Honda EX5 Dream Fi Terbaru 2017 – The Joy of 30 Years! (Dari RM4,906)

  • Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda EX5 Dream Fi 2017 terbaru bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-30 dengan cogan kata “The Joy of 30 Years”.
  • Honda EX5 Dream Fi terbaru ini selaras dengan peraturan emisi Euro3 menjadikannya sebuah motosikal cub yang baik untuk alam sekitar.
  • Harga bagi EX5 Dream Fi yang baru ini ditetapkan pada RM4,906.74 ( penghidup tendang, roda jejari), RM5,150.54 (penghidup tendang dan elektrik, roda jejari), dan RM5,404.94 (penghidup tendang dan elektrik, roda tempa).


Boon Siew Honda (BSH) telah mengumumkan Honda EX5 Dream Fi 2017 terbaru mereka yang telah patuh peraturan emisi Euro 3. Dengan cogan kata “The Joy of 30 Years”, tambahan terkini bagi keluarga motosikal cub ini menggambarkan keterujaan dan aspek sejarah model yang dikenali ramai ini yang telah memberi khidmat kepada negara selama tiga dekad.

EX5 yang pertama sekali telah diperkenalkan pada tahun 1987 dan sepanjang perjalanan 30 tahunnya hingga ke masa kini, lebih daripada dua juta unit telah pun dikilangkan dan dijual. Honda EX5 bersama dengan motosikal cub melambangkan kebebasan bergerak dan BSH dengan bangganya akan meneruskan usaha mereka menyediakan motosikal paling lama berada di pasaran Malaysia ini. Dalam masa terdekat ini, pengeluaran dan jumlah jualannya akan menyumbang kepada pencapaian 100 juta unit bagi siri Super Cub secara global dalam tahun 2017 ini.

Model Honda EX5 Dream Fi terkini ini adalah versi yang dinaiktaraf daripada model yang telah dilancarkan pada bulan April 2015. Dengan evolusi terbaru EX5 ini, BSH telah menyempurnakan peralihan mereka untuk menukar semua pengeluaran CKD berkesesuaian dengan peraturan Euro3 yang mana menunjukkan komitmen mereka memperbaiki alam sekitar.

Tambahan pula, Hond EX5 Dream Fi terbaru ini juga disahkan sebagai EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) di bawah NAP2014. Dengan itu, EX5 Dream Fi baru ini bukan sahaja jimat minyak, malah pengeluaran emisinya juga lebih rendah. Bersempena dengan upacara bersejarah ini, BSH memperkenalkan satu jenis Honda EX5 Dream Fi tambahan yang lengkap dengan roda jenis tempa, tayar tanpa tiub, cengkaman belakang chrome, dan rekaan jata logo istimewa.

Honda EX5 Dream Fi baru ini akan didatangkan dengan beberapa varian yang berbeza dengan harga yang berbeza yang bermula dari RM4,906.74
(penghidup tendang, roda jejari), RM5150.54 ((penghidup tendang dan elektrik, roda jejari), dan RM5404.94 (penghidup tendang dan elektrik, roda tempa). Kesemua harga yang telah dinyatakan adalah harga asas beserta GST.

Ianya juga didatangkan dengan waranti pengilang selama 2 tahun atau sehingga 20,000km (yang mana tiba dahulu). EX5 Dream Fi baru ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna; Marianna Purple Metallic, Candy Scintillate Red, Pearl Nightfall Blue, dan jenis roda tempa tambahan dalam warna Pearl Magellanic Black.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]