Promosi Raya Triumph Motorcycles Malaysia “AWESOME DEALS AMAZING OFFERS”

  • Triumph Motorcycles Malaysia (Fast Bikes Sdn Bhd) kini sedang menjalankan promosi Raya “AWESOME DEALS AMAZING OFFERS”.
  • Para pelanggan boleh menikmati penjimatan hebat dalam bentuk rebat tunai, kredit kedai dan beberapa hadiah percuma apabila mereka membeli motosikal Triumph pilihan mereka.
  • Terdapat 21 model keseluruhannya yang ditawarkan untuk pilihan para pelanggan dari Triumph Speed Triple terbaru hinggalah ke Bonneville.


Triumph Motorcycles Malaysia (Fast Bikes Sdn Bhd) kini sedang menjalani satu promosi istimewa dipanggil “AWESOME DEALS AMAZING OFFERS” bersempena dengan keraian Hari Raya Aidilfitri. Bagi mereka yang sedang mencari motosikal baru bolehlah mengunjungi ruang pameran Triumph terdekat untuk mendapatkan tawaran, promosi serta hadiah-hadiah menarik bagi setiap pakej. Terdapat 21 model keseluruhannya yang sedang ditawarkan jadi, jika motosikal Triumph adalah idaman anda, sekaranglah masa yang sesuai mendapatkannya.

Bagi para penggemar motosikal Triumph, sekarang merupakan masa yang amat sesuai untuk memiliki motosikal Triumph idaman dengan tawaran dan promosi yang diadakan. Para pembeli dapat menikmati rebat tunai bagi model-model terpilih sehingga RM5,000. Bagi melengkapkan lagi diskaun lumayan yang ditawarkan, Triumph juga akan memberikan kredit kedai sehingga RM1,000 yang dapat digunakan untuk membeli kelengkapan dan aksesori menunggang.

Inginkan lebih daripada itu? Jika anda membeli model Triumph Tiger Explorer XR, Tiger Explorer XCx, Tiger 800 XRx, atau Tiger 800 XCx semasa promosi ini, anda akan mendapat pannier aluminium Triumph secara PERCUMA. Penjimatan yang cukup lumayan.

Para peminat bagi model-model terdahulu akan dapat menikmati pengurangan harga yang begitu hebat ianya tak masuk dek akal. Berminat dengan model Street Triple R ABS? Harga biasa bagi motosikal ini ialah pada RM56,900 tetapi jika anda mendapatkannya sekarang, potongan harga sehingga RM10,000 boleh anda dapati. Ianya bukanlah gurauan, tuan-tuan. Bukan cobaan. Ini benar-benar. Bergegaslah ke ruang pameran Triumph Motorcycles yang berhampiran anda hari ini dan dapatkanlah motosikal Triumph idaman anda hari ini.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang promosi Raya Triumph Motorcycles Malaysia “AWESOME DEALS AMAZING OFFERS” yang berlangsung dari sekarang sehingga 25 Julai 2017.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]