John McGuinness Mengalami Kecederaan Serius Ketika Kemalangan Di Perlumbaan North West 200

 

 

  • John McGuinness telah didiagnos dengan retakan pelbagai di kaki kanannya, patah empat tulang belakang dan patah tiga tulang rusuk belakang semasa sesi latihan perlumbaan North West 200 Superbika pada 11 Mei 2017 lalu.
  • McGuinness perlu memakai kas simen sehingga enam minggu sebagai rawatan untuk kecederaan teruknya di bahagian tulang belakang dan akan kekal Hospital Diraja Victoria untuk minggu-mingu mendatang.
  • “King of The Mountain” ini mungkin sekali tidak dapat menyertai perlumbaan Isle of Man TT tahun ini pada 27 Mei 2017 dengan teman sepasukan barunya, Guy Martin.

Sumber imej: North West 200

Rentetan kemalangan yang melibatkan John McGuinness ketika sesi latihan, Honda Racing telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai apa yang berlaku pada perlumbaan Superbike North West 200 2017 yang telah diadakan di Ireland Utara. John McGuinness mengalami satu kemalangan yang dahsyat di Primrose Section pada 11 Mei 2017 ketika minit-minit terakhir sesi latihan sebelum perlumbaan pada belah petangnya.

TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai insiden yang berlaku ini.

“John telah didiagnos dengan retakan pelbagai pada bahagian bawah kaki kanan, ketika dalam bilik operasi pada malam Khamis, ianya kelihatan seperti tidak mungkin untuk dapat memasang plat pada kakinya seperti yang dijangka pada awalnya memandangkan tahap kecederaannya, dan keesokannya satu penetap luaran akan dipasang,”

Sumber imej: Duke Video

“Tambahan pula, John juga mengalami kecederaan patah empat tulang belakang dan tiga tulang rusuk belakangnya juga dan dia perlu dipakaikan kas simen sehingga enam minggu untuk rawatan tulang belakangnya. John juga akan kekal di Hospital Diraja Victoria untuk seminggu sebagai sebahagian daripada proses penyembuhan.”

Sumber imej: Duke Video

Disebabkan insiden ini, Honda Racing telah menarik penyertaan mereka di perlumbaan Superstock dan Superbike North West 200 untuk menumpukan perhatian pada McGuinness dan jentera perlumbaan mereka. Mereka telah pun menerima motosikal John dari penganjur North West 200 dan akan menjalankan berbagai analisis bertubi-tubi bagi menentukan penyebab kemalangan berkenaan.

Sumber imej: Stephen Davison

Menurut pengurus John, Jonny Twelvetrees, dia berkata bahawa “Malang sekali kemalangan John di Primrose Hill semasa kelayakan telah menyebabkan kecederaan yang agak serius pada Tibia dan Fibula kanannya. Ianya merupakan satu tamparan hebat buat John dan pasukannya, namun dia mempunyai semangat yang tinggi dan dalam jagaan yang terbaik dari kakitangan perubatan di Hospital Diraja Victoria,”

Sumber imej: IOMTT

“Kami kini perlu menentukan apakah yang terjadi dan akan mengundurkan diri dari perlumbaan Superstock dan Superbike, kembali ke Louth dan analisa motosikal John dan mengatur kembali langkah kami sebelum ke ujian kami seterusnya di Castle Combe dalam masa beberapa minggu sebelum menuju ke Isle of Man.” Tambahnya lagi.

John McGuinness (kiri) with Guy Martin (kanan)

Pasukan itu akan meneruskan usaha mereka di Castle Combe dalam masa beberapa minggu sebagai persediaan mereka menghadapi acara Isle of Man TT pada penghujung Mei 2017 ini.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk segenap berita dunia permotoran.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]