- GSX-S750 terbaru dengan ABS adalah gabungan mutlak antara motosikal jalanan berasaskan prestasi dengan gaya agresif dilengkapkan dengan pengayaan lebih baik serta lebih berkuasa.
- Kedua V-Strom 650 ABS baru ini lebih ringan dengan enjin patuh Euro4 yang dikemaskini serta berbagai ciri-ciri baru berharga kurang daripada RM50,00.
Suzuki Assemblers Malaysia baru sahaja melancarkan tiga model motosikal besar yang baru untuk pasaran Malaysia. Tiga model untuk tahun 2017 ini adalah GSX-S750 ABS, V-Strom 650 ABS dan V-Strom 650XT ABS.
Suzuki GSX-S750 ABS 2017
GSX-S750 dengan ABS yang terbaru ini adalah gabungan mutlak antara motosikal jalanan berasaskan prestasi dengan gaya yang agresif. Menurut Suzuki, model terbaru ini bukan sahaja kelihatan menarik malah beraksi lebih baik berbanding pendahulunya, Suzuki GSR750. GSX-S750 baru ini juga menawarkan pengendalian yang hebat dan keselesaan yang mudah untuk ditunggang walaupun oleh penunggang yang masih baru.
Mewarisi semangat program MotoGP Suzuki, GSX-S750 didatangkan dengan beberapa ciri yang hebat. Kemaskini terbesarnya adalah enjin terbarunya yang patuh Euro4 yang ditala untuk penjana kuasa 749cc inline-four, DOHC sejukan cecair yang menghasilkan kuasa sehingga 112.6hp (kenaikan 8hp). Talaan terbaru ini juga menjanjikan kecekapan bahanapi sehingga 24km/L (lebih kurang 4.2L/100km).
Ciri-ciri lain termasuk nisbah gear terakhir yang diolah semula untuk memaksimumkan pecutan dan kelajua tertinggi, suntikan bahanapi muncung panjang bagi kecekapan pembakaran bahanapi yang lebih baik, kotak angin yang baru untuk bunyi yang lebih merdu, Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) tiga mod, ABS, fork hadapan terbalik KYB dan banyak lagi.
Bagi Model GSX-S750 ABS 2017, harga yang ditetapkan oleh Suzuki adalah RM50,900 (asas tanpa GST). Bagi mereka yang berminat untuk memiliki model terbaru ini ianya didatangkan dalam dua pilihan warna; Metallic Titan Blue dengan Glass Sparkle Black dan juga warna Pearl Mira Red.
Suzuki V-Strom 650 ABS 2017 dan V-Strom 650XT ABS 2017
Bagi mereka yang mencari jentera kembara muktamad tetapi sedang mengawal belanja, V-Strom terbaru dari Suzuki mungkin dapat membantu anda. Sebagai penanda aras bagi motosikal kembara kelas pertengahan, V-Strom terkini adalah lebih ringan dan dengan lebih kuasa ditambah dengan gaya yang telah dikemaskini.
Kedua-dua V-Strom 650 ABS dan V-Strom 650XT ABS mempunyai keseimbangan yang teramat baik, kedudukan pelana yang selesa dan enjin yang ditala untuk penunggangan yang fleksibel bagi pengalaman menunggang bebas tekanan tanpa mengira sama ada ianya digunakan untuk kegunaan harian ke tempat kerja atau pun untuk pengembaraan jarak jauh.
Enjin V-Berkembar 645cc DOHC telah ditala secara optimum bagi menyalurkan kuasa pada tork rendah dan juga sederhana yang praktikal dan juga pada masa yang sama menawarkan kuasa puncak yang bagus apabila ia diperlukan. Seperti GSX-S750 ABS, motosikal ini dijana enjin yang juga patuh Euro4.
Ciri-ciri lain yang boleh didapati pada kedua-dua buah motosikal V-Strom ini adalah omboh bersalut resin, Sistem Suntikan Bahanapi Pendikit Dwi Injap Suzuki (SDTV), teknologi dwi percikan, Sistem Kawalan Cengkaman termaju, ABS, aci sesondol baru, sistem ekzos dan bemacam-macam lagi.
Suzuki V-Strom 650 ABS 2017 boleh didapati pada harga RM44,900 sementara model XT yang besar sedikit telah ditetapkan pada harga RM46,900 (asas tanpa GST). Kedua-dua V-Strom ini boleh didapati dalam warna Champion Yellow, Pearl Glacier White, dan juga warna Glass Sparkle Black.
TEKAN SINI dan tatapilah motosikal besar Suzuki yang lain di Bikesrepublic.com Bike Buyer’s Guide.
Galeri Suzuki GSX-S750 ABS 2017
Galeri Suzuki V-Strom 650 ABS & V-Strom 650XT ABS 2017
Fahmi Hasan suka
beli second je
Vstorm tu V twin la ek?
Abs tu utk org takde skill riding je.
Prashad Rama
kesian la pada rakyat..bwk2 la masuk model 150cc tu..bkn smua rakyat mampu beli superbike di zaman gawat ni..
Mohd Zulhelmi Mohd Zulkifli jum stat tabung
750 nie memang smart dari keluaran 2014 tapi tak popular dimalaysia..
Ryan Phillips
Still dont know why they fail ….
We want gsx250r
Ck Wong
44k bro.
Mohd Wafiqie
Azli Hani
Syahmie Hamdan gsx s dah masuk
Yamaha MT 09 berapa harga pasaran malaysia
Nak sujuki gsx150..Nak sujuki gsx150.. * sambil hentak hentak kaki *
Admin belanja Yamaha MT-10 SP & MT-10 Tracer.
Barang baik dari Suzuki. Datang seketul dlm kotak dari jepun. Tapi berapa kerat sangat org Malaysia “moden” hargai jenama Suzuki ni? Bahasa kasarnya….kt sini hanya huruf Y dan H saja org angkat sbg hebat. Jenama lain kira division 3 laa kot…walau features dia lebih hebat dan kualiti.
Huruf D, B
Hai admin…dh 2 hari tengah minum moto2 group Modenas dok lintas depan mata ni. Moped pakai monoshock, yg rupa bajaj ada fairing dan rupa naked mcm cb500. Apakah ada sinar baru permotoran negara bg cc kecil?
http://www.mekanika.com.my/buletin/spyshot-bajaj-pulsar-rs200-adakah-ini-unit-ujian-dari-modenas
ahh ingtkn lancar fufi150 ke.. gsx150 ke hahaa
Nak bawak 150 bole. Cuma berani ke nk tengok harga dia nanti?