- Semasa pengambaran ‘The Grand Tour’ di Mozambique, Hammond terjatuh dari motosikalnya dan tidak sedarkan diri
- Hos bersama Jeremy Clarkson menyatakan bahawa dia cedera agak teruk tetapi telah pulih sepenuhnya
Hos rancangan permotoran terkenal Richard Hammond telah terlibat dalam satu kemalangan motosikal semasa penggambaran episod untuk salah satu rancangan yang terkenal bagi Amazon, The Grand Tour. Dimaklumkan bahawa kemalangan tersebut berlaku ketika penggambaran satu episod di negara Mozambique di benua Afrika.
Kemalangan ini menyebabkan bekas hos Top Gear itu pengsan untuk beberapa ketika tetapi kini telah pulih sepenuhnya. Menurut hos bersama, Jeremy Clarkson, dia menyatakan kepada akhbar The Sun yang “Dia (Hammond) tercedera agak teruk.”
Seluruh kru pada ketika agak risau tentang situasi tersebut memandangkan mereka terletak di lokasi yang agak terpencil apabila insiden itu berlaku sekitar dua minggu yang lalu. Mujurnya, penyampai Inggeris itu tidak memerlukan sebarang perhatian perubatan yang serius atau pun rawatan di hospital pada waktu itu. Seperti yang boleh dilihat, Hammond kelihatan baik dan masih boleh berseloroh tentangnya.
Kemaskini dilakukan melalui Drivetribe, platform media sosial yang ditubuhkan oleh ketiga-tiga hos dengan kenyataan “Terima Kasih untuk pertanyaan tentang insiden kecil yang berlaku ketika penggambaran GT. Saya dapat mengesahkan yang ya, saya terjatuh dari motosikal, malah telah banyak kali dan ya, saya terhantuk kepala dan macam-macam lagi. Namun hidup masih diteruskan.”
Kemalangan ini mendapat perhatian ramai kerana Richard Hammond pernah terlibat dalam satu kemalangan yang amat serius suatu ketika dahulu pada tahun 2006 semasa membuat penggambaran untuk Top Gear. Pada masa itu dia sedang memandu sebuah kereta berkuasa jet dan sedang memandu pada kelajuan sekitar 464km/j apabila tayar hadapan belah kanan meletup dan menterbalikkan kereta itu. Video di bawah merupakan salah satu laporan berita yang meluas tentang kemalangan yang berlaku.
https://www.youtube.com/watch?v=6ikYbipHaxM
Disebabkan kemalangan ini, Hammond dalam keadaan koma akibat kecederaan otak yang serius dimana dia terpaksa menanggung trauma dan tekanan dalam proses pemulihan. Kami disini amat lega melihat Hammond sihat dan bersikap ceria mengenai insiden ini dan berharap kesemua hos dan kru rancangan The Grand Tour selamat dan sihat dalam segala usaha mereka pada masa akan datang.
Wai Hong T.T
Lah Harzah hamster
speedy recovery hamster!
Antu Siang
yup, ade baca eksiden nie, tp xmeninggal