- Honda mengeluarkan Monkey Bike sempena ulang tahun ke-50
- Monkey Bike terbaru ini akan datang dalam Magna Red dan juga Shasta White
- Hanya 1,800 unit sahaja yang akan dikeluarkan
Bagi meraikan ulang tahun ke-50 motosikal mini legenda ini, Honda akan menandakannya dengan mengeluarkan Honda Z50 atau lebih dikenali sebagai Monkey Bike. Edisi khas ini adalah keluaran terhad dan yang terakhir Monkey Bike yang akan dihasilkan oleh pengeluar Jepun ini.
Motosikal yang baru dilancarkan di Jepun ini terdapat dalam dua kemasan warna unik, iaitu Magna Red dan Shasta White beserta dengan lencana 3D di atas tangki minyak. Selain daripada itu, mereka juga telah menyertakan logo ulang tahun ke-50 di atas pelana dan juga kunci bagi memperingati peristiwa gembira ini.
Dengan hanya 1,800 unit dikeluarkan untuk jualan kepada orang ramai, kami yakin kebanyakkannya akan kekal di bumi Jepun. Jadi jika tuan-tuan ingin memilikinya, ada eloknya jika tuan mula menghubungi kenalan yang dapat membantu. Seafdalnya minta tolong kepada kenalan tuan-tuan yang dapat melakukan silap mata, kerana ianya agak mustahil untuk mendapatkan motosikal mini legenda yang terakhir ini tanpa magik.
Seberat 68 kilogram, motosikal ini, yang juga dikenali sebagai Gorilla Bike (dek kerana rupa sesetengah penunggang apabila menunggang motosikal ini), menjana kuasa dari enjin dingin-udara pancitan bahan api 49cc yang menghasilkan 3.3 kuasa kuda dan 3.4Nm tork untuk tunggangan riadah di petang Ahad.
Pengagihan kuasa ke tayar belakang dibantu oleh kotak gear empat kelajuan. Ianya berpatutan terutama sekali jika di ambil kira 68kg beratnya.
Tidaj menghairankan yang motosikal Z50 ini lebih pendek berbanding motosikal lain dengan ketinggian 850mm dan ketinggian menunggang di 660mm dari lantai tanah namun kenangan nostalgianya sahaja pasti membuatkan para penggemarnya tersenyum girang sambil bersiar-siar dengan motosikal mini yang tersohor ini.
Honda telah meletakkan harga motosikal ini pada ¥352,080 (sekitar RM13,803 selepas pertukaran). Harga mungkin agak tinggi, namun jika di ambil kira status legendanya, sesungguhnya bakal pemiliknya dapat mendabik dada bangga apabila dilihat menunggang motosikal mini ini.
Kat malaysia ada, rm1500 je aku nmpk kat jln raja laut…lambang je honda….moto china.
Msx bukan monyet ke?
Adham Hafiez ada lagi kaa??
Ada lagii..masih tersadai di cameron highland ..
Power.. legend
Apa !!! Hanya terdapat kat jepon aje ke?? Ingatkan masuk malaysia td
Motor serizawa ni
pm