- Pelumba WorldSBK Aruba.it Racing Chaz Davies telah mengemudi jentera Ducati 1199 Panigale R-nya ke kedudukan pertama atas podium dalam kedua-dua perlumbaan hujung minggu lalu di pusingan Motul Itali.
- Davies berjaya mengekang kemaraan Jonathan Rea (Kawasaki Racing) di Litar Imola yang telah menamatkan perlumbaannya di tempat kedua untuk kedua-dua perlumbaan.
- Marco Melandri dan Tom Sykes masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ketida dan keempat di Perlumbaan 1 dan bertukar posisi di Perlumbaan 2.
Pusingan kelima WorldSBK yang telah berlangsung di Imola menyaksikan Chaz Davies menguasai litar ini dengan jentera Aruba.it Racing Ducati 1199 Panigale R-nya bagi kedua-dua perlumbaan di Pusingan Motul Itali pada hari Ahad lalu. Penunggang bernombor 7 ini mengarang kejayaan yang sempurna di Perlumbaan 1 dimana Davies bermula dari petak pertama dan tidak diberi saingan langsung sepanjang perlumbaan bagi mendapatkan tempat teratas di atas podium.
“Hujung minggu yang menyeronokkan, sehingga tahap ini dalam musim ini kami telah mendapat keputusan yang bercampur baur dan seteru utama kami memberikan tentangan sepenuh usaha – ini merupakan hujung minggu pertama dimana kami merasakan seperti kami telah menjadi penanda aras dan kami telah berjaya mendapat rentaknya,”
“Dari sesi kedua lagi kami sudah menjumpainya dan ianya telah bermula dari situ dan menghasilkan kemenangan berganda. Saya tidak akan dapat
mengatakan dengan secukupnya betapa bagusnya motosikal kami telah beraksi di sini, ianya telah melakukan dengan jayanya di kedua-dua perlumbaan,” ujar Davies mengenai prestasinya hujung minggu ini.
Jonathan Rea dari pasukan Kawasaki Racing juga cemerlang dalam kedua-dua perlumbaan dimana dia berada di kedudukan kedua keseluruhan,
menambahkan mata penting untuk tangga kejohanannya. Selepas bergelut dalam saingan untuk tempat teratas sepanjang hujung minggu, tempat kedua bagi kedua-dua perlumbaan sudah mencukupi baginya mempertahankan status kejohanannya.
Ujar Rea “Sudah tentu saya gembira kerana pada fikiran saya, saya tidak rasa saya dapat tempat yang lebih baik dari tempat kedua. Kami telah merapatkan jurang hampir separuh dengan Chaz pada perlumbaan pertama jadi itu suatu yang positif, namun malangnya saya telah melakukan kesilapan besar pada pusingan pertama ketika melalui salah satu ‘chicane‘,”
“Kami telah menukar motosikal di antara perlumbaan pertama dan kedua jadi ianya satu lagi perkara yang positif, tetapi walau apapun untuk meninggalkan Imola dengan 40 mata dan menambah jurang kejohanan adalah satu hujung minggu yang baik di litar yang bukannya kekuatan kami.”
Teman sepasukan Chaz, Marco Melandri, melengkapkan kedudukan podium di Perlumbaan 1 di tempat ketiga namun kurang bernasib baik di Perlumbaan 2 dimana penunggang Itali berumur 35 tahun ini melintasi garisan penamat di tempat kelima. Berita baiknya adalah dia mengekalkan kedudukannya di tempat keempat keseluruhan dalam tangga kejohanan 2017.
Aruba.it Racing bukannya satu-satunya pasukan yang mempunyai hujung minggu yang baik. Pasukan Kawasaki Racing juga telah mendapat keputusan yang positif dengan seorang lagi juara WorldSBK mereka, Tom Sykes. Setelah bersaing sengit dengan Marco Melandri dalam Perlumbaan 1, Sykes hanyalah melebihi 0.6 saat dari kedudukan podium, menamatkan perlumbaan di tempat keempat.
Pelumba British berusia 32 tahun ini juga telah mendahului bahagian pertama Perlumbaan 2 sebelum dipotong Davies dan Rea. Malangnya, ini bermakna dia telah jatuh satu anak tangga dalam tangga kejohanan di tempat ketiga sementara Davies mengambil alih tempat kedua dengan 160 mata berbanding Davies yang mengutip 161 mata.
Para penunggang akan menuju ke Litar Donington Park bagi pusingan UK pada penghujung bulan ini dari 26 hingga 28 Mei 2017
Sumber: WorldSBK