Honda Wave Dash FI 2017 Muncul Menghangatkan Pentas (S-RM5,860.74, R-RM6,178.74 dan Repsol-RM6,337.74)

 

 

 

  • Boon Siew Honda telah menganjurkan majlis pelancaran dan peragaan fesyen bagi memperkenalkan model terbaru mereka, Wave Dash FI
  • Dengan slogan “Make An Impression, Everywhere You Go”, motosikal ini disasarkan untuk golongan muda yang meminati motosikal dan juga fesyen


 

Pengeluar motosikal ternama Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) telah menganjurkan satu majlis pelancaran dan juga untuk pertama kalinya, majlis peragaan fesyen bagi memperkenalkan model terkininya, Wave Dash FI. Penambahan terbaru dalam barisan model Honda ini menawarkan rekaan yang menarik, bergaya dan mengikut aliran fesyen semasa bagi memenuhi kehendak penunggang muda masa kini.

 

Slogan “Make An Impression, Everywhere You Go” menggambarkan pemahaman BSH berkenaan tuntutan fesyen golongan muda hari ini. Mereka mahu sentiasa bergaya dan mengikut aliran fesyen semasa di mana sahaja, malah ketika berada di jalan raya sekalipun. Rekaan grafik terkini Wave Dash FI diinspirasi oleh celoreng tentera berwarna kelabu dan grafik geometri warna khas CB650, bersama panel meter bergaya dan plat pelindung haba baru yang dipertingkat, menjanjikan penampilan yang lebih segar bagi penggemar motosikal Malaysia.

(dua dari kiri) – Dato Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, Naib Ketua Pegawai Eksekutif BSH, (tengah) – En. Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH,
(dua dari kanan) – En. Koichi Tonouchi, CMPO bagi BSH

“Pelanggan muda negara ini hidup dalam gaya hidup yang pantas bergerak dan mencari tunggangan yang bergaya. Oleh demikian, BSH sentiasa mempertingkatkan rekaan serta prestasi bagi memenuhi kehendak dan permintaan penunggang muda,” ujar En. Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda.

 

Majlis ini dimulakan dengan beberapa pelompat jalanan mempamerkan Wave Dash FI yang baru, diikuti oleh peragaan fesyen oleh model-model Tarik Jean sebelum barisan pengurusan BSH naik ke pentas untuk melancarkan pratonton rasmi tunggangan terbaru tersebut.

 

Jentera jenis underbone atau kapchai ini dilengkapi dengan cakera brek depan-belakang, enjin 109cc empat-lejang yang bersepadu dengan Sistem Suntikan Bahan Api Terancang (PGM-Fi). Selain rekaan luar yang lebih segar, kecekapan bahan api terus dipertingkatkan ke 61.1km/L bersama kuasa maksimum yang meningkat kepada 6.40Kw untuk memberikan pengalaman menunggang yang lebih baik. Wave Dash FI juga telah diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

 

Wave Dash FI didatangkan dalam tiga warna fesyen bergaya; Biru Mutiara Senja, Hitam Mutiara Magellen dan Merah Lincah serta satu warna eksklusif, Edisi Repsol. Ditawarkan dalam edisi S Type (Cakera Brek Tunggal), R Type (Cakera Brek Berganda) dan Edisi Repsol (Cakera Brek Berganda), masing-masing pada harga disyorkan bermula daripada RM5,860.74, RM6,178.74 dan RM6,337.74 termasuk GST tetapi tidak termasuk Cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

 

Bagi yang berminat, anda boleh melayari laman web BSH atau laman Facebook mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Spesifikasi Teknikal Wave Dash FI Honda 2017

Jenis Enjin 4-lejang, Penyejuk Udara OHC
Anjakan 109.17cc
Jara & Lejang 50.0mm x 55.6mm
Sistem Pemula Pemula Kaki dan Auto Elektrik
Sistem Pencucuhan Transistor Penuh
Jenis Transmisi 4 kelajuan tetap
Suspensi (Depan) Teleskopik
Suspensi (Belakang) Berkembar
Saiz Tayar (Depan) 70/90 – 17M/C 38P
Saiz Tayar (Belakang) 80/90 – 17M/C 50P
Dimensi Keseluruhan 1,907mm x 709mm x 1,080mm
Dimensi Jarak Roda 1,227mm
Berat 102kg (Dash S)/ 104kg (Dash R)
Kapasiti Tangki Minyak 4.0 liter
Sistem Bahan Api Pancitan Bahan Api Teratur
Kuasa Kuda Maksimum 6.40 KW (8.70 PS) @ 7,500RPM
Tork Maksimum 8.66 KW (0.88kgf.m) @ 6,000RPM

 

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

27 Replies to “Honda Wave Dash FI 2017 Muncul Menghangatkan Pentas (S-RM5,860.74, R-RM6,178.74 dan Repsol-RM6,337.74)”

Leave a Reply