merupakan inisiatif yang bagus untuk membantu para penunggang motosikal dan juga pengguna Waze untuk menyelenggara dan memeriksa motosikal kesayangan mereka bagi memastikan perjalanan yang selamat ke kampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga dan sahabat handai. Begini adalah bagaimana rupanya sesudah anda menekan Peniti Waze KESC atau KPS dalam aplikasi ini.
Selain itu, anda dapat mencari pusat KESC dan KPS tertentu di seluruh negara melalui senarai di bawah untuk membantu anda memastikan motosikal Kawasaki anda dalam keadaan yang sempurna bagi perjalanan jauh pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (KESC)
1. Motormatic Motor Enterprise (Johor)
2. Bikers Gallery Sdn. Bhd. (Kedah)
3. CBK Motor Sport Sdn. Bhd. (Kuala Lumpur)
4. Zen Sports Sdn. Bhd. (Melaka)
5. XL Motor Sdn. Bhd. (Negeri Sembilan)
6. Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (Selangor)
7. SC Premium Bikes Sdn. Bhd. (Selangor)
8. Serdang Motorcycle Sdn. Bhd. (Selangor)
9. Welly Advance Bikers Sdn. Bhd. (Selangor)
10. Wilhin Motor (M) Sdn. Bhd. (Selangor)
Kawasaki Pit Stop (KPS)
1. Ann Seng Motor (Kluang) Sdn. Bhd. (Johor)
2. Hon Leong Motors Sdn. Bhd. (Johor)
3. K Max Motor (Kelantan)
4. Kelbikes Sdn. Bhd. (Kelantan)
5. Ban Guan Thye Enterprise Sdn. Bhd. (Kuala Lumpur)
6. Darma Motor Sdn. Bhd. (Kuala Lumpur)
7. Motorsim Sdn. Bhd. (Kuala Lumpur)
8. Takong Sdn. Bhd. (Kuala Lumpur)
9. Zong Heng Motors Sdn. Bhd. (Melaka)
10. Ming Motor (Negeri Sembilan)
11. KK Superbike Sdn. Bhd. (Pahang)
12. Brightwill Trading Sdn. Bhd. (Pulau Pinang)
13. EL Chong Motor Trading Sdn. Bhd. (Pulau Pinang)
14. Linja Motorcycle Centre Sdn. Bhd. (Pulau Pinang)
15. Era Superbikes Sdn. Bhd. (Perak)
16. Guan How Superbike (Simpang Pulai, Perak)
17. Nam Seng Motors (Perak)
18. Perusahaan Motor Sek Chuan (Perak)
19. Ghee Hua Co. Sdn. Bhd. (Sarawak)
20. Kapar Motors Enterprise Sdn. Bhd. (Selangor)
21. Pantai Motor Enterprise (Selangor)
22. RA 81 Motorbikes Sdn. Bhd. (Selangor)
23. Soon Chye Motors (M) Sdn. Bhd. (Selangor)
24. ND Moto-CT Sdn. Bhd. (Terengganu)
Kawasaki Motors Malaysia telah muncul dengan inisiatif istimewa ini dengan harapan jumlah kemalangan jalanraya di mana majoritinya melibatkan motosikal dapat dikurangkan. Salah satu cara yang untuk menangani statistik kemalangan jalanraya yang makin meningkat yang diperolehi dari Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) dari 1997 hingga 2016 ialah dengan memastikan yang motosikal berada dalam keadaan baik.
KMSB berharap yang ke semua penunggang motosikal dapat memberikan keutamaan yang lebih pada keselamatan di kalangan kita dan juga kenderaan terutamanya pada motosikal dengan memastikan yang ianya diperiksa sebelum memulakan perjalanan. Ianya juga menjadi sebab mengapa Kawasaki Motors Malaysia ingin menekankan kepentingan memakai kelengkapan keselamatan menunggang yang sesuai bagi keselamatan keseluruhan di kalangan para pengguna jalanraya.
Walaupun kemalangan jalanraya tidak dapat dielakkan di atas beberapa sebab berbeza sama ada kecuaian hinggalah kerana selenggaraan kenderaan yang kurang sempurna, KMSB ingin mengingatkan ke semua pengguna jalanraya terutamanya mereka yang menunggang motosikal untuk mengambil langkah- langkah yang perlu untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku ketika perjalanan anda. Dengan kerjasama semua, kita boleh memastikan keselamatan diri kita serta pengguna jalanraya yang lain dan membolehkan “Let the good times roll”.
Untuk maklumat tambahan, anda bolehlah melawati laman Facebook Kawasaki Motors Malaysia atau mengunjungi mana-mana Pengedar Premium Sah dan Pusat Perkhidmatan mereka. Dengan kerjasama antara Kawasaki dan Waze ini, mencari mereka bukanlah suatu perkara yang sukar.