- Arena penunggangan kembara semakin pesat membangun di Malaysia dan sesetengah pihak tertanya-tanya apakah antara motosikal kembara yang termurah boleh didapati di negara kita.
- Dengan begitu banyak pilihan meliputi berbagai spesifikasi dan juga jenama, kami telah menyenaraikan lima daripada pilihan mampu milik terbaik untuk memenuhi keperluan penunggangan kembara anda.
- Antaranya adalah Keeway TX200G 2016, Kawasaki Versys-x 250 2017, Benelli TRK 502 2017, Honda CB500X 2016 dan BMW F700GS 2016.
Tidak dapat dinafikan lagi yang perjalanan kembara, touring dan off-road semakin mendapat tempat di kalangan peminat motosikal di negara kita pada masa ini. Bagi mereka yang inginkan suatu kelainan pada pengembaraan hujung minggu mereka selain daripada hanya mendaki jalan-jalan berbukit Cameron Highlands atau Genting, kini dambakan sesuatu yang lebih luar dari kebiasaan mereka. Salah satu pilihan yang semakin mendapat perhatian adalah motosikal kembara.
Jika kita berkatakan mengenai motosikal kembara, selalunya kita merujuk kepada jentera dwi-sukan dan touring yang serba upaya. Namun begitu, dengan kebanyakan motosikal dwi-sukan dan tourer dalam jangkauan harga yang agak mahal terutamanya di Malaysia dengan BMW GS, Ducati Multistrada, dan KTM Super Adventure, para pengeluar kini mula memenuhi prospek yang lebih besar; motosikal kembara berkapasiti kecil yang mampu milik. Disini kami senaraikan beberapa motosikal kembara mampu milik yang terdapat untuk pasaran Malaysia.
1) Keeway TX200G 2016 – RM7,199 (asas tanpa GST)
Keeway TX200G ini merupakan motosikal kembara termurah yang dapat anda bawa ke mana-mana sahaja. Dengan tayar yang sesuai, anda boleh membawa TX200G ini di jalanraya, tanah merah atau litar untuk menikmati keriangan yang tidak membebankan poket anda dan jentera ketahanan ini adalah satu jentera yang praktikal.
Melihat pada rekabentuk keseluruhannya, Tidak dapat disangkalkan bahawa TX200G ini sedia untuk membawa anda mengembara. Dengan begitu banyak aspek yang dapat dijumpai pada kebanyakan motosikal enduro seperti ketinggian pelana yang terletak tinggi dan kelegaan tanah yang tinggi, motosikal ini tidak mempunyai masalah untuk dibawa ber’off-road‘.
Dijana oleh enjin empat lejang, satu silinder, 197cc, TX200G ini menghasilkan 12.7hp pada 7,500rpm dan 13.5Nm tork pada 5,500rpm tetapi jika dibandingkan dengan berat keseluruhan motosikal ini yang hanya 135kg, ianya satu jentera yang baik yang boleh diharapkan.
Kelajuan tertingginya adalah pada 100km/j namun jika diambil kira yang ianya mampu membawa muatan maksimum sehingga 165kg termasuk 10.5 liter bahanapi, ia menjadikan motosikal ini amat sesuai untuk tunggangan hujung minggu atau pun untuk pengembaraan jarak jauh.
TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai Keeway TX200G 2016 ini.
2) Kawasaki Versys-X 250 2017 – RM23,789(asas dengan GST)
Jentera dwi-sukan terkini yang memasuki pasaran Malaysia adalah Kawasaki Versys-X 250 2017. Dianggap sebagai antara motosikal kembara berkapasiti kecil terbaik yang berada di Malaysia, ia dijana oleh enjin selari berkembar, DOHC, 249cc, sejukan cecair yang menghasilkan 33hp pada 11,500rpm dan 21.7Nm tork pada 10,000rpm.
Untuk spesifikasinya pula, Versys-X ini didatangkan dengan fork hadapan teleskopik 41mm yang digandingkan dengan roda jejari 19 inci dan penyerap dicas-gas pra-muat boleh laras Bottom-Link Uni-Trak beserta dengan roda 17 inci yang menjadikan motosikal ini cukup menyeronokkan dibawa off-road.
Dengan beratnya hanya 173kg, ianya sebuah motosikal kembara yang sesuai bagi mereka yang baru mencuba menunggang dan mengendalikan motosikal kembara. Tangki bahanapi 17 liternya juga bermakna yang ia dapat meliputi jarak yang panjang sebelum memerlukan isian semula. Spesifikasi yang paling membantu pada Versys-X ini adalah sistem klac “Assist and Slipper” yang dapat membantu penukaran gear yang lebih lancar dan mudah.
