Vyrus 986 M2 2017 versi jalanan dibuka untuk tempahan

Sumber : Vyrus

 

  • Motosikal jalanan ekstrim Itali dengan enjin Honda CBR600RR
  • Dilengkapi teknologi perlumbaan dari MotoGP dan WorldSBK
  • Edisi terhad dengan hanya 50 unit sahaja dikeluarkan

Sumber : Vyrus

 

Vyrus telah mengumumkan bahawa Versi Jalanan Vyrus 986 M2 akan dibuka untuk tempahan. Pengilang motosikal eksotik Itali yang kecil dan ultra eksklusif ini menawarkan motosikal yang amat menggiurkan ini dalam dua bentuk, binaan penuh atau dalam bentuk kit. Versi Jalanan 986 M2 ini dijana dari sumbangan enjin Honda CBR600RR.

Terdapat beberapa keistimewaan tersendiri yang ada pada motosikal ini. Salah satu darinya ialah ianya merupakan motosikal perlumbaan dengan pertukaran minimum bagi membolehkan ia sah untuk kegunaan jalanan. Ia juga mempunyai bahagian depan terunik yang pernah anda lihat pada mana-mana motosikal (kecuali untuk Bimota Tesi yang terhasil dari minda yang sama). Disertakan dengan penggunaan karbon fiber secara meluas, terutamanya pada bahagian reraup, motosikal 986 M2 ini amat mengagumkan dari segala segi. Nikmati video ini untuk melihat kehebatan versi perlumbaan motosikal ini mengaum di atas litar.

Tawaran terkini Vyrus ini didatangkan dengan berbagai barang mainan teknologi tinggi yang hanya dapat diimpikan oleh kita semua. Sebagai contoh, ianya menggunakan penyerap hentakan berprestasi tinggi Ohlins TTX, yang diambil secara langsung dari MotoGP dan juga WorldSBK. Terdapat juga beberapa pakej angkup Brembo yang ditawarkan, dimana pemilik boleh memilih sama ada ingin menggunakan pakej Brembo M4 sehinggalah pakej teramat istimewa, Brembo GP4 RR.

 

Dengan pengubahsuaian tertentu,pada motosikal ini, pemilik mampu membawanya ke atas litar dan sertai mana-mana perlumbaan middleweight atau Moto2. Namun ianya bukanlah sekadar jentera replika perlumbaan,tuan-tuan. Bahagian yang digunakan untuk membangunkan jentera ini pernah digunakan dalam perlumbaan dan untuk 50 orang yang bernasib baik, mereka mempunyai peluang memiliki motosikal jalanan 986 M2 yang sememangnya dilahirkan untuk berlumba.

Sumber : mad4exhausts

 

Selain daripada semua itu, Vyrus juga mengambil langkah menggunakan teknik istimewa dalam penghasilan bahagian tertentu. Contohnya, bahagian ekzos dibentuk oleh HPCorse menggunakan teknologi pembentukan hidro. Logam ringan dibentuk dengan menggunakan tekanan air dan ini menjadikan ekzos itu kelihatan amat halus pembuatannya dengan aliran udara terbaik yang dapat menyaingi mana-mana pengilang ekzos besar (malahan lebih baik dari sesetengahnya).

Motosikal perlumbaan Moto2 Vyrus 986 M2

 

Vyrus juga mengambil pesanan khas bagi pembeli telah disahkan untuk karya seni yang hebat ini. Bakal pemilik dapat memberikan sentuhan peribadi mereka sendiri untuk menjadikan motosikal unik ini lebih istimewa. Berdasarkan berita dan desas-desus sebelum ini, motosikal jalanan 986 M2 ini bakal dijual pada harga sekitar £25,000 (RM119,300). Dapatkannya sebelum anda terlambat! TEKAN SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang Motosikal Jalanan 986 M2.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]