Moto3: Joan Mir Meneruskan Penguasaannya Dengan Kemenangan Di GP Argentina

  • Joan Mir (Leopard Racing) meneruskan penguasaannya pada musim ini dengan kemenangan kedua berturut-turut dalam Moto3.
  • John McPhee (British Talent Team) mendapat tempat kedua selepas pertarungan sengit dengan lima penunggang yang lain.
  • Jorge Martin (Del Consa Gresisi Moto3) melengkapkan podium di tempat ketiga.


Juan Mir, yang mewakili pasukan Leopard Racing telah merangkul kemenangan kedua perlumbaan Moto3 untuk musim ini dengan kemenangan yang begitu bergaya di GP Argentina. Selepas prestasi kelayakan yang kurang memberangsangkan pada hari Sabtu, Mir hanya mampu memulakan perlumbaan Moto3 di posisi ke-16 namun telah muncul kembali dari kedudukan di belakang dengan cukup bergaya.

https://www.facebook.com/MotoGP/videos/10155548179160769/

Penunggang British John McPhee dari British Talent Team telah mendesak Mir berhabis-habisan selepas beberapa pertukaran posisi di sepanjang perlumbaan sebelum Mir muncul juara ketika melintasi garisan penamat. McPhee menamatkan perlumbaannya hanya 0.261 saat di belakang pendahulu kejuaraan.

Jorge Martin dari pasukan Del Consa Gresini Moto3 memberikan persembahan yang mengagumkan sepanjang perlumbaan bertukar-tukar kedudukan untuk beberapa kali dengan lima penunggang Moto3 teratas untuk hari ini. Penunggang bernombor 88 dari Sepanyol itu melengkapkan podium yang dipenuhi dengan penunggang Honda di hadapan dua penunggang KTM, Philipp Oettl dari Sudmetall Schedll GP Racing di posisi ke-4 dan Andrea Migno dari SKY Racing Team VR46.

https://www.facebook.com/MotoGP/videos/10155548160925769/

Seorang lagi penunggang untuk SKY Racing Team VR46, Nicolo Bulega yang memulakan perlumbaan di posisi pertama telah menunjukkan persembahan yang baik di permulaan perlumbaan tetapi perlahan-lahan semakin malap dan ditelan sehingga ke bahagian belakang, menamatkan perlumbaannya di kedudukan ke-13. TEKAN SINI untuk melihat keputusan penuh Moto3 bagi perlumbaan Gran Premio Motul de la Republica Argentina di Litar Termas de Rio Hondo.

Teruskan setia bersama kami untuk liputan selanjutnya mengenai dunia motosikal di MotoMalaya

Sumber imej: MotoGP

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]