- Kerajaan Thai telah memperuntukkan 300 million Baht untuk membida tempat dalam kalendar MotoGP bermula tahun 2018
- Anjuran ini dirancang untuk tiga tahun dari tahun 2018 sehingga tahun 2020
Menurut artikel terkini yang disiarkan oleh Bangkok Post, kerajaan Thai telah memperuntukkan sejumlah 300 million Baht dengan harapan untuk menganjurkan satu pusingan MotoGP seawal 2018. Usul ini masih dalam peringkat awal namun Thailand berhasrat untuk menganjurkan perlumbaan motosikal paling mendebarkan seluruh duia untuk tiga tahun dari tahun 2018 sehingga 2020 di Litar Antarabangsa Chang.
Thailand cuba untuk mendapatkan tempat dalam kalendar MotoGP sekarang setelah beberapa tahun menganjurkan acara WorldSBK dengan jayanya. Di perlumbaan WorldSBK terbaru di Buriram menyaksikan Juara Dunia Johnathan Rea meraih kemenangan berganda dalam kedua-dua perlumbaan yang penuh aksi.
Seperti yang dinyatakan dalam artikel berkenaan oleh salah seorang jurucakap kerajaan, “bajet ini adalah untuk bayaran hak tahun sebanyak 100 million Baht untuk penganjuran FIM Road Racing World Championship Grand Prix (MotoGP). Untuk kos menganjurkannya, kerajaan bercadang untuk mendapatkan biayaannya dengan bantuan sektor swasta.”
“Kementerian Pelancongan dan Sukan mengusulkan projek ini kerana Dorna Sports Group, pemilik hak, bercadang untuk menambah bilangan negara tuan rumah bagi kejohanan popular ini dari 18 ke 21.” Dorna bagaimana pula belum lagi mengadakan sebarang pengumuman rasmi buat masa sekarang.
Apa yang pasti buat masa sekarang ialah Finland akan termasuk dalam kalendar MotoGP 2018 dan negara-negara lain selain Thailand seperti Indonesia dan Hungary juga mencuba nasib untuk mengisi dua lagi tempat dalam pelan MotoGP untuk menambah bilangan pusingan ke jumlah 21 pusingan bermula tahun hadapan.
Tarikh akhir untuk negara-negara ini menghantar permohonan masing-masing adalah pada bulan hadapan. Ianya kelihatan seperti satu kemungkinan besar yang kita akan dapat menyaksikan aksi MotoGP di salah satu negara jiran kita namun hanya masa akan menentukan sama ada permohonan mereka akan berjaya atau sebaliknya. Pada masa yang sama, musim 2017 akan bermula pada hujunng minggu ini di bawah limpahan lampu di Qatar.
Semoga berjaya Thailand!
xperlu nk bergantung pd event antarabangsa. buka ja utk event lokal. byk bakat2 muda yg teringin nk masuk trek.
Fasiliti kene gempak. Jlan standard tinggi gila. Macam sic standard f1. Litar sentul skng tahap jalan kampung. Teruk gila. Kalau die nak bida hak penganjuran, jalan yg paling utama
Taruk lh sorang plumba malaysia kt F1. Mesti ramai yg dtg tengok. Motogp, kita ada 3 rider… Tu sbb ramai dtg support….tiket pn mampu beli.
Kalau x dah ade dah. Nabil ape tah. Kos die yg tinggi. Driver indo pon bagus. Tapi masalah duit je. Rider dorang pon power. Tapi dana je prob.
Bila Thailand berjaya dpt hak pengajuran tu,semakin kuranglah penonton ke SIC Sepang,tu belum Indo lg nak try..skrg kita boleh tengok apa yg berlaku utk F1,Singapore dah ada,,lokasi pulak dlm bndr,senang & lepas tarikh F1 Sepang pulak selepas tu,memang tak dtg lah penonton,tiket pun mahal..
Indo pun sekarang tengah bina track baru.
X silap ak singapura dah x anjur f1 lagi dah. Ikot Malaysia. Kos tinggi.
singapore dh stop anjur..x untung..indon pun x start pun buat lagi sirkuit nya
Mohon update info ok.. Singapore stop da.. tak untung.. wat race malam, kos tinggi