Penunggang ‘Ride For Jalil’ Berderu Merentas Johor untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Kanser

  • Sebagai sebahagian daripada acara amal ‘Ride for Jalil’, lebih 300 penunggang motosikal superbike dan motosikal berprestasi tinggi menjelajah sekitar Johor pada hujung minggu lalu.
  • Matlamatnya adalah bagi mencipta kesedaran awam tentang kanser dan mengumpul dana untul Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.
  • Perjalanan ini telah diketuai oleh Tunku Panglima Johor dan Tunku Putera Johor yang bermula dari Muar dan berakhir di Litar Pasir Gudang.

Acara amal ‘Ride for Jalil’ telah diadakan pada hujung minggu lalu dengan sebuah konvoi besar-besaran yang berjumlah melebihi 300 penunggang motosikal berprestasi tinggi yang telah berhimpun pada awal pagi 29 April 2017. Para penunggang dan penggemar motosikal seluruh negeri telah berkumpul di Stadium Sultan Ibrahim di Muar, Johor bagi upacara permulaan konvoi merentas Johor ini.

Acara amal ini diadakan bagi membantu meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana untuk Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) yang diinspirasikan oleh Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Tunku Ibrahim Ismail.

Konvoi besar-besaran ini secara majoritinya terdiri daripada para penunggang Ducati yang diketuai Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman bersama adinda-nya, Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar. Menunggang motosikal Ducati Panigale 1199 R dengan kemasan chrome ungu yang telah ditempa khusus, Tunku Panglima Johor juga memperagakan helmet Arai yang dilitupi dengan chrome dan juga bendera negeri Johor.

Konvoi mula bergerak dari Stadium pada pukul 11 pagi dan mereka semua menuju ke destinasi pertama, Hamawangsa Auto Mall yang terletak di Batu Pahat. Setelah berehat sejenak, konvoi ini meneruskan perjalanan ke Dataran Kluang dimana para penunggang berehat untuk makan tengah hari dan juga meluangkan masa bersama Tunku Laksamana Johor, Tunku Abu Bakar dan juga para peserta yang lain yang berhimpun di Dataran Kluang.

Di sinilah juga objektif utama acara ini bermula dengan menyebarkan kesedaran dan juga berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan orang awam berkenaan kanser melalui pameran tentang kanser, aktiviti menderma darah, pemeriksaan pencegahan kesihatan percuma dan ujian saringan percuma di Galeri TLJCF yang akan memanfaatkan orang ramai terutamanya bagi pesakit kanser dan juga keluarga mereka. Orang ramai juga boleh menjadi sebahagian daripada program amal ini dengan menyumbang kepada aktiviti sukaria amal yang ada di tapak itu.

Kira-kira pada pukul 3 petang, ke semua penunggang mula bergerak ke destinasi terakhir pada hari itu, litar tersohor yang terletak di Pasir Gudang. Konvoi ini bergerak secara pantas dan tiba di hentian terakhir pada hari itu dan mengambil bahagian dalam beberapa sesi fotografi yang bersejarah, memandangkan lawatan ini menandakan saat-saat terakhir sebelum litar ini ditutup untuk pengubahsuaian.

Nantikan bahagian kedua laporan acara amal ‘Ride for Jalil’ dimana majlis makan tengah hari amal yang diadakan di Grand Ballroom, Renaissance Hotel, Johor Bahru bagi meraikan mereka yang terlibat dengan acara ‘Ride for Jalil’ ini serta acara lelongan amal bagi meraih dana sumbangan untuk Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Galeri acara amal ‘Ride for Jalil’ (Hari 1)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]