TEKAN SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kawasaki Versys-X 250 2017 ini.
3) Benelli TRK 502 – Dari RM28,888 (asas tanpa GST)
Bagi mereka yang inginkan lebih kuasa pada harga yang berpatutan, boleh mendapatkan tawaran terkini dari Benelli, TRK 502 2017. Dijana oleh enjin empat lejang dwi-silinder, DOHC dengan sejukan cecair, motosikal touring 500cc dari Benelli ini menghasilkan 48hp dan 45Nm tork.
Tidak seperti kebanyakan motosikal touring yang ada kini, Benelli TRK502 ini dilengkapi dengan fork hadapan teleskopik terbalik bersama dengan penyerap mono belakang yang disambung pada lenganbuai belakang. Pakej pembrekannya agak mengagumkan dengan cakera brek kembar hadapan 320mm dengan angkup terapung dua omboh beserta dengan cakera brek 260mm dengan angkup dua omboh dibelakang untuk prestasi brek optimum.
TRK 502 ini direka dengan ergonomik yang lebih baik dan perlindungan udara serta cuaca yang bagus untuk penunggang dan juga pembonceng. Digandingkan dengan fakta yang ia dapat mencapai kelajuan 160km/j ketika membawa muatan maksimum sebanyak 175kg, membolehkan motosikal Benelli ini tersenarai antara motosikal kembara paling berpatutan di pasaran buat masa ini.
TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Benelli TRK 502 2017.
4) Honda CB500X 2016 – Dari RM31,893 (asas tanpa GST)
Jenama Honda sudah cukup sinonim dengan motosikal hebat dan dipercayai. Antara salah satu pilihan terbaik yang ada dalam kategori motosikal kembara adalah Honda CB500X. Berdasarkan rupanya, jentera dwi-sukan ini lebih daripada mampu untuk merantau pada jarak yang jauh di atas jalanraya untuk sebarang pengembaraan hebat.
Dilengkapi dengan enjin selari berkembar, sejukan cecair, CB500X ini menghasilkan 49.6hp dan 44Nm tork yang dipacu ke roda belakang menggunakan transmisi enam kelajuan dengan pacuan rantai terakhir. Berat keseluruhan bagi motosikal CB500X ini hanyalah 194kg sahaja (196kg bagi versi ABS).
Ciri-ciri keselamatan telah pun diterapkan pada motosikal dwi-sukan Honda ini dengan lampu LED keseluruhan bagi memastikan ianya senang dilihat atas jalanraya tanpa mengira sebarang keadaan menunggang dan juga pilihan ABS untuk pembrekan yang selamat dan terkawal.
Dengan harganya lebih sedikit sahaja daripada jumlah RM30,000, CB500X ini menjadi pilihan popular bagi mereka yang sering berulang-alik dalam jarak jauh atau pun yang ingin memenuhi kehendak tunggangan kembara mereka.
TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Honda CB500X 2016 ini.
5) BMW F700GS 2016 – RM56,900 (harga OTR dengan GST & insurans)
Keluarga GS dari BMW Motorrad adalah antara motosikal kembara atau touring terbaik yang ada dalam dunia permotosikalan. Kebanyakan penggemar motosikal telah menjamin yang jentera yang tampan ini antara yang terbaik daripada yang terbaik, dan ada kebenarannya di situ. Dan selalunya jika kita berbicara tentang yang terbaik, ianya bukanlah murah, namun sebaliknya bagi BMW F700GS ini.
Ianya GS yang paling mampu milik di pasaran Malaysia setakat ini, F700GS ini memenuhi kehendak mereka yang inginkan gaya dan keunggulan dalam penunggangan kembara mereka. Berdasarkan rupanya, F700GS ini sememangnya menarik perhatian tidak mengira sesiapa sahaja.
Enjin kembar selari 798cc yang disejuk cecair ini dirumahkan dalam kerangka keluli angkasa berbentuk paip dan menghasilkan sejumlah 75hp dan 77Nm tork yang ligat ke mana sahaja. Dengan berat 186kg (bersih), F700GS ini mampu mencapai kelajuan yang hebat ketika membawa beban yang besar dan ini menjadikannya motosikal kembara mampu milik terbaik yang boleh didapati.
Ianya juga antara yang paling selamat dengan ciri-ciri seperti ABS, Kawalan Suspensi Elektronik (ESC) dan pilihan sistem kawalan kestabilan dipanggil ASC. Berharga RM56,900 (atas jalan dengan GST dan insurans), F700GS ini akan membawa anda mengembara sebaik sahaja meninggalkan ruangan pameran.
TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai BMW F700GS 2016 ini.