- Elektrik skuter BMW Concept Link yang super futuristik telah diperkenalkan baru-baru ini ketika acara tahunan Concoro d’Eleganza Villa d’Este di Itali.
- Motosikal Concept Link ini merupakan kenderaan emisi-sifar yang datang dengan prestasi hebat serta kepintaran tahap tinggi bagi membantu para
penunggang ketika perjalanan. - “BMW Motorrad Concept Link, dengan gaya yang sederhana dan tanpa batas waktu, bukanlah sekadar konsep – ianya satu simbol kepada era baru.”
BMW telah mendedahkan skuter elektrik konsepnya yang mengagumkan, Concept Link, semasa acara tahunan Concorso d’Eleganza Villa d’Este di Itali. Menurut pengeluar kereta dan motosikal Jerman ini, skuter konsep emisi-sifar ini akan merubah tanggapan orang ramai tentang penggunaan motosikal sebagai mod transportasi sekitar bandar.
Concept Link dikatakan mendapat ilham dari motosikal futuristik imbangan kendiri Vision Next 100. Seperti mana yang dilihat pada motosikal konsep ini, motor atau enjin elektrik padatnya dijana oleh beberapa bateri besar yang leper yang diletakkan di bahagian bawah skuter. Ini memberikan rupanya yang licik dan unik dengan berat dan titik tengah graviti ditumpukan pada bahagian tengah motosikal itu.
Menurut satu laporan yang dibuat oleh MCN, Edgar Heinrich ( Ketua bahagian Rekabentuk, BMW Motorrad) menyatakan ” BMW Motorrad Concept Link, dengan gaya yang sederhana dan tanpa batas waktu, bukanlah sekadar konsep – ianya satu simbol kepada era baru.”
BMW juga telah menyatakan bahawa rekabentuk keseluruhan motosikal ini cukup sesuai untuk kegunaan menunggang di dalam bandar, di atas jalanraya yang sempit dan ketika kesesakan trafik, kerana ketinggiannya memudahkan pengendalian. Enjin elektriknya juga menawarkan tunggangan yang lancar dan juga pecutan pantas bersama dengan pengendalian yang hebat. Sebagai tambahan, BMW juga mengatakan bahawa skuter Concept Link ini didatangkan dengan gear mengundur.
Seperti kebanyakan skuter, bahagian pelana bagi BMW Concept Link ini direka untuk keselesaan para pengguna, dan terdapat satu ruangan menyimpan yang luas di bawah pelana untuk kemudahan para pengguna. Tetapi, tidak seprti kebanyakan skuter, Bmw telah menerapkan gabungan antara komponen yang dilitupi atau dibiarkan terdedah bagi menekankan lagi gaya futuristiknya. Bahagian-bahagian seperti unit pemacu, lengan buai sebelah, rusuk pendingin, strut spring dan tali sawat bergigi terpapar untuk pameran para penunggang.
Sesuai dengan namanya Concept Link, skuter ini dapat menghubungkan dunia digital dengan dunia sebenar dimana ini menjadikan bagaikan sebuah telefon pintar yang ditunggang. Selain tampak bergaya menunggangnya, penunggang dapat melakukan transaksi bank atas talian dan juga mengemaskini kalendar dan perancang temujanji. Malah, ia dapat mencadangkan laluan terbaik ke destinasi pilihan anda dan memainkan lagu untuk penunggang.
Semua perincian ini dapat dikawal melalui sebuah panel meter klasik bersama dengan unit paparan hadapan dan juga paparan sesentuh tambahan yang terletak di bawah palang pemegang. Dan bak filem-filem tentang masa depan, semuanya dapat diatur mengikut keinginan pengguna.
Jadi persoalannya sekarang adakah motosikal ini akan dikeluarkan oleh BMW. Tiada siapa yang dapat berikan jawapan yang pasti. Bagi mereka yang takutkan pemberontakan kecerdasan buatan akan mencipta sebarang teori konspirasi bagi memastikan ianya tidak akan berlaku namun begitu, masa depan semakin menghampiri kita. Daripada menentang secara membuta tuli, kita harus mencari jalan terbaik memastikan ianya dapat memberi manfaat kepada kita.
Berminat dengan motosikal BMW Motorrad? TEKAN SINI untuk membelek segala model yang terdapat di Malaysia di Bikes Republic, Bike Buyer’s Guide!