Menyusul perlancaran motorsikal-motorsikal terbaru dari Kawasaki Motors Malaysia pada awal tahun ini, kami telah dijemput untuk menguji dua lagi jentera Kawasaki semalam. Bertempat di Templer Park Country Club, Rawang, Kawasaki telah mengaturkan dua sesi tunggang uji yang berbeza untuk Kawasaki Z900 ABS dan juga Kawasaki Versys-X 250 keluaran 2017.
2017 Kawasaki Z900 ABS
Pagi sesi pagi, kami bersama ahli-ahli media yang lain seramai 10 orang diberi peluang untuk mencuba Kawasaki Z900 ABS terlebih dahulu. Destinasi melalui jalan lama menuju ke Pantai Remis, Kuala Selangor menjadi pilihan dan telah memberi banyak masa dan pengalaman yang mencukupi untuk menilai motorsikal ini.
Secara asas, Z900 ABS merupakan pengganti bagi model Z800. Setelah mencuba sejauh 150km pergi dan balik, kami pasti bahawa Z900 ABS adalah JAUH LEBIH BAIK dari Z800. Dari segi kuasa, enjin 948cc empat-lejang sebaris dengan penyejukan cecair yang telah diinspirasi dari Z1000 mampu menjana 123.6hp dan 98.6Nm tork.
Apa yang lebih menarik, kami boleh bergerak sejauh 17km bagi setiap liter petrol. Ini bermakna Z900 ABS mampu berjalan sejauh 289km dengan hanya satu tangki penuh petrol (17 liter). Z900 ABS bukan hanya mempunyai lebih kuasa tetapi ia juga sangat efisien dalam penggunaan minyak.
Jarak perjalanan ini juga mungkin ada kena-mengena dengan berat keseluruhan 210kg iaitu 21kg lebih ringan dari Z800. Kekurangan 21kg dapat dilakukan dengan beberapa faktor terutama sekali rangka Trellis dan lengan bebuai (swingarm) baru yang kuat dan juga ringan. Berat rangka terbaru dari Kawasaki ini hanya 13.5kg.
Membawa Z900 kali ini jauh lebih senang berbanding Z800 sebelum ini. Melihat kepada posisi kedudukan di atas motor, ergonomik yang sedikit berbeza menjana perubahan keseluruhan yang amat ketara. Dari ketinggian tempat duduk, Z900 sedikit rendah pada 794mm dimana tempat duduk Z800 40mm lebih tinggi pada 834mm.
Segala aspek pengendalian dan perasaan duduk di ‘dalam’ motor Z900 memberi pengawalan dan perasaan yang lebih selesa dan konfiden kepada kami sewaktu menunggang. Perasaan tidak berubah walaupun mencecah lebih 200km/h tetapi memandangkan lebuhraya LATAR sangat beralun, kami tidak berani untuk membawa lebih laju. Kami rasa Z900 ABS ini mampu mencecah 250km/h tanpa masalah.
Walaupun menunggang pada kelajuan yang tinggi, sistem suspensi baru dengan fork songsang 41mm di depan dan back-link jenis mendatar berfungsi dengan sempurna dan juga jauh lebih baik dari sistem yang terdapat pada Z800.
Klac jenis slip & assist yang biasa dijumpa pada motorsikal-motorsikal premium berkuasa tinggi juga terdapat pada Z900 ABS ini. Penukaran gear yang lembut dan senang memberi sensasi yang seronok untuk merasai pakej keseluruhan terutama sewaktu menurun kepada gear yang lebih rendah dan juga sewaktu jalan yang berliku. Sangat senang dan stabil.
Kawasaki telah berjaya mengeluarkan sebuah motorsikal yang sangat bagus dari semua aspek. Tidak terkejut jika ramai yang akan membeli motorsikal Z900 ABS lebih-lebih lagi dengan harga berpatutan pada RM49,158 untuk model biasa dan RM50,959 bagi model Edisi Khas (harga asas dengan GST).
Kami syorkan kepada yang berminat untuk terus membeli edisi khas kerana ia mempunyai tambahan seperti penutup pelana tunggal, pelindung meter tinggi, outlet DC untuk mengecas telefon atau GPS anda, penghadang radiator, slider, penutup enjin, axle slider hadapan dan alas tangki dan lutut.
2017 Kawasaki Versys-X 250
Pada waktu petang hari yang sama, kami diberi peluang untuk mencuba jentera dwi-sukan (dual-sport) berkapasiti 250cc pertama di negara iaitu 2017 Kawasaki Versys-X 250. Kawasaki mengeluarkan motorsikal ini khas dengan janji ia mampu bergerak ke mana-mana sahaja pada bila-bila masa.
Dengan itu, kami diberi peluang untuk mencuba Versys-X di atas jalan dan juga kawasan off-road. Apabila ditunggang di Lebuhraya LATAR, enjin berkembar selari 249cc menjana 31hp dan 21.7Nm tork tidaklah sehebat Z900 akan tetapi, ia boleh mencecah 150km/h. Kami dapat mencecah kelajuan maksimum selaju 162km/h apabila menuruni kawasan berbukit.
