Motosikal Kembara CCM 600cc terbaru dalam pembikinan

 

 

 

  • Motosikal GP600 baru akan menggantikan GP450 yang telah berada di pasaran semenjak tiga tahun yang lalu
  • Kuasa kuda dan tork lebih tinggi beserta transmisi enam kelajuan baru bagi motosikal kembara baru ini


Berita gembira bagi semua penggemar motosikal dwi-sukan! Pada ketika ini CCM sedang giat berusaha menghasilkan sebuah motosikal kembara atau dwi-sukan 600cc yang baru. Berita buruk (atau baik, berdasarkan pendapat anda tentang subjek ini), motosikal yang sedang dalam pembikinan ini akan menggantikan motosikal GP450.

Bagi yang kurang arif mengenai CCM (Clews Competition Machines) ini, mereka merupakan pengeluar motosikal dari United Kingdom yang dikenali dengan hasil pertukangan mereka seperti CCM GP450 dan yang lebih terkini, Spitfire yang cukup istimewa. TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tentang CCM Spitfire 2017 seperti yang dapat dilihat pada gambar di atas.

Selepas tiga tahun dalam perkhidmatan, CCM GP450 akan digantikan bagi membolehkan mereka mematuhi piawaian emisi Euro4. Pengilangnya telah pun mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan pengeluaran motosikal kembara 450cc ini. Menurut ADV Pulse dalam satu temubual bersama Ketua Pengarah CCM, Austin Clews, beliua telah mengatakan yang bahawa ” Motosikal GP450 akan dihentikan pada penghujung tahun ini, malah keseluruhan pengeluaran yang masih ada untuk tahun 2017 telah pun habis terjual.”

Ini bermakna mereka akan mempunyai masa untuk memberi sepenuh perhatian dalam membina satu enjin 600cc pengganti yang mematuhi peraturan Euro4. Mereka telah mendapatkan enjin satu silinder middleweight daripada SWM yang pada asalnya dibangunkan oleh BMW dan Husqvarna yang akan menjana 15 kuasa kuda dan 15NM tork lebih daripada enjin yang lama. Dengan penggunaan injap titanium, enjin 600cc serba baru ini seharusnya boleh menjana 55hp dan tork sehingga 58Nm apabila ia sedia untuk dipasarkan.

Selain daripada enjinnya, salah satu kemaskini yang akan menggembirakan kebanyakkan penggemar CCM ialah transmisi enam kelajuan yang baru. Kotak gear lima kelajuan bagi model GP450 tidak kurang hebatnya, namun terasa kekurangannya apabila dalam perjalanan jauh di atas lebuh raya. Kerangkanya masih lagi kerangka bonded aluminium yang canggih, sama seperti model yang akan dihentikan kecuali untuk penambahan karbon fiber di beberapa bahagian untuk mengurangkan beratnya.

Buat masa ini, tiada maklumat tambahan yang ada berkenaan dengan motosikal kembara 600cc ini namun jika diambil kira pengeluarnya, pengeluar yang sama yang menghasilkan Spitfire, GP600 ini akan menjadi rebutan buat para penggemar di luar sana.

Sumber gambar : CCM

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

23 Replies to “Motosikal Kembara CCM 600cc terbaru dalam pembikinan”

Leave a Reply