Moto3: Joan Mir Akan Berpindah Ke Moto2 Tahun Hadapan Dengan Pasukan EG 0,0 Marc VDS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Pendahulu kejohanan Moto3 semasa Joan Mir akan berpindah ke Moto2 pada tahun 2018 untuk berlumba bagi pasuka EG 0,0 Marc VDS.
  • Mir dan pasukan Moto2 terbarunya itu telah menandatangani perjanjian tiga tahun untuk berlumba dari tahun 2018 hingga 2020 dalam kategori Moto2.
  • Joan Mir dan pasukan Moto3 semasanya, Leopard Racing, sedang mendahului kejohanan dengan tiga kemenangan perlumbaan dan dua penamat atas podium dalam tujuh pusingan yang lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pendahulu semasa kejohanan Moto3, Joan Mir (Leopard Racing) akan mendapat imbuhan besar untuk tahun hadapan setelah menandatangani perjanjian untuk berlumba dalam kategori middleweight Moto2 bersama dengan pasukan EG 0,0 Marc VDS bagi tahun 2018.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengumuman ini telah dibuat pada hujung minggu lalu ketika Catalan GP apabila mereka memeterai perjanjian perlumbaan selama tiga tahun dengan sebuah pasukan yang sangat berdaya saing dalam kategori pertengahan, terutamanya pada tahun ini dengan penunggang-penunggang sandaran mereka, Franco Morbidelli dan Alex Marquez.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ditabalkan sebagai ‘Rookie of the Year‘ dalam musim pertamanya dalam kategori Moto3, penunggang berusia 20 tahun berasal dari Mallorca itu telah mendominasi kategori Moto3 untuk musim ini, merangkul tiga kemenangan perlumbaan dan dua penamat atas podium termasuk pada hari Ahad yang lalu apabila dia melintasi garisan penamat di tempat ketiga. Dia telah berjaya memenangi pusingan pembukaan di Qatar, Perancis dan juga Argentina.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jumlah penamat podium keseluruhan sebanyak lima kali dari tujuh pusingan meletakkannya di tangga teratas kejuaraan dunia Moto3 dengan 133 mata, dengan sejumlah 45 mata di hadapan pencabarnya di tempat kedua, Romano Fenati (Marinelli Rivacold Snipers) yang juga bekas penunggang SKY Racing Team VR46 sebelum dia dilepaskan pada pertengahan musim lalu atas sebab-sebab disiplin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nampaknya masa depan Joan Mir telah pun termaktub buat tiga tahun yang akan datang yang mana akan menyaksikannya bertanding dalam Moto2 di kala siri perlumbaan ini akan berubah dari enjin 600cc empat sejajar Honda ke enjin 765cc sejajar tiga yang dinanti-nantikan dari Triumph.

Triumph yang bakal membekalkan enjin bagi Moto2 bermula 2019

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan 2018 semakin hampir tiba, Joan Mir akan melakukan segala termampu bagi memastikan dia meninggalkan kategori 250cc ini sebagai juara sebelum berpindah ke kategoti 600cc. Satu lagi persoalan yang bermain di minda adalah apa yang akan terjadi kepada penunggang-penunggang semasa untuk pasukan Moto2 Marc VDS, Franco Morbidelli dan Alex Marquez? Adakah mereka akan berpindah ke MotoGP pada tahun hadapan atau kekal di Moto2?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini dari MotoGP.

Sumber gambar: MotoGP

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]