- Motosikal Konsep Mugen E.Rex telah diperkenalkan semasa Pertunjukan Motosikal Tokyo pada hujung minggu lalu
- Motosikal konsep off-road ini adalah satu kerjasama antara Mugen dengan Honda
Mugen telah mempamerkan motosikal konsep terkini mereka, E.Rex. Ianya telah diperkenalkan ketika Pertunjukan Motosikal Tokyo 2017 yang telah
berlangsung pada hujung minggu lalu dan menampakkan kemungkinan tinggi yang industri motocross sedang menuju ke arah inisiatif yang lebih mesra alam.
Tema dan rupa keseluruhan motosikal ini bukanlah sesuatu yang akan digemari oleh kebanyakan orang lebih-lebih lagi dengan motif dinosaurnya. tetapi jika anda dapat melihatnya secara teliti, anda akan mula menyedari yang Mugen dan Honda telah memberikan sedaya usaha dalam menyediakan motosikal ini dengan kelengkapan terbaik yang ada di pasaran. Pada pandangan penulis, satu-satunya sebab mereka telah menggunakan tema dan rupa sebegini adalah untuk menjadikan motosikal ini kelihatan begitu garang dan lantang bagi menarik perhatian semua.
Perhatikan sepit hadapan Showa yang berkualiti tinggi digandingkan dengan suspensi belakang Nissin. Kebanyakkan penunggang akan mempunyai harapan yang tinggi dan perasaan riang apabila kelengkapan jenama ini ada pada sebuah jentera. Dan dengan bahagian brek yang dihias dengan karbon fiber, tidak menghairankanlah bahawa motosikal ini mendapat perhatian ramai di Pertunjukan Motosikal Tokyo.
Mugen bukannya satu nama yang asing dalam dunia motosikal berkuasa elektrik. Malahan mereka telah mencapai kejayaan dalam perlumbaan Isle of Man TT. Untuk beberapa tahun yang lalu, mereka telah mencapai kemenangan berterusan dengan penunggang seperti John McGuiness dan Guy Martin
mengemudi motosikal lumba elektrik Shinden milik mereka.
Motosikal terkini mereka, “Shinden Roku”, yang mempunyai 163hp dengan tork sehingga 210Nm merupakan generasi ke-enam motosikal lumba yang
mempunyai harapan yang baik untuk memecahkan batasan kelajuan 200 batu sejam di perlumbaan Isle of Man Tourist Trophy.TEKAN SINI untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut. Motosikal lumba elektrik
sepenuhnya ini mempunyai enam kuasa kuda dan tork sehingga 103Nm lebih daripada Ducati Panigale 959. Semua kuasa dan tork itu dicapai tanpa
membakar walau setitik pun bahan api.
Walaupun Mugen dan Honda baru sahaja mengorak langkah dalam dunia motocross elektrik, ianya adalah satu langkah yang penting untuk masa depan
perlumbaan motocross. Dan memandangkan yang KTM telah pun secara mendalam sedang mengkaji,membangunkan dan mengeluarkan rangkaian Freeride E terkini, ianya tidak terlalu lama sebelum haluan ini menjadi pilihan ramai pengilang.
Sumber Gambar : Mugen