Honda Africa Twin Gapai yang Mustahil

 

 

 

  • Honda telah memecahkan rekod dunia untuk altitud tertinggi didaki oleh motosikal silinder berkembar menggunakan Africa Twin terbarunya
  • Sepasukan berlima mendaki Nevado Ojos del Salado, gunung berapi aktif tertinggi di dunia yang terletak antara Argentina dan Chile
  • Fabio Mossini, Juara Dunia enduro dari pasukan perlumbaan Sud America Honda menunggang Africa Twin sehingga ke ketinggian yang memecah rekod, iaitu 5,965 meter di atas paras laut

Motosikal Honda Africa Twin telah digelar sebagai salah satu daripada motosikal kembara terulung dalam generasi kita. Dan selepas setahun dari kemunculan sulungnya yang amat berjaya, Africa Twin telah melonjak ke aras lebih tinggi dengan memecahkan rekod bagi altitud tertinggi didaki oleh motosikal silinder berkembar. Pencapaian ini juga terhasil atas sebab penggunaan tayar lasak terbaru dari Metzeler, MC 360™, yang digunakan oleh Africa Twin dan CRF450RX. TEKAN SINI untuk mengetahui lebih lanjut sumbangan Metzeler dalam pencapaian bersejarah ini.

 

 

Juara Dunia enduro dari pasukan perlumbaan Sud America Honda, Fabio Mossini adalan salah seorang dari lima orang yang menunggang jentera Honda mendaki gunung berapi aktif tertinggi dunia – Nevado Ojos del Salado yang terletak antara Argentina dan Chile. Pasukan ini menunggang jentera Africa Twin mendaki cerun gunung berapi yang curam sehingga ketinggian yang memecah rekod setinggi 5,965 meter di atas paras laut. Mereka boleh meneruskan pendakian namun salji setebal dua meter telah merencatkan kemaraan mereka.

 

 

Ianya mengambil masa lima hari untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di sana, dan motosikal Africa Twin hanya dilengkapi dengan kelengkapan standard kecuali untuk ekzos Termignoni, gegancu akhir yang diolah, dan tayar Metzeler MC360 terbaru beserta dengan rangkaian aksesori asli Honda yang juga boleh dibeli oleh orang ramai. TEKAN SINI mengetahui dengan lebih lanjut tentang tayar terkini dari Metzeler.

 

Pasukan antarabangsa ini mengambil masa 24 jam untuk menyudahkan pendakian mereka. Laluan yang diambil membawa mereka merentasi cuaca melampau sehingga negatif lima Celsius, jalan tar yang rosak, batu kerikil, lumpur, pasir dan akhir sekali menempuhi poket-poket ais dipanggil ‘peninentes’.

Tidak ada lagi motosikal lain yang dapat menyempurnakan pendakian hebat seperti ini, dan pendakian ini menyerlahkan kehebatan motosikal Africa Twin ini sebagai motosikal lasak terbaik dalam kelasnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

10 Replies to “Honda Africa Twin Gapai yang Mustahil”

Leave a Reply