Honda CBR500R Dikemaskini bagi tahun 2017

 

 

  • Dilengkapi dengan ABS, lampu hadapan dan belakang LED, serta suspensi hadapan boleh ubah
  • Dalam dua kemasan warna; Hitam/Energy Orange Grafit dan Matte Gunpowder Black Metallic

Berita gembira buat para peminat motosikal, Honda CBR500R telah dikemaskini bagi tahun 2017. Generasi terbaru ini didatangkan dengan ABS sebagai kelengkapan standard, lampu LED untuk kedua-dua lampu hadapan dan juga belakang serta suspensi hadapan baru dengan ciri pemboleh ubah prabeban.

Sumber : www.powersports.honda.com

 

Dilengkapi dengan enjin 471cc dingin-cecair selari berkembar DOHC, saiz gereknya mirip kepada saudaranya yang lebih besar dan berkuasa, CBR600RR. Ini secara langsung akan menawarkan penghantaran kuasa yang lebih baik untuk segenap julat RPM untuk kebolehan serbaguna yang hebat serta pengalaman menunggang yang menarik. Di puncak kuasanya, CBR500R dapat mencapai 49.6 kuasa kuda apabila mencecah 8,500rpm dan menghasilkan tork sehingga 44Nm bagi pecutan yang mengujakan tanpa ianya menjadi terlalu menyesakkan.

Sumber : www.powersports.honda.com

 

Ditumpukan lebih untuk penunggang baru yang ingin mencuba jentera yang lebih mencabar tanpa ianya menjadi terlalu sukar dikawal, motosikal CBR500R ini dilengkapi dengan gaya supersport yang menarik minat sejumlah besar khalayak ramai. Dengan bahagian utama badannya yang aerodinamik, pengendalian yang selesa dan juga pelana berketinggian rendah, motosikal CBR ini menawarkan pakej sporty yang menyeronokkan, bukan sahaja untuk penunggang baru malah bagi penunggang berpengalaman juga.

Sumber : www.powersports.honda.com

 

 

Satu lagi ciri hebat yang ada pada motosikal ini adalah ianya menggunakan suspensi belakang hak dagang pengilangnya, Pro-Link. Alat penyerap hentakan istimewa dari Honda ini dijuruterai untuk meningkatkan keselesaan menunggang secara keseluruhan dengan menggunakan prabeban sembilan-tahapnya yang membenarkan ia bergerak sehingga 120mm, membolehkan ia menyerap sebarang kecelaan jalan dengan mudah.

Malangnya, buat masa ini motosikal ini belum boleh didapati di Malaysia dan tiada lagi berita rasme tentang kemunculannya di tanah air kita. Apa yang pasti adalah ianya datang dalam dua kemasan warna, kombinasi Black/Energy Orange serta dalam kemasan yang sentiasa menjadi pilihan, Matte Gunpowder Black Metallic. Bagaimanapun, motosikal ini telah pun berada di pasaran Amerika Syarikat dengan tanda harga $6,599 (sekitar RM29,290).

Honda CBR500R 2016

Memandangkan model yang sedia ada (tanpa ABS) ditawarkan pada harga RM31,681.28 (pakej asas beserta GST), dijangkakan model terbaru beserta ABS ini akan lebih tinggi sedikit kosnya jika Boon Siew memilih untuk membawanyaa ke pasaran Malaysia. TEKAN SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang Honda CBR500R 2017 yang baru ini.

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

33 Replies to “Honda CBR500R Dikemaskini bagi tahun 2017”

Leave a Reply