Gegaran pada tempat letak kaki bermula selepas mencecah 120km/h dan menjadi lebih kuat semakin laju kami bergerak. Tayar hadapan juga seakan-akan terapung menunjukkan bahawa ia tidak berapa sesuai untuk dibawa dengan kelajuan setinggi itu.
Dari segi pengendalian, Versys-X sangat senang untuk dibawa. Dengan ergonomic gaya dwi-sukan yang lebih tegak dan juga kedudukan tempat duduk yang rendah pada 815mm, kami yakin motor ini boleh memberi sensasi penuh keseronokan kepada yang baru mahupun yang berpengalaman. Tempat duduk pada Versys-X lebih rendah jika dibandingkan dengan Kawasaki KLX 250 (890mm) dan Versys 650 (840mm).
Bagi yang risau berkenaan harga petrol yang sentiasa berubah di negara kita, tidak perlu risau jika anda menunggang Versys-X ini. Sewaktu sesi tunggang uji semalam, kami mampu bergerak sejauh 28km bagi setiap liter petrol. Dengan tangki minyak 17 liter pada Versys-X, tidak mustahil untuk berjalan sejauh 476km sebelum perlu mengisi minyak semula.
Bagi sesi off-road, kami melalui kawasan jalan tidak terturap belakang Taman Memorial Rawang sejauh 7km melalui kawasan hutan, sungai dan juga ladang kelapa sawit. Dengan cuaca hujan dan lembab, kami sedikit risau pada mulanya tetapi Kawasaki menyakinkan bahawa dengan tayar 19-inci hadapan dan 17-inci belakang bersama tayar pelbagai guna, ia tidak akan menjadi masalah.
Lumpur, lecak, batu-batu yang basah dan licin tidak menghalang pergerakan kami walaupun terdapat beberapa yang jatuh pada kelajuan yang rendah. Jelas terbukti memang Versys-X 250 boleh dibawa kemana sahaja tidak mengira aspek penunggang yang baru mahupun yang berpengalaman.
Pakej lengkap dan mampu milik dari Kawasaki mempunyai pelbagai ciri yang mampu menarik minat pelbagai jenis penunggang yang mementingkan keupayaan bergerak dalam keadaan yang berbeza, penggunaan minyak efisien dan juga keselesaan secara menyeluruh.
Harga asas bersama GST pada RM23,789 sangat menarik dan sangat berpatutan jika anda ingin mencuba penunggangan gaya touring jaraj jauh dan juka dwi-sukan. Tambahan tempat letak barang box dan pannier akan melengkapkan lagi pakej Versys-X ini.
Setelah menguji keempat-empat motorsikal keluaran awal tahun Kawasaki, kami sangat yakin dengan prestasi dan produk yang telah mendapat penambahbaikan dari model-model sebelum ini. Kami juga yakin pemilik-pemilik mana-mana jentera terbaru dari Kawasaki akan mendapat pengalaman yang sangat positif.
Jutaan terima kasih kepada pihak dari Kawasaki Motors Malaysia kerana menganjurkan sesi tunggang uji kepada kami semua.
Aini Azmi smart lak
Mohd Zammir Md Zain
kan z1000 dah ada..
Dalam pic tu dia tunggang 250 ke..
Tu z900 bru bro….
Muhammad Hadi Wan Zulkifli z900 cun
Patutlaa rasa janggal tengok versys tu. Rupanya sbb pakai rim lidi
Bila akan dilancarkan versys x 250?
Dah bole book dah, harga pun dh announce
Hmmm….kalau ada yg berhajat nak pakai BMW GS1200 tapi takde pengalaman, bolehlah mulakan dengan Kawasaki Versys X sebagai entry-level
model tourer x tak masuk ke?
Muqrim Dzubairy John Mizreen
Muqrim Dzubairy
Nak amik yg 250 ke John Mizreen?
Bile next trip ni Azmil Hazwan Ahmad Tarmizi & John Mizreen???
Larat ke nak jln jauh kalo tong besi kiri kanan atas
Muqrim Dzubairy next trip sewa motor jela….
Santai2 jer Azmil Hazwan Ahmad Tarmizi…janji sampai
Dl pun ckp mcmtu gak, santai konon. Bila hari kejadian semua lupa diri.
Ko kene bukak kamus rider Azmil Hazwan Ahmad Tarmizi..ape maksud santai tu..
Muqrim Dzubairy punye santai 160kmh
Ble la sambar sebijik..
Alang2 tu sambar 2 bijikla, satu bg aku
Xmampu nk bg ko sebijik…ada motor sewa xnk g thai?
Buat masa ni berehat dl la, biar stabil dl
Sewa kat malaysia then cross masuk thai
Amierul Nashriq xnak try kerr..,
abang support setenngah