Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan, Shell Advance akan berada di tapak di bazaar-bazaar Ramadan utama di sekitar Lembah Klang.
Bermula di bazaar Ramadan yang terkenal di Kampung Baru, tapak Shell Advance akan menawarkan promosi istimewa dan hadiah-hadiah percuma kepada para pengunjung dan pelanggan.
Para pelanggan yang membeli sebarang produk pelincir Shell Advance akan berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama – bekalan satu tahun minyak enjin, yang bersamaan dengan sekotak besar pelincir (12 botol).
Selain itu, para pelanggan juga diberi peluang untuk ‘memutar roda’, dimana semua orang adalah pemenang. Hadiah yang boleh didapati daripada roda ini termasuklah buah kurma, sekotak minuman ribena, lanyard, beg bertali, dan hadiah yang menjadi rebutan ramai, beg galas Shell Advance.
Memeriahkan lagi sambutan Ramadan ini, Shell Advance juga akan mengagihkan dodol percuma kepada orang ramai, dan juga tuala muka disejukkan.
Gerai Shell Advance ini akan mula dibuka di Kampung Baru pada 27 Mei 2017 dan mendapat sambutan hangat daripada pengunjung bazaar berkenaan. Pada hari pertamanya lagi, para pelanggan telah pun memenangi sejumlah tiga beg galas dan beberapa beg bertali, kurma dan juga lanyard, manakala ratusan pakej dodol telah diagihkan kepada orang ramai.
Gerai Shell ini akan terus berada di Kampung Baru sehingga 4 Jun dan selepas itu akan menuju ke Taman Tun Dr Ismail dan akan bertapak di sana sehingga 11 Jun. Kemudian ianya akan bergerak ke Kelana Jaya dan akan berada di sana dari 12 hingga 18 Jun. Hentian terakhirnya terletak di Kota Damansara dimana ia akan berada di sana bermula dari 19 Jun sehingga 23 Jun.
Berikut adalah ringkasan tarikh bazaar Ramadan Shell Advance:
Kampung Baru: 27 Mei – 4 Jun
TTDI: 5 Jun – 11 Jun
Kelana Jaya: 12 Jun – 18 Jun
Kota Damansara: 19 Jun – 23 Jun