XDiavel – Kami Menunggang ‘Technocruiser’ Pertama Dari Ducati

 

 

Ducati XDiavel vs KTM 1290 Super Duke GT – Kedua-duanya adalah motosikal mahal, tetapi adakah ianya berbaloi?

Sebelum mereka membina cruiser paling berjaya setakat ini buat Ducati, para jurutera dan pereka dari pembina motosikal Itali ini telah meluangkan masa selama beberapa bulan untuk tinggal di Amerika Syarikat. Mereka bergaul bersama penunggang motosikal, merapati pembina motosikal tempahan khas, menghayati kehidupan impian motosikal Amerika bagi memahami apa yang telah memberi nafas pada jiwa cruiser Amerika.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun bila Diavel mula-mula diperkenalkan pada tahun 2011, ianya masih kelihatan seperti sebuah motosikal lumba dengan posisi menunggang yang lebih bersahaja, dan bukan sebuah cruiser. Ducati menamakannya sebagai ‘powercruiser’, dan ianya bukanlah satu kesilapan namun Diavel boleh menjadi sesuatu yang lebih baik. Cruiser yang lebih baik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lima tahun ke hadapan, dan Ducati mencuba sekali lagi dengan XDiavel dengan memberikannya wheelbase yang lebih panjang, menggerakkan tempat letak kaki lebih hadapan untuk memberikannya gaya cruiser dan beberapa sentuhan estetik. Mereka juga menamakannya ‘technocruiser’ bagi mengaitkannya dengan sentuhan futuristik motosikal ini dan menghargai peminat motosikal moden retro yang lebih berkemungkinan untuk mendapatkan motosikal seperti ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun walaupun ia mempunyai semua ciri-ciri sebuah cruiser seperti tayar belakang yang lebar, pacuan tali sawat, kawalan ke hadapan, ketinggian pelana yang rendah, ‘rake‘ 30 darjah yang panjang, dan wheelbase yang panjang, XDiavel masih terasa seperti sebuah motosikal lumba. Anda dapat menunggangnya secara garang dan ianya akan bertindak seperti sebuah superbike dengan pengendalian mudah yang dijangkakan dan sejumlah kuasa pada tahap tinggi rev band. Ianya apa yang sering diharapkan dari sebuah enjin Ducati.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal Xdiavel ini mungkin mempunyai rupa yang hebat dengan rekaan yang sofistikated, namun enjinnya tetaplah jauhari sebenar di mahkota motosikal Ducati ini. Enjin 1262cc Testastretta DVT ini berpewatakan motosikal lumba yang sebenar, dengan 156hp dan 129Nm tork pada antara 5000 – 9000rpm bermakna anda perlu memulas pendikitnya semahunya bagi menikmati kuasanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal pandu uji yang kami tunggangi didatangkan dengan ekzos Termignoni tambahan yang terjulur keluar dari bawah motosikal ini. Ekzos ini menaikkan lagi perwatakan motosikal ini – nyaring, berkuasa, dan garang. Malah, jika ingin mendapatkan XDiavel ini, pastikan anda dapatkan pilihan Termignoni ini. Satu-satunya masalah dengannya adalah ianya agak bising ketika penunggangan atas lebuhraya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walaubagaimanapun, saya terperasan sesuatu mengenai ekzos dan mod penunggangan elektroniknya. Motosikal XDiavel ini menawarkan tiga mod menunggang yang berbeza – Sports, Urban, dan Touring – setiap mod menawarkan kawalan pendikit yang berbeza, sampaian kuasa dan sebagainya. Tetapi ketika sesi pandu uji kami ke Mersing, kami mendapati yang bunyi ekzos turut berubah dengan penukaran mod. Menunggang dengan mod Sports di atas lebuhraya adalah memenatkan disebabkan ekzos menjadi terlalu hingar dan ianya cenderung untuk menderu selepas seketika walaupun dengan helmet spesifikasi tinggi Shark Race-R Pro. Namun dalam mod Touring dan Urban pula, bunyinya menjadi lebih lunak dan sedap kedengaran di telinga.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walaupun XDiavel ini lebih kepada sebuah motosikal lumba daripada sebuah cruiser, menggunakannya bagi perjalanan jarak jauh ke Johor dan kembali terasa amat memuaskan. Kawalan ke depannya bermakna kaki saya yang panjang boleh diregangkan untuk keselesaan, tangki bahanapinya yang besar membawa kami sejauh 300 kilometer dalam satu tangki penuh dan ianya cukup menakjubkan, dan tangki bahanapi buatan keluli/aluminium ini membolehkan saya untuk melekapkan beg tangki magnetik dan ini menjadikan XDiavel ini cukup sempurna untuk kembara jarak jauh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walaubagaimanapun, motosikal XDiavel ini lebih bertumpu pada gaya, dan oleh kerana itu, motosikal Ducati yang futuristik ini adalah rockstar bagi segmen power cruiser. Bukannya selalu anda dapat bertemu dengan motosikal dengan keberadaan yang besar dengan kuasa yang bak gergasi tetapi masih lagi lemah lembut serta jinak apabila ditunggang. Jika anda masih lagi tidak yakin akan baka perlumbaannya, ketahuilah, XDiavel juga mempunyai satu ciri dipanggil Ducati Power Launch yang memberikan cengkaman yang terpadu dan membolehkan anda melakukan wheelie.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat dua varian XDiavel yang boleh didapati, yang pertama adalah XDiavel standard dan kedua adalah XDiavel S, yang telah kami pandu uji. XDiavel S dilengkapi dengan berbagai kelengkapan eksklusif seperti rim, cat hitam berkilat di atas tangkinya, Lampu Nyalaan Siang, fork hadapan unik, dan angkup mono block Brembo M50 bagi brek hadapan. Perincian yang lain-lain yang unik pada XDiavel S ini adalah cermin pandangan belakang ‘billeted‘, plet yang ditempa dan berbingkai, peg kaki kemasan mesin. Pelananya juga diperbuat daripada pelapik dwi-material, dan terdapat modul Bluetooth yang membolehkan anda menghubungkannya kepada telefon anda dan memaparkan semua pesanan teks yang masuk, dan memaparkan sesiapa yang menelefon anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal XDiavel ini sudah semestinya lebih sesuai untuk persekitaran dalam bandar berbanding dengan perjalanan jarak jauh atau menempuh selekoh. Namun faktanya adalah XDiavel mampu melakukan hampir kesemuanya yang anda inginkan, dan sesungguhnya itulah bakatnya. Jadi, adakah Ducati berjaya menghasilkan sebuah power cruiser? Ya, mereka telah berjaya melakukannya, dan mereka melakukannya dengan penuh bergaya sekali. Namun pada harga kurang sedikit sahaja dari RM150,000, XDiavel ini bukanlah sebuah motosikal yang murah, tetapi bukankah itu hanya satu harga yang kecil untuk sebegitu banyak kuasa dan juga gaya?

